Mohd Sabri Said | Foto Nasir Sudin
Wed | Apr 01, 09 | 12:17:42 pm MYT
BUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Penubuhan 'Skuad Sejahtera' sepenuh masa oleh jentera Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah diyakini dapat membantu calon Pakatan Rakyat, S Manikumar mendekati rakyat dengan lebih teratur di mana sahaja.
Timbalan AMK Kedah, Azman Nasrudin menambah, seramai 25 orang diletakan di bawah pasukan tersebut yang senantiasa bergerak setiap minit menyampaikan maklumat calon, perjuangan parti dan mesej Pakatan Rakyat kepada pengundi tanpa kira suasana.
"Skuad Sejahtera akan melakukan kerja menyampaikan maklumat pada semua pengundi sama ada bersama calon atau sebaliknya. Mereka berada disetiap lokasi menyebarkan risalah atau bersembang dengan orang ramai di gerai-gerai minuman," ujarnya.
Skuad Sejehtera juga bertindak sebagai telinga dan mata Parti KeADILan Rakyat Imagedi Dun N25 Bukit Selambau di samping mengumpul maklumat parti lawan untuk tindakan selanjutnya. Setakat hari ini, skuad berkenaan telah berjaya menembusi tembok politik Umno dan Barisan Nasional (BN) di beberapa lokasi yang selama ini gagal berbuat demikian ekoran terlalu menebal kefahaman politik sempit itu.
"Tetapi hari ini kita telah berjaya menembusi beberapa lokasi mengikut cara paling berhemah," terangnya lagi.
Selain itu katanya, menerusi skuad ini juga telah mengenal pasti rumah yang mempunyai 70 orang pengundi dalam satu alamat.
Perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan AMK Malaysia, Fariz Musa dalam sidang medianya semalam dan hari ini di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang. - mns_
Rabu, 1 April 2009
Skuad Sejahtera KeADILan bantu calon di Bukit Selambau
Rabu, April 01, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan