Bashir Ishak dan Izwan Abdul Halim
Mon | Mar 30, 09 | 4:08:11 pm MYT
SUNGAI LALANG, 30 Mac (Hrkh) - Kehadiran ramai calon bebas adalah tidak relevan dalam pilihan raya kecil Dun N25 Bukit Selambau kerana pertarungan sebenar adalah antara KeADILan/Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, dalam sidang media yang diadakan di Pusat Media KeADILan di Bangunan Yayasan Aman dekat sini pagi tadi.
Menjawab pertanyaan pemberita mengenai adanya calon bebas yang sebelum ini bersama Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Kedah, beliau menyifatkan perjuangan mereka lebih bersifat individu.
"Kita tidak ada masa untuk melayan sangat mereka ini kerana kita lebih memfokuskan untuk memenangi pilihan raya ini bagi meneruskan dasar-dasar yang telah dibuat kerajaan negeri," katanya.
Dalam sidang media yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa jentera pilihan raya KeADILan/Pakatan Rakyat akan berusaha untuk berkempen bagi menyedarkan para pengundi untuk turun pada 7 April nanti.
Begitu juga menurutnya, kempen akan dipergiatkan untuk para pengundi memilih calon daripada KeADILan memandangkan terdapat kira-kira 9,000 orang yang tidak mengundi di Dun Bukit Selambau semasa pilihan raya umum lalu.
"Dalam pilihan raya umum lalu, ramai yang tidak mengundi calon V Arumugam pada kerana dia adalah calon bebas. Orang masih kurang yakin dengan calon bebas, bagaimanapun pengundi tetap menolak BN pada masa itu.
"Apapun, pengundi tetap memilih calon Pakatan Rakyat untuk calon Parlimen, jadi saya berkeyakinan kali ini mereka akan memberikan sokongan padu juga kepada calon Pakatan Rakyat,"jelasnya.
Hadir sama dalam sidang media tersbut ialah calon KeADILan, S Manikumar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Sidang media bagi KeADILan akan diadakan setiap hari di tempat yang sama pada jam 11.00 pagi sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini. - lanh _
Selasa, 31 Mac 2009
Calon bebas yang ramai bukan halangan untuk Pakatan menang
Selasa, Mac 31, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan