Selasa, 26 Januari 2010

TEKS USRAH BULAN 1

PENTING DAN UTAMA Penting bermaksud amat perlu, sangat berharga (berguna) atau mustahak. Sementara utama pula membawa maksud penting sekali, terpenting atau boleh juga dimaksudkan dengan paling baik, amat baik atau terbaik. Kedua-dua kalimah ini saling berkait rapat antara satu sama lain dan sering kita gunakan di dalam kehidupan harian baik yang menyentuh tentang perbuatan, pemikiran,hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia yang berkaitan dengan diri, keluarga, pekerjaan, jamaah dan lain-lain. Namun apa yang ingin dibincangkan di sini ialah penting dan utama di dalam konteks kerja jamaah yang sedang kita laksanakan sekarang. Keperluan memahami secara bersungguh-sungguh mengenai kepentingan dan keutamaan adalah suatu yang amat mendesak. Ini kerana dengan memahaminya kita akan berlaku adil...

Ahad, 24 Januari 2010

Serangan Terancang di Semua Negeri PR melalui Perkakas Negara

Posted by MUHAMMAD SANUSI MD NOR Apakah entity yang membentuk sebuah Negara? Negara yang berdaulat dibentuk oleh 4 entiti: Sempadan geografi tanah air, kerajaan yang sah dengan segala agensinya, undang-undang yang berkuatkuasa dan rakyat yang merdeka. Kalau tempang, hilang, cacat, ragu atau kabur salah satu entiti ini, maka kedaulatan negara juga hilang maknanya. Sejak Mac 08, BN sedaya upaya cuba bangun semula dengan berpaut kepada agensi-agensi kerajaan, entity dan perkakas Negara dan agensi yang sengaja ditubuhkan untuk menjaga survival parti menggunakan harta Negara. Kalau dengan upaya kudrat batang tubuh BN sendiri, mereka sudah dalam kategori reput dan basi. Lihat saja komponen besar BN seperti MIC dan MCA yang nazak, Gerakan pun lumpuh, ditubuh pula parti seperti Makhal Sakthi yang...

DI PETIK DARI BLOG SETPOL MB KEDAH

Jualan Ubat Merosot??? Itu tanda orang Kedah Makin Sihat!!! Zubir ni dulu melobi untuk jadi calon BN di Pendang, tapi tak jalan... dia orang baik-baik, mana ada tempat dalam kapal jenis tu. Dengaq cerita, banyak juga dia perabih. Ada dua orang zubir yang buka Farmasi, dua-dua ni senior saya di Sekolah dan Universiti. Paling tidak di USM sebab belum ada fakulti Farmasi di U lain selain USM waktu depa ni mengaji dulu. La ni dah ada banyak. Nak mengaji farmasi, kena ke Singapura la.. . Nak jadikan cerita seorang Zubir ni pitumpang sekaki dengan UMNO Kedah untuk menimbulkan persepsi buruk ekonomi Kedah kepada dunia...dia kata jualan farmasinya jatuh 30 -40% dalam dua tahun ni...kata dia lagi,orang dah tak berduit, ada yang ambik barang pun tak mai bayaq lagi...Ksian juga kat dia. . Zubir sorang...

JAWAPAN KEPADA DAKWAAN SHAFIE AFDAL

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal bahawa Kedah semakin mundur selepas diambil alih Pakatan Rakyat merupakan satu dakwaan provokasi, berniat jahat serta mengelirukan pandangan rakyat kepada Kerajaan Negeri Kedah, selain tidak merujuk kepada mana-mana asas dan tidak berfakta. Malah, kenyataan itu cukup membuktikan bahawa Shafie dan Timbalannya, Dato’ Hassan Malek yang berucap membacakan teks ucapan beliau tidak mengetahui perkembangan di negeri Kedah. “Selayaknya, teks ucapan itu hanya dibaca oleh seorang pemimpin Umno peringkat Cawangan dan bukannya dibaca oleh seorang menteri dalam satu majlis yang sebegitu besar ertinya bagi pembangunan ekonomi Melayu,” demikian menurut Setiausaha Akhbar...

SHAFIE AFDAL DIBIDAS KERANA GAGAL MAJUKAN KEDAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membidas dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal yang menyatakan bahawa ekonomi Kedah semakin mundur selepas diambil alih kerajaan Pakatan Rakyat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, Shafie bukan sahaja ketinggalan maklumat bahkan berfikiran mundur kerana membuat dakwaan dengan asas yang tempang. Ujar beliau, Shafie selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah sepatutnya lebih dahulu mencermin diri melihat kegagalan Umno-Barisan Nasional (BN) yang telah diberi peluang memerintah negeri ini lebih 50 tahun. “Di mana-mana dalam negeri ini masih bersisa papan tanda lusuh slogan ‘Kedah Maju 2010’ jajaan Umno-BN, tetapi Kedah tidak juga maju. Kerana itulah, kerajaan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons