Khamis, 10 Disember 2009

Kerajaan Negeri Kedah Bercadang Hulurkan Bantuan Kepada Palestin

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman ALOR SETAR, 9 Disember 2009 – Ahli Parlimen Palestin yang diketuai oleh Dr. Salim Salam membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman pagi ini. Kunjungan tersebut sebagai tanda ziarah bagi berkongsi pengalaman berhubung perkembangan terkini di Palestin. Dr. Salim Salam bersama dua orang lagi delegasi rombongan menceritakan perkembangan terkini pergolakan di Palestin oleh campur tangan Israel. Beliau berkata, Yahudi kini sedang bergiat aktif mengganggu gugat ketenteraman penduduk Palestin. Dr. Salim yang merupakan perwakilan Hamas juga berkata, pihak Yahudi juga turut membuat persiapan ketenteraan melibatkan laluan darat, air dan udara untuk serangan ke atas Palestin. Delegasi tersebut kemudiannya akan membuat...

NEGERI PIMPINAN UMNO SEMAKIN BANKRAP

http://episodeperjuangan.blogspot.com/ustaz nasrudin hassan tantawi 1. Kerajaan UMNO dan BN negeri Pahang telah di saman oleh Spag’n Plantation Sdn Bhd sebanyak RM 209 juta dan Syarikat Upayapadu (M) Sdn Bhd RM 24 juta. Hal ini kerana kerajaan Pahang mungkir janji . 2. Spg’n telah mebuat satu cadangan Projek Ladang Hutan atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar di Mukim Penor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pada 16 Jun 2009. Syarikat telah membayar RM 185 325 untuk kos ukur dan penyediaan hak milik ladang. Syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri telah memberi pula projek berkenaan kepada syarikat lain. 3. Syarikat Upayapadu pula melibatkan konsesi pembalakan seluas 23 000 ekar dalam daerah Raub. Syariakt menjelaskan bayaran sebanyak RM 413 086.35 merangkumi deposit,...

KERJAAAN 1 MALAYSIA JANGAN JADI PENJAJAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) sebagai inisiatif untuk meningkatkan punca pendapatan kerajaan merupakan satu bentuk penjajahan terhadap ekonomi sara hidup rakyat, demikian ditegaskan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pelaksanaan tersebut menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional biarpun mendakwa berpengalaman lebih 50 tahun mentadbir kerajaan, tetapi hakikatnya terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. “Jangan ambil penyelesaian mudah, apabila susah ‘hempap atas kepala rakyat’. Ke mana perginya slogan ‘Rakyat didahulukan’ yang dimegah-megahkan itu? “Sepatutnya kerajaan perlu mengkaji...

PAPAN TANDA PAS DISABOTAJ- MEMANG DEPA DAH CUKUP KRITIKAL LA NIE !!!

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my KOTA SIPUTEH: Ketika punca kejadian ‘billboard’ gambar Menteri Besar Kedah di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Jitra yang dikoyak pihak tertentu masih menjadi tanda tanya, perbuatan seumpama berlaku di Jerlun bagaikan memberi jawapannya. Papan-papan tanda PAS di sekitar Jerlun di mana terletaknya Dun Kota Siputeh telah diconteng dengan cat merah, manakala ‘billboard’ gambar Adun Ayer Hitam dan Menteri Besar ditoreh koyak. Biarpun Mahkamah Rayuan baru-baru ini membenarkan penangguhan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil di Dun tersebut, ternyata gelora keyakinan untuk pihak-pihak tersebut menghadapi satu lagi PRK semakin tergugat. Apatah lagi jika dilihat kepada beberapa pilihan raya lalu, gelombang...

Rabu, 9 Disember 2009

BLOG MENTERI BESAR KEDAH

mbkedah.blogspot.c...

Sama-sama bangunkan negeri Kedah

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak lupa akan kakitangan kerajaan yang banyak membantu kerajaan negeri mentadbir Negeri Kedah. Dengan mengambil sikap ‘sama-sama kita berusaha membangun negeri Kedah yang dicintai’, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk memberi amanat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan kerajaan, disamping ilmu agama yang manfaat kepada semua. Pada perhimpunan bulanan yang diadakan di Wisma Darul Aman pada 7 Disember, Menteri Besar mengingatkan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta diri beliau sendiri agar berlaku...

MP PAS PERSOAL KEBANJIRAN CERITA TAHYUL

Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mempersoal tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang membenarkan stesen-stesen televisyen menyiarkan rancangan seram serta mempunyai unsur tahyul dan kurafat. Hayati sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi berkata, sejak akhir-akhir ini stesen-stesen televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta didapati seringkali menyiarkan cerita hantu dan seram untuk menarik jumlah penonton. "Apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan oleh pihak Kementerian? Menyiarkan cerita-cerita yang berunsurkan tahyul dan kurafat," soalnya. Beliau juga ingin tahu jumlah kes melibatkan stesen penyiar swasta dikenakan denda sehinga RM100 ribu...

...

...

SEMEMANGNYA MEREKA DI DIDIK SUPAYA TIDAK BERAKHLAK

Kalau Pakatan Rakyat Semua HARAM.. Mai Puak BN semuanya HALAL... #fullpost {display:none;} PANAS: Gambar aksi penyokong gerombolan yang melampau!..sebarkan! .fullpost{display:inline;} [[ Penulis tak mahu komen panjang..sudah berbuih mulut ini bicara mengenai dasar kebangsaan dan semangat asobiyyah penyokong gerombolan..melayu, melayu, melayu dulu kini dan selamanya..lihat sahaja contoh diatas...betapa jelas perjuangan mereka sebenarnya hanya untuk bangsa ditempat pertama, agama ditempat kedua.. Ternyata sikap dan tindak tanduk mereka tidak melambangkan tatasusila dan adab seorang Melayu, jauh sekali bertepatan dengan akhlak dan peribadi muslim..penulis malu mengaku sebagai orang Melayu jika ini cara fikir dan tindak...

IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA (IPIM)

IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09 - PERHIMPUNAN ILMU, TARBIIYAH DAN KEPIMPINAN #fullpost {display:none;} IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09 (PERHIMPUNAN ILMU, TARBIIYAH DAN KEPIMPINAN ) 18 -21 disember 2009 masjid nurul ehsan jalan langgar alor setar OBJEKTIF : 1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka 2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam 3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam 4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam. KONSEP PROGRAM 1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing. 2. Tempat program berpusat...

kouta 50-50 Media cuba kelirukan rakyat Kedah

Muhammad Sanusi Nd Nor Tuesday, December 8, 2009 Taklimat Perumahan - Apa yang tidak dilapor oleh Media? Hari ini berita di akhbar dan blog tentang Taklimat Dan Diskusi Isu-isu perumahan 6 Disember lalu membuat kesimpulan... Polisi Kuota 50-50 ditangguhkan untuk mencari kaedah lain yang lebih sesuai. Bernama menulis begini.. ALOR SETAR: Pelaksanaan dasar baru perumahan di negeri ini yang menetapkan kuota 50 peratus untuk Bumiputera, ditangguhkan sehingga satu garis panduan baru yang lebih jelas dikeluarkan.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan wakil...

Selasa, 8 Disember 2009

Futsal Silaturrahim Pimpinan

Dari Blog Ahli Parlimen Jerai Gurun, 5 Dis : 12 DPP Kawasan dari seluruh Kedah berentap sesama sendiri dalam pertandingan Futsal Silaturrahim Pimpinan anjuran Lajnah Sukan dan Kebudayaan DPPN Kedah yang berlangsung di Gurun kelmarin. Kesemua pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan bermain secara liga pada pusingan awal. Enam pasukan yang menduduki dua tangga teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. Pasukan DPPK Alor Setar yang menjadikan DPPK Sik sebagai mangsa mereka pada peringkat separuh akhir dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan DPP Kulim/Bandar Baharu pada perlawanan akhir. DPPK Jerai yang gagal dalam persaingan merebut satu lagi tempat ke final menewaskan DPPK Sik dalam penentuan tempat ketiga. DPPK Sik...

Ahad, 6 Disember 2009

DEWAN PEMUDA PAS ALOR SETAR JUARA FUTSAL SILATURRAHIM

Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar telah menjadi Johan Silaturrahim yang diadakan pada 5 Dis 2009 di Gelanggang Futsal Gurun. Dewan Pemuda PAS Kulim mendapat tempat kedua dan Dewan Pemuda PAS jerai mendapat tempat ketiga. Sebanyak 15 pasukan menyertai pertandingan terseb...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons