Selasa, 31 Mac 2009

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT KEPADA PENGUNDI MUDA N25 BUKIT SELAMBAU



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum waramatullahrt wabarakatuh,
Semoga sejahtera selalu hendaknya.

27 Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430




PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI MUDA PADA 7 APRIL 2009

‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong (tanpa mengira bangsa dan bahasa).’
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .

Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Rakyat umumnya mengetahui bagaimana kemerdekaan kita ini diperjuangkan dengan keringat, airmata dan darah perwira-perwira negara. Kita membangun setapak demi setapak sehingga apa yang kita telah capai pada hari ini. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.

Dalam proses pembinaan negara bangsa (Nation Building) pengelibatan generasi muda amat penting dan bermakna. Golongan muda bukan hanya bakal mewarasi tanahair mereka malah akan menentukan masa depan bangsa dan negara. Generasi muda sepatutnya bukan hanya disogok dengan pembangunan tetapi mesti dilibat sama dalam merancang, mengatur dan membangunkan negara sehingga mereka berupaya menjadi peneraju dunia. Isunya sekarang apakah suasana, sistem dan budaya yang ada hari ini menghasilkan generasi pelapis yang berwibawa.

Sepanjang menjadi wakil rakyat, Allahyarham Roslan Shaharom telah menunjukkan sikap keprihatinan yang terpuji. Sehingga akhir hayatnya, Parlimen yang diwakili oleh wakil PAS dan Pakatan Rakyat sekaligus ini tidak pernah sunyi dari sentuhan khidmat beliau baik malam ataupun pagi. Pemilihan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon adalah galang ganti yang dikira cukup sesuai untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang yang telah diuji di kerusi Menteri Besar, tidak syak lagi Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah tokoh pilihan sebagai calon bertaraf nasional yang selayaknya untuk kerusi P059.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu pengundi-pengundi muda supaya menolak parti yang berakar umbi dengan amalan dan budaya rasuah disamping cuba untuk menjadi parti yang racist terhadap kaum yang bukan melayu.

Anak muda harus bertanggungjawab dan mengundilah dengan penuh amanah pada 7 April 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi anak muda akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar mengundi untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada hanya seorang sahaja wakil dari Pakatan Rakyat (PR). Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman.

“KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT”
“PERANGI PARTI RASUAH DAN RACIST”



YB HJ. SALAHUDDIN HJ. AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons