Ustaz Idris Ahmad Parti Se-Malaysia (PAS) menolak keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang mengistiharkan bahawa Dun N3:Kota Siputeh tidak kosong. Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hassan Sarif, yang didakwa hilang keanggotaannya kerana tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut. Berdasarkan Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK); "Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong" Dalam kes ADUN Kota Siputeh, beliau didapati gagal menghadiri sidang DUN pada...