Rabu, 1 April 2009

Masyarakat India tak mahu ketinggalan

Mohd Sabri Said
Wed | Apr 01, 09 | 12:33:51 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 1 Apr (Hrkh)- "Kami tidak mahu ketinggalan dalam setiap pembangunan memandangkan kami juga rakyat Malaysia yang harus diutamakan, " ujar Sivalingam dari Kampung Tanah Seribu.

Menurutnya, jika mengharapkan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan dan pengganguran tetap tidak berubah malah bertambah teruk begitu juga dengan nasib ibu tunggal.

Penduduk Kampung Kongsi Enam, Encik Siva juga kecewa dengan janji BN yang mahu meningkatkan taraf hidup penduduk India tetapi bila menang semuanya tinggal kenangan.

Sudah 51 tahun BN menjanjikan kemajuan seiring dengan perkembangan pesat Malaysia namun tiada apa pun yang dikotakanya melainkan diperolehi oleh golongan yang rapat dengan MIC.

"Saudara boleh tengok apa yang ada di kampung ini. Tar ke kawasan rumah kami baru semalam di tar itu pun sebab ada pilihanraya kecil Bukit Selambau. Sedangkan permohonan telah lama di buat, " tambahnya.

Sementara itu, Puan Rajaswary 34 pula menyifatkan, sokongan pada BN tidak membawa makna kerana jika menang mereka tetap seperti dulu 'ego' dan berkepentingan diri.

Kali ini Pakatan Rakyat sudah diterima ramai ekoran cemerlang mentadbir Kedah dan lima buah negeri lain.

"BN memang tidak senang hati dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang telah berjaya menunjukan kecemerlangan. Maka, mereka akan melakukan sesuatu untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah seperti menaja banyak calon bebas, " katanya. - azm_

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons