
Negeri Kedah terkenal dengan gelaran ‘Negeri Jelapang Padi’ disebabkan peratusan tanaman padinya amat tinggi. Disebalik itu juga,kedah juga diantara negeri yang tersebar luas ilmu islamnya. Sejarah mengatakan Kedah merupakan negeri yang terawal masuknya agama islam. Oleh itu,bagi mendokong kesucian islam yang ada ini, maka ulamak-ulamak kita terdahulu telah memulakan langkah perjuangan dengan pelbagai cara dan method. Diantaranya dengan mendirikan madrasah-madrasah atau institusi-institusi pondok diseluruh negeri Kedah. Namun begitu,kita memahami bahawa tidak keseluruhan masyarakat kita menjadi pelajar yang sepenuh masa di institusi pondok itu ataupun mungkin tidak pernah menjejakan kaki ke tempat itu. ...