Sabtu, 22 November 2008

TAJOL ROSLI BERBOHONG

http://misabah.blogspot.com/oleh :Misbahul Munir MasdukiIPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk...

'Al-kesah' sa-buah cherita dalam bilik derjah

Oleh Mohd Sayuti Omar DALAM sebuah kelas Sekolah Kebangsaan di sebuah kampung agak pedalaman, seorang cikgu perempuan sedang memberi maklumat semasa kepada murid-muridnya. Ditangannya terpegang sebuah surat khabar Melayu popular. Bagi penduduk sekitar sekolah itu hanya itulah satu-satu surat khabar yang sampai ke kampungnya.Akhbar itulah menjadi penyambung mereka dengan dunia luar dan pembekal maklumat terkini yang dulu sangat dipercayai tetapi kini semakin diragui!Menjadi rutin bulanan cikgu muda ini akan menggunakan akhbar sebagai alat pembelajaran sabagai selingan dan mempelbagaikan bentuk pembelajaran. Kebetulan hari ini berita mengenai kenyataan seorang yang dibabitkan membunuh wanita asing disiarkan di muka depan. Berita yang disiarkan secara meluas itulah dijadikan topik pembelajaran."Murid-murid...

APA MOTIF SEBENAR TV3???

oleh Aris AwangDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani."Hai orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi rakan kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami). jika kamu memahaminya."Ali-Imran 118Jam 10.00 malam turun dari surau selepas mesyuarat khas PAS cawangan untuk persiapan ceramah Ust Nor Azli Musa, DPP Perak dan YB Nasir Zakaria, MP Padang Terap di kampung aku(Kg Baru, Tambak Bunga), aku bergegas kerumah mak dengan motor untuk ambil isteri yang aku hantar ketika nak pergi solat Maghrib di surau.Isteri...

Jumaat, 21 November 2008

Serangan Media, mengapa Kedah menjadi Sasaran?

Dari TranungkiteOleh WFAUZDIN NSApabila Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia, ramai rakyat yang bersetuju kerana Utusan Malaysia bukan lagi sumber yang boleh dipercayai selain dari keputusan nombor ekor, magnum atau TOTO. Media yang tidak bermaruah ini seharusnya tidak mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat dan Utusan Malaysia lebih sesuai untuk melaporkan apa yang telah berlaku di dalam UMNO sekarangMeskipun demikian, terdapat juga pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang masih berharap kepada kebenaran dari Utusan Malaysia. Dalam sidang media umpamanya, wartawan dari Utusan Malaysia dibenarkan hadir dan hasilnya kita dapat lihat apa yang telah terjadi kepada berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berkenaan kenyataan Presiden PAS tentang perlantikan...

MICHAEL JACKSON PELUK ISLAM

http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/celebritynews/3494296/Michael-Jackson-converts-to-Islam-and-changes-name-to-Mikaeel.htmlMichael Jackson 'converts to Islam and changes name to Mikaeel'Michael Jackson has reportedly become a Muslim and changed his name to Mikaeel. By Graham TibbettsThe singer, who was raised as a Jehovah's Witness, converted to Islam in a ceremony at a friend's house in Los Angeles.He is said to have sat on the floor and worn a small hat while an imam officiated.According to The Sun, the ceremony took place while Jackson, 50, was recording an album at the home of Steve Porcaro, a keyboard player who composed music on his Thriller album.The former Jackson 5 star was counselled by David Wharnsby, a Canadian songwriter, and Phillip Bubal, a producer, who have both converted.A...

Che Det ramal Umno, BN 'KO' pada PRU depan

KL POSOleh G. Manimaran DALAM siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah."Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini."Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang."Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".Sambil merujuk kepada amalan...

KOMENTAR MENARIK- PETIKAN DARI KEDAH LANIE..

Pakatan yang tak sepakatTUDUHAN MELULU....oleh ismail abd hamidKita kena ingat terdirinya so call kerajaan PAS diKedah bukanlah semata-mata atas dasar kekuatan pas tapi juga menerima sumbangan dari PKR dan DAP walaupun hanya 6 kerusi. Tindak tanduk pemimpin PAS sekarang diKedah memang tak diduga oleh rakan kongsinya. Sikap bongkak dan tak berunding bila nak buat polisi atau keputusan menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati. Dimana sikap musyawarah PAS sebelum ini.Di DUN Bandar Baru saja telah timbul perasaan tidak puas hati pemimpin2 PKR. Mana tidaknya ketika kempen dulu PKR bermatian kempen untuk Ust. Yaakob tapi bila dah menang diketepikan sama sekali. Sikap ini bukanlah sikap seorang muslim. Kalau kopiah saja putih tapi hatinya hitam pemerentahan PAS tidak akan selamat.Masalah perlantikan...

KESIAN WAKIL RAKYAT BN

Kesian sungguh kepada Wakil Rakyat BN yang terpaksa merayu kerajaan Pakatan Rakyat Kedah memajukan kawasan sik setelah BN-UMNO yang memerintah Malaysia dan jadi wakil Rakyat kawasan tersebut sejak 50 tahun gagal melaksanakan sebarang pembangunan di Daerah Sik. Masalahnya kenapa mereka tidak merayu sedemikian semasa BN-UMNO memerintah sejak lama sedang mereka mampu ketika itu. Sama-samalah kita bangunkan bukan sahaja Sik tapi seluruh daerah di Kedah yang gagal dimajukan oleh BN-UMNOBeri perhatian majukan SikALOR STAR 20 Nov. - Kerajaan negeri digesa memberi tumpuan membangunkan Sik dekat sini yang bukan sahaja merupakan antara daerah termiskin di negara ini malah jauh ketinggalan daripada arus pembangunan.Tajudin Abdullah (BN-Belantek) berkata, kemiskinan tegar di Sik cukup ketara tetapi tidak...

Pelaburan Kedah meningkat RM28b

Utusan Malaysia (baca online saja)ALOR STAR 20 Nov. - Unjuran pelaburan negeri Kedah mencatat peningkatan RM28 bilion pada tahun ini berbanding RM13.99 bilion pada 2007.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains dan Inovasi Negeri, Amiruddin Hamzah memberitahu, sebahagian besar adalah daripada pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).''Jumlah pelaburan yang dibawa masuk pada separuh pertama 2008 iaitu dari Januari hingga Ogos mencatat RM2.486 bilion," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak) bertanyakan tentang unjuran pelaburan di negeri ini bagi 2008 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 di sini hari ini.Amiruddin menjelaskan, bagi meningkatkan pelaburan...

Ladang babi tidak dibuka di Bukit Selambau

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARIALOR STAR 20 Nov. - Ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah melihat daripada beberapa sudut teknikal.''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas beliau.Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Bajet 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-12 di sini hari ini.Beliau mengulas laporan media mengenai pembukaan ladang babi moden di kawasan Bukit Selambau yang turut...

HKC desak Othman letak jawatan semulaOleh ZAINAL AZHAR MOHAMEDsukan@kosmo.com.mySEBAHAGIAN ahli HKC berkumpul di pekarangan Stadium Darul Aman semalam bagimendesak Othman melepaskan semula jawatannya.KELAB Penyokong Hijau Kuning (HKC) menyelar tindakan Datuk Othman Aziz yang menarik balik peletakan jawatannya sebagai pengurus pasukan bola sepak Kedah bagi musim 2009.Pada 12 November lalu, Othman membuat keputusan mengejut apabila melepaskan jawatannya selepas dua musim membimbing Kedah dengan penuh cemerlang.Namun dua hari kemudian, Othman menarik balik keputusannya itu, sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan peminat setia skuad Hijau Kuning.Timbalan Presiden HKC, Romzie Hassan berkata, Othman sewajarnya berpegang teguh dengan keputusan awalnya memandangkan dia kini dikaitkan...

Terima kasih khusus untuk TV3....

Kenytaan AkhbarDialog Penerangan Dan Dasar Kerajaan Negeri KedahJutaan terima kasih khusus untuk TV3 diatas usaha gigih menyiarkan secara terperinci dan eksklusif laporan dalam Buletin Utama program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bertempat di Dewan Dato’ Fadhil Noor Komplek PAS Kedah baru-baru ini.Juga dirakamkan ucapan terima kasih kepada individu yang berusaha menyalurkan maklumat kepada pihak TV3.Secara tidak langsung penyiaran ini memberikan ‘political mileage’ dan publisiti secara percuma kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah yang selama ini cuba dihindarkan.Walaupun cara pemberitaan yang digarap lebih bercorak untuk memutar-belit dan menyelirukan rakyat namun hakikatnya telah mempromosi akan ketelusan dan keterbukaan PAS dalam mentadbir kerajaan negeri...

ISU MB PERAK RAMPAS KAMERA WARTAWAN

http://misabah.blogspot.comIPOH : Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.Kami bersama MB sedang makan tengahari, bila seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani. Beliau memperkenalkan dirinya dan MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani. Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta MB lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahuluDalam masa yang sama kami terlihat seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar. Kami mengesyaki ini adalah suatu perangkap dimana nanti akan keluar gambar MB menandatangani...

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

Harakahdaily.netWan Nordin Wan YaacobKUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu."Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali...

Belanjawan 2009: Kedah gariskan empat strategi

Bashir IshakWed | Nov 19, 08 | 8:02:22 am MYTALOR STAR, 19 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semalam membentangkan Belanjawan 2009 bagi negeri Kedah bertemakan 'Kedah Sejahtera'.Belanjawan 2009 ini menggariskan empat strategi berdasarkan senario ekonomi semasa dan keperluan menjayakan program-program yang ditentukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.Empat strategi tersebut ialah; Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, Memantapkan Modal Insan dan Pembangunan Sosial dan Memperkukuhkan Jentera Pentadbiran Negeri.Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,287,492,417 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM505,007,757, anggaran pembangunan sebanyak RM 425,990,370 dan anggaran...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons