Oleh Izwan Abdul HalimKUALA KEDAH: Menjiwai masalah penduduk di kawasannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa terus menggerakkan usaha bersungguh-sungguh melalui kerjasama pelbagai pihak dalam menangani masalah-masalah rakyat.Antara perkara yang ditangani beliau ialah masalah saliran tersumbat yang dialami penduduk di Kg. Tok Pasai dan masalah perparitan di Tongkang Yard di sini.Atas inisiatif beliau, Alor Tok Pasai yang telah lebih 20 tahun dilitupi sampah sarap dengan aliran airnya yang tersekat dan kotor, kini telah dibersihkan dengan kerjasama dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Dalam tinjauan baru-baru ini, YB Mohd Nasir menunjukkan 'wajah baru' sungai berkenaan tidak lagi dilitupi sampah sarap setelah kerja pembersihan yang dilakukan baru-baru ini melibatkan...