Sabtu, 18 April 2009

DATO' SERI IR HJ NIZAR MOHON MENGADAP TUANKU

Hari ini Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi memohon mengadap sembah DYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Permohonan mengadap sembah bertarikh 11 Mac 2009 tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak istana. Sehubungan itu, Dato' Seri sekali lagi memohon mengadap bagi menyembah maklum keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat dalam Sidang DUN Tergempar yang lalu. Surat permohonan telahpun difaxkan oleh Setiausaha Politik melalui Kol. Dato' Abd. Rahim bin mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Perak jam 3.40 petang tadi.Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Speaker yang menggantung Dato' Zambry dan enam orang EXCO dari memasuki sidang dewan. Ekoran daripada itu, krisis Perak tetap tidak ada kesudahannya, beberapa pihak melihat...

SURAT DATUK HUSAM KEPADA DATUK ZAMBRY

Kepada: YB Datuk Zambry Abdul Kadir,ADUN Pangkor,Perak Darul Redwan.Assalamualaikum wr wt.PEMBUBARAN DUN PERAKSalam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera.Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya...

Khamis, 16 April 2009

ZAMBRY TAKUT DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT DI PERAK

Kenyataan akhbar Zambry yang membidas Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Kamaruddin Jaafar yang mengingatkan UMNO BN bahawa peristiwa di Pataya, Thailand juga tidak mustahil akan berlaku di Malaysia sekiranya kezaliman BN tidak boleh dibendung lagi.Zambry mengelabah dan melatah lantas terus membuat kenyataan melulu menghentam Kamaruddin Jaafar. Kenyataan balas Zambry ini menjelaskan yang mereka cukup kalut dengan kebangkitan dan perubahan pendirian politik rakyat di Perak yang telah dibuktikan di Bukit Gantang dalam pilihanraya baru-baru ini. Ini adalah kenyataan orang yang terasa ia sangat bersalah apabila menjatuhkan kerajaan PR dengan cara yang cukup tidak moral. Tindakan ini mengundang kemarahan rakyat sehingga berlaku peritsiwa di Bukit Chandan.Tetapi belum ada dalam sejarah demontrasi aman...

Bukit Gantang ‘turning point’ proses demokrasi - MB Perak Nizar Jamaluddin

Isnin, 2009 April 13PILIHAN RAYA Bukit Gantang ini dilihat begitu bermakna kerana ia boleh mencetuskan satu bentuk pemikiran yang berbeza bagi berdepan dengan pilihan raya lain. Ia juga mencetuskan tekanan dan kehendak rakyat Perak untuk dibubarkan Dun. Ahli Parlimen baru bagi Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin mengupas perkara ini kepada Intan Abdullahdi kediamannya di Kampung Sungai Rokam, Ipoh, sehari selepas dinobatkan sebagai pemenang pilihan raya kecil kawasan itu 7 April lalu.Bagaimana Dato’ Seri melihat ‘mood’ pengundi Melayu dalam keputusan pilihan raya kali ini?DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR: Secara keseluruhannya, keputusan itu membayangkan bahawa rakyat Perak meletakkan kekecewaan mereka. Pada pilihan raya kecil...

APA YANG UMNO PAK LAH BUAT SEMUA UMNO NAJIB TAK SUKA

Mahu jambatan bengkokOleh AZIMI MUSTAPHA dan SAHLIZAH MOHAMEDberita@kosmo.com.myGAMBARAN artis jambatan bengkok atau jambatan indah bagi menggantikan Tambak Johor.KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam meminta agar kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menyambung semula projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang dibatalkan pada 2006.Presidennya, Syed Ali Alattas berkata, rata-rata ahlinya di negeri itu mengadu kerana sejak pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada November tahun lalu, perniagaan mereka merosot teruk."Pembatalan jambatan bengkok telah menyebabkan laluan ke dan dari Singapura tidak lagi melalui bandar raya Johor Bahru sebaliknya terus ke CIQ."Johor Bahru sekarang bagaikan bandar mati. Itulah pandangan...

Isu Perak: Bukan ugutan, tetapi pengajaran pada Najib!

Nyza AyobWed | Apr 15, 09 | 2:50:36 pm MYTKUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan kenyataannya sebelum ini bukan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak serta tidak bertujuan menghasut rakyat agar melakukan demonstrasi sebagaimana berlaku di Pattaya, Thailand.Kamaruddin berkata demikian sebagai respons kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan kenyataannya sebagai amat tidak bertanggungjawab, berbahaya serta sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.Kamaruddin menegaskan, merujuk balik kenyataannya itu, beliau menyatakan Najib perlu mengambil pengajaran...

KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG

15 April 2009SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan...

Peranan Ahli Majlis sangat penting

Oleh: WADIASSOFI JAAFARJITRA, 15 April: Ahli Majlis merupakan entiti penting dalam sesebuah kerajaan kerana ia merupakan kerajaan ketiga selepas Kerajan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berperanan bukan sahaja mewakili penduduk malah terlibat dalam pembentukan dasar dan membuat serta meluluskan undang-undang kecil dalam daerah terlibat.Ahli Majlis hendaklah memainkan peranan dalam komuniti setempat dengan berkesan terutama dalam hal-hal penyampaian maklumat berhubung dasar-dasar kerajaan supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli masyarakat tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, setiap permasalahan yang...

S. Manikumar berazam bebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan

Oleh: AMELIA HASHIMPemilihannya S. Manikumar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil kawasan DUN Bukit Selambau telah membuka lembaran baru dalam hidupnya yang menuntut perjuangan yang lebih serius.Disamping bantuan parti komponen, beliau sendiri turun ke bawah untuk berkempen. Beliau berjalan dari rumah ke rumah sebaik selesai penamaan calon. Jiwanya terkesan melihat kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung.“Pendapatan antara RM500 hingga RM700 untuk masa ini memang tidak cukup untuk menanggung sebuah keluarga. Apalagi sekiranya terdapat tiga atau empat orang anak yang masih bersekolah,” ujarnya.Atas kesedaran ini beliau bertekad mahu membantu masyarakat membawa keluar dari garis kemiskinan terutama di luar-luar bandar.S. Manikumar, 35, sebelum terpilih sebagai calon, menjalani kehidupan...

KENYATAAN AKHBAR

14 APRIL 2009TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DIRAJA DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR. Saya sangat kesal atas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan DiRaja yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.Perkara ini berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan di Alor Setar pada hari Sabtu, 11 April 2009 lalu. Kedua-dua tokoh berkenaan telah menduduki kerusi (set sofa) yang dikhaskan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang tersebut.Rakaman peristiwa ini turut disiarkan dalam...

Isnin, 13 April 2009

Nik Aziz: Hanya yang layak boleh tawar diri tanding

MACHANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan."Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding."Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia," katanya.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri...

YB Manikumar Angkat Sumpah

ANGKAT SUMPAH... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau yang baru, S. Manikumar mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit pagi tadi. Pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Koperasi, Perpaduan Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India yang pernah dipegang oleh penyandangnya, V. Arumugam apabila melepaskan jawatan berkenaan pada 8 Februari la...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons