Irwan Muhammad Zain
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.
"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.
"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.
Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
ImageMedia arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.
"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.
Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.
"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.-azm _
Rabu, 11 Februari 2009
PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan
Rabu, Februari 11, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan