Khamis, 22 Januari 2009

TUANKU SULTAN BANGGA DENGAN KEPIMPINAN YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN RAZAK

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR SETAR, 18 Januari - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah melahirkan rasa bangga terhadap pimpinan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.Kerajaan Negeri telah berjaya menjalankan pentadbiran dengan adil dan harmoni bagi memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum semakin bersatu padu serta semangat kerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam menjayakan program pembangunan bagi kepentingan rakyat.Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.“Beta mengucapkan tahniah kepada Memanda Menteri Besar kerana berjaya...

KERAJAAN NEGERI BUKTIKAN KEMAMPUAN

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR SETAR, 18 Januari - Kerajaan Negeri berjaya membuktikan kemampuan mentadbir sekaligus menepis tohmahan dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mempertikai kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam menerajui kepimpinan negeri ini.Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam persembahan ucapan tahniah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke-81.“Alhamdulillah, negeri Kedah tidak menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini ataupun malapetaka yang menjejaskan kehidupan rakyat serta tidak berlaku sebarang persengketaan antara kaum.“Kerajaan juga tidak mengalami kegawatan kewangan...

...

Solat hajat dan ceramah kekejaman Israel, 26 Januari

Izwan Abdul HalimTue | Jan 20, 09 | 4:16:58 pm MYTALOR SETAR, 20 Januari (Hrkh) - Kekejaman Zionis Israel ke atas bumi Palestin di Gaza bukan sahaja telah mengorbankan lebih seribu nyawa umat Islam di sana, malah telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dahsyat di bandar tersebut.Meneruskan komitmen membantu saudara seagama dan atas semangat kemanusiaan, masyarakat Malaysia khususnya di utara tanah air dijemput ke Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, di sini pada Isnin, 26 Januari depan.Program anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu akan bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak berjamaah diikuti tayangan khas kesengsaraan di Gaza. Ceramah...

Selasa, 20 Januari 2009

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

Salmah Mat HusainMon | Jan 19, 09 | 9:20:04 pm MYTKOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan...

Majlis Menteri Besar Pakatan Rakyat dibentuk

BASHIR ISHAK dan IZWAN ABDUL HALIMMon | Jan 19, 09 | 4:45:50 pm MYTALOR SETAR, 19 Jan (Hrkh): Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut apabila mencapai persetujuan menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri. Persetujuan yang dikenali sebagai "Pengisytiharan Mentaloon" itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, dekat sini semalam.Persidangan kali pertama itu juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.Sementara itu, Majlis Exco turut dibentuk bagi kelima-lima...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons