Sabtu, 13 Mac 2010

MCA DIINGAT TIDAK CAMPURI URUSAN AGAMA ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my ALOR SETAR: MCA tidak berhak mengeluarkan resolusi yang bersifat mencampuri hal ehwal urusan agama Islam. Apatah lagi berkaitan perundangan Islam di mana negara ini memiliki institusi yang bertanggung jawab khusus terhadap perkara tersebut iaitu Mahkamah Syariah, demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya. Beliau berkata sedemikian sebagai merujuk kepada resolusi Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ke-56 pada 7 Mac lalu yang antaranya meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam. Bersama resolusi tersebut, MCA juga meminta kerajaan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai “Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap...

Jumaat, 12 Mac 2010

RIBUAN HADIRI CERAMAH MALAM 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Ribuan hadiri ceramah Umum sempena Ekspo Sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat Kedah yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah. Penceramah terdiri daripada YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat , YB Datp' Ir. Hj Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah dan YB Lee Guan Aik, Setiausaha DAP Kedah. Sementara sebelum itu diadakan Solat hajat perdana selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Mu...

Khamis, 11 Mac 2010

DEMO PEMUDA UMNO ISU AIR

Sebentar tadi lebih kurang jam 10.20 berlaku satu demo anjuran Pemuda UMNO Kedah Depan Wisma darul Aman diketuai oleh Ketua Pemudanya .. nama tak berapa ingat... adalah lebih kurang 30 orang, bawa banner pun fesyen zaman 80an dulu pakai tulis tangan atas kain putih. kot-kot la depa tu duit banyak nak pi print bagi lawa sikit ka, bagi menarik.. Depa tu lani tak ada kerja nak buat , Nak jadi juara rakyatpun tak tara mana pun. Tapi kena buat demo jugalah baru nampak macam hero sikit. Tak ramai mana pun yang pi demo tu, polis lebih ramai dari depa.. Nak kata apa , MB dah jelas macam-macam tapi depa tu jenis tak faham atau buat tak faham. Pegawai Pejabat MB terima memorandum depa tu dengan baik.. walau bagaimanapun syabas kepada Pemuda UMNO Kedah kerana sudah berani berdemo, walaupun skill...

Demontrasi Isu Air... Nak Jadi Hero atau Buka Pekung Di Dada?

Petang tadi ada kawan foward sms mengajak orang ramai berdemontrasi depan wisma pagi esok atas isu air, kata mereka, Kedah ada 4 empangan besar, tapi air sering tak ada, kotor dan keruh. Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang baru diwujudkan sebagai badan pelaksana/operator di negeri Kedah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diterjemahkan sebagai "Syarikat Air Dato' Azizan". Maka diseru orang ramai bawa baldi dan timba untuk diserahkan kepada YAB MB esok. . Seingat saya, sejak awal mengambil alih kerajaan ini YAB telah mengutarakan isu yang sangat besar untuk diangkat oleh kerajaan dan rakyat Kedah iaitu: Kedah harus dibayar RM100 juta setahun atas pengorbanan kerajaan dan rakyat menyediakan bekalan air bagi kegunaan pertanian di utara semenanjung. Ia disebut Carbon Money atau...

Rabu, 10 Mac 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis kesyukuran yang akan diadakan sempena Ekspo Sambutan 2 Tahun Pakatan Rakyat Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada hari Jumaat, 12 Mac depan, jam 7.00 malam. Majlis tersebut akan dipimpin tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa bermula dengan solat Maghrib berjamaah, solat hajat dan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan aturcara sambutan yang berlangsung selama seminggu dari 8 Mac hingga 14 Mac. Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, selama ini telah menjadi amalan dalam PAS mengadakan munajat sebagai usaha memohon kemenangan. Maka katanya, apabila telah diberi kemenangan, usaha seumpama...

MAC DIINGAT TIDAK CAMPURI URUSAN AGAM ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my ALOR SETAR: MCA tidak berhak mengeluarkan resolusi yang bersifat mencampuri hal ehwal urusan agama Islam. Apatah lagi berkaitan perundangan Islam di mana negara ini memiliki institusi yang bertanggung jawab khusus terhadap perkara tersebut iaitu Mahkamah Syariah, demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya. Beliau berkata sedemikian sebagai merujuk kepada resolusi Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ke-56 pada 7 Mac lalu yang antaranya meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam. Bersama resolusi tersebut, MCA juga meminta kerajaan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai “Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap...

EXCO BARU KEDAH ANGKAT SUMPAH

lapan orang Exco lama dikekalkan sementara 2 Exco baru dilantik bagi tahun 2010 Berikut Adalah Senarai Exco yang baru dilantik . 1. YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak     Menteri Besar Kedah    Portfolio    Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang    Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil bumi & Sumber Asli, Majlis    Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik    Kerajaan. 2. YB Dato' Ir. Hj Pahahrolrazi bin Haji Zawawi    Portfolio    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempata, Kerja    Raya,   Pembangunan Luar bandar & Basmi Kemiskinan. 3. YB Dato' Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul     Portfolio    ...

Selasa, 9 Mac 2010

...

Isnin, 8 Mac 2010

RENCANA KHAS- 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI KEDAH

  Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my Menjarah ingatan menyusur dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Kedah tidak menemukan bengit kegelisahan menghadapi makar durjana politik lahiran Barisan Nasional (BN). Biarpun tikaman tidak menusuk ke dada Pakatan Rakyat, namun libasannya tetap juga diwaspadai. Tampak Pakatan Rakyat Kedah menepis BN bak lalat hinggap di badan. Ada kala bagai sang ular kapak, kerana diusik ia pun membenam patukan.  Walhal rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri lain jauh lebih jenuh berperisai menghadapi belantan dan panahan rambang BN. Tidak keruan BN kehilangan singgahsana lalu menyembur racun-racun untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat di negeri-negeri itu. Lantas ada juga terkapai lemas kerana tersilau...

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN KEMANTAPAN PENGURUSAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Dewan Pemuda PAS mahu terus dilihat sebagai kilang utama melahirkan generasi ke dalam PAS. Bersama perubahan global, Dewan Pemuda PAS menyusun langkah teratur membangunkan pelapis kepimpinan yang bukan sahaja mempunyai sahsiah dan integriti tinggi, malah mempunyai ciri-ciri kepimpinan berketerampilan, berwawasan dan strategis untuk parti, negara dan dunia. Melalui Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) yang diwujudkan, Dewan Pemuda PAS Pusat merangka dan melaksanakan polisi serta program ke arah menjayakan matlamat tersebut. Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM menemubual Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof selaku Pengerusi AKP dalam meneroka cita-cita besar Dewan Pemuda PAS pada Program Latihan...

TEMUBUAL BERSAMA DATO' PHAHROL RAZAI ZAWAWI

DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI KEDAH Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.my Kedah dilihat berbeza pendekatan dan ‘nasib’ yang dialami berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat lain; tanpa sensasi, malah tidak terpalit dan dipalit dek kebejatan gelora isu. Bertatih tertib, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah tuntas melakar kanvas politik dan demokrasi sebenar yang menongkah penilaian banyak pihak. Lantas, Umno-Barisan Nasional (BN) sendiri terbelit menghadapi lincah tari Pakatan Rakyat Kedah. Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM dan Ketua Pemberita Negeri, AZAMIN AMIN berwacana bersama Exco Kanan Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengitar dua tahun Pakatan Rakyat menerajui...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons