Selasa, 12 Ogos 2008

BAJET 2009 BERI KELEGAAN KEPADA RAKYAT

Fokus sekarang ialah bagaimana untuk membantu rakyat supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka. Penduduk kampung yang rata-rata bergantung kepada ekonomi pertanian perlu ditingkatkan teknologinya supaya mereka mendapat hasil yang tinggi. OLEH: AMELIA HASHIMALOR SETAR, 5 Ogos 2008: Bajet tahun 2009 yang akan dibentang pada bulan November nanti memberi kelegaan kepada seluruh rakyat negeri Kedah. Ini berbanding bajet tahun 2008 yang terpaksa dikaji semula kerana langkah kerajaan baru, mahu mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah. Ekoran itu beberapa langkah telah diambil seperti membekukan 30 peratus projek pembangunan.Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Budaya Intergeriti...

Papan iklan: Peraturan khusus akan dikeluarkan

Berita ini dipetik dari Berita Harian Oleh Wadiasoffi JaafarALOR STAR - Kerajaan Kedah akan memperkenalkan peraturan khusus berhubung imej wanita Islam bertudung pada papan tanda iklan, sama seperti yang dilaksanakan di Negeri Kelantan Darul Naim.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, jika peraturan itu diluluskan, semua agensi pengiklanan di Kedah perlu mematuhinya termasuk larangan mempamerkan model wanita Islam tidak bertudung atau tidak bersopan."Langkah itu bertujuan menjaga imej dan maruah wanita selain memastikan papan tanda iklan di negeri ini bebas daripada imej berunsur negatif," katanya.Menurutnya, kerajaan negeri sudah melaksanakannya secara berperingkat dan sebagai permulaan papan tanda iklan sebuah jenama produk...

PULUHAN JUTA BERJAYA DISELAMATKAN- YAB MB KEDAH

Oleh Izwan Abdul HalimALOR STAR- Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi yang diperkenalkan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Kursus Pemantapan Integriti Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Kedah anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (INM) dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) di Wisma Darul Aman.Kita perkenalkan polisi belanja berhemah dan menghentikan semua perbelanjaan pembangunan, misalnya arahan dikeluarkan agar semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30% peruntukan untuk pembangunan," jelas beliau.Beliau berkata...

Kes umat Islam, hanya Mahkamah Syariah beri keadilan - Presiden

Mohd Zamirul Mohd DzakiMon | Aug 11, 08 | 12:53:58 pm MYTKUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahukan isu liwat yang dikait dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah syariah dan bukannya dibicarakan di mahkamah sivil.Beliau berkata, kes liwat yang membabitkan orang Islam adalah perkara jenayah di dalam perundangan Islam sama seperti kes zina dan lain-lain maka ianya perlu dibawa ke mahkamah syariah."Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor perlu menggubal perundangan tersebut kerana melalui mahkamah syariah sahaja keadilan dapat diperolehi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan SEAMO, RECSAM semalam.PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk...

Harian Metro,NSTP digesa mohon maaf pada Kedah

Bashir IshakTue | Aug 12, 08 | 10:45:06 am MYTALOR STAR, 12 Ogos (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Kedah melahirkan rasa kesal dengan laporan Harian Metro 9 Ogos lalu bertajuk "Pejabat MB Hulur RM20.00 - Pengawal perlu bantuan rawat cucu hidap leukimia".Dalam kenyataan yang difakskan kepada Harakahdaily, selain melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Mat Isa Lahaman dan keluarganya, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Mat Isa yang menyebut beliau hanya menerima RM20.00 dari Pejabat Menteri Besar Kedah.Image"Bantuan segera kepada beliau dan cucu-cucunya yang dihulurkan adalah RM300.00 (rujuk baucar yang dilampirkan). Saya juga melahirkan rasa kesal kerana laporan Harian Metro tersebut tidak merujuk kepada Pejabat Menteri...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons