
Posted on Tuesday, January 08 @ 19:31:07 MYT Menjelang akhir tahun 2007, satu lagi peristiwa penting berlaku di Kedah, iaitu pelancaran Kelab ARC pada 30 Disember 2007 lepas. ARC adalah salah satu kelab untuk golongan remaja yang meminati motosikal dan ingin menabur bakti dengan berbagai program kebajikan . Kelab yang diterajui oleh Presidennya Sdr Mohd Yasier Said, bekas Juara Cub Prix Asia yang bernaung dibawah DACS, selamat dilancarkan di Pendang oleh Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Mohd Hayati Othman.Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Ust Yusuf Awang sebagai penganjur kepada pelancaran Kelab Motor tersebut telah berjaya menarik penyertaan golongan muda. Turut hadir dalam majlis tersebut Ust....