Ahad, 29 Mac 2009

Lintas langsung dari Bukit Selambau

Mohd Sabri Said,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim
Sun | Mar 29, 09 | 10:09:11 am MYT

Terkini|BUKIT SELAMBAU, 29 Mac (Hrkh) - Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.

12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.

11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.

10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9:35 pagi: Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 pagi: Calon Bebas ke-13, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi: Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 pagi: Rombongan BN berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno baru, Dato'k Seri Hishammuddin diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Vellu.

9:00 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 pagi: Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 pagi: Calon KeADILan, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.

8:40 pagi: Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 pagi: Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.

8:30 pagi: Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Rombongan Parti KeADILan tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa,Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 pagi: Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.

8:10 pagi: Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 pagi: Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 pagi: Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter polis sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 pagi: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 pagi: Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 pagi: Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

7.00 pagi: Pertama kali dalam sejarah pilihan raya, penyokong kedua-dua pihak diletakkan terlalu jauh sehingga tidak dapat dilihat antara satu sama lain.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berkemungkinan mengambil pendekatan tersebut untuk menghalang sebarang provokasi antara satu sama lain.

Ini berkemungkinan bimbang dengan Umno-BN dimalukan ekoran beberapa insiden yang menimpa kepimpinan mereka sejak akhir-akhir ini. - mks.

1 komentar:

chong berkata...

pemimpin-pemimpin PAS perlu menyedarkan melayu khasnya supaya tidak diperdayakan oleh UMNO lagi dengan isu perkuaman and agama.

dah diperbodohkan selama 52 tahun sudah cukup dah.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons