Memaparkan catatan dengan label N25 bukit selambau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label N25 bukit selambau. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2009

Rakyat tolak politik kotor BN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Wed | Apr 08, 09 | 1:53:33 pm MYT

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata. - mks. _

KEPUTUSAN DUN BUKIT SELAMBAU

MASA : 10.32 PM

KEPUTUSAN PARLIMEN BUKIT GANTANG PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2789, PAS 23860, BN 19071, BEBAS 62. TAKBIR!!!

MUKTAMAD
DUN BUKIT SELAMBAU MENANG MAJORITI 2403 ( MAJORITI 2008 : 2362)

1. UPU KUALA SIN

PKR : 205
BN: 415
BEBAS : 35
MAJORITI: 210
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG


2. UPU KG. SUNGKAP

PKR : 148
BN: 298
BEBAS : 14
MAJORITI: 150
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG

3. UPU BUKIT LEMBU

PKR : 406
BN: 440
BEBAS: 50
MAJORITI: 34
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG


4. UPU TAMAN BANDAR BARU

PKR : 1419
BN: 1308
BEBAS : 147
MAJORITI: 111
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

6. UPU TAMAN DESA AMAN

PKR :810
BN:834
BEBAS: 133
MAJORITI:24
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG


7. UPU BANDAR LAGUNA MERBOK

PKR : 388
BN: 267
BEBAS : 19
MAJORITI: 121
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

8. UPU TASEK APONG

PKR : 528
BN: 335
BEBAS: 41
MAJORITI: 193
UNDI ROSAK :
KEPUTUSAN : PKR MENANG


5. UPU SG. LALANG

PKR : 850
BN: 499
BEBAS: 85
MAJORITI: 351
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

9. UPU AYER MENIDEH

PKR : 699
BN: 311
BEBAS : 15
MAJORITI: 388
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

10. UPU JALAN BADLISHAH

PKR : 221
BN: 145
BEBAS: 30
MAJORITI:76
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

11. UPU TAMAN PERUDA

PKR : 668
BN: 484
BEBAS: 86
MAJORITI: 184
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG


12. UPU TAMAN RIA UTARA

PKR : 704
BN: 628
BEBAS : 90
MAJORITI:76
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG


13. UPU TAMAN RIA JAYA

PKR : 2137
BN: 1201
BEBAS : 158
MAJORITI: 936
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG


14. UPU UNITED PATANI

PKR :427
BN:236
BEBAS : 28
MAJORITI: 191
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

15. UPU PETANI PARA

PKR : 102
BN: 97
BEBAS :0
MAJORITI: 5
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG


16. UPU BUKIT RUSA

PKR : 260
BN: 185
BEBAS : 62
MAJORITI: 75
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

17. UPU PEKAN BUKIT SELAMBAU

PKR : 592
BN: 742
BEBAS :107
MAJORITI: 150
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG

18. UPU POKOK MACHANG

PKR : 271
BN:301
BEBAS : 15
MAJORITI: 30
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG

19. UPU BATU BELACAN

PKR : 256
BN: 338
BEBAS : 19
MAJORITI: 82
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : BN MENANG

20. UPU TITI PANJANG

PKR : 427
BN: 360
BEBAS : 26
MAJORITI: 67
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

21. UPU AMBANGAN HEIGHT

PKR : 219
BN: 191
BEBAS : 27
MAJORITI: 28
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

22. UPU TAMAN RIA SELATAN

PKR : 882
BN: 578
BEBAS : 21
MAJORITI: 304
UNDI ROSAK
KEPUTUSAN : PKR MENANG

TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS YANG MEMBANTU KEMENANGAN INI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI YANG MEMILIH CALON PKR. UNDI ANDA AMAT BERNILAI..

Isnin, 6 April 2009

Amanat Tok Guru Nik Aziz Kepada Pengundi Bukit Selambau



Najib bohong! Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said

Sun | Apr 05, 09 – Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu tidak akan adakan'Projek Mee Segera' dalam pilihanraya kecil, namun ia adalah satu pembohongan semata-mata.

Tinjauan mendapati projek seperti bantuan Sekolah Kebangsaan Tamil, penurapan tar, pembesaran longkang, ekspo dan sebagainya kini makin menjadi-jadi tambahan lagi menjelang tarikh yang menentukan kalah menang calon Barisan Nasional (BN), Dato' S. Ganesan.

Paling ketara ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah dan minum petang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kampung Air Mendidih pada dua hari lepas.


Hujan lebat tidak menghalang beberapa pekerja menurap tar di kampung yang dihuni kaum India itu sedangkan sebelum ini sudah mempunyai tar yang sempurna.

Tiba-tiba sahaja apabila mendapat tahu kehadiran Dr. Wan Azizah, BN cepat-cepat memperuntukan sebahagian kewangan kononnya memberi kemudahan kepada penduduk yang telah berikrar memberi sokongan padu pada calon Pakatan Rakyat yang mewakili KeADILan, S. Manikumar.

Begitu juga ketika Harakahdaily menyusul Kampung Sungkap Para yang terletak beberapa kilometer daripada jalan utama menuju ke Pekan Bukit Selambau.
Peristiwa yang sama juga berlaku di mana kelihatan beberapa buah lori menggangkut tar berulang alik serta kedengaran deruan enjin jentera mengelek tar sebagai habuan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat merasuah golongan India apabila mengistiharkan bantuan RM350 ribu kepada sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil tiga hari selepas hari penamaan calon pada 29 Mac lalu.

Najib yang sewaktu itu masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga melaksanakan projek berkenaan apabila mengistiharkan bantuan pada seluruh Sekolah Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Tindakan Najib itu bermakna, beliau sendiri melanggari apa yang dilafazkan sebelum hari penamaan calon di ketiga-tiga Dun termasuk di Batang Ai di Sarawak.
Memang telah diduga apa yang diucapkan hanya mainan politik sahaja kerana bila keadaan tersepit BN tidak boleh duduk diam mereka akan melakukan pencemaran politik yang direka sendiri.

Itulah yang dikatakan Umno dan BN. Mereka tetap melakukan rasuah politik semata-mata untuk mencapai kemenangan bagi memulihkan semula semangat ahli dan penyokong mereka yang banyak terjun ke lautan luas sebelum kapal yang dinaiki tenggelam sendirian.

Tambahan lagi untuk memulihkan sokongan takkala Najib dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang hanya berjawatan Ahli Parlimen Kepala Batas bersama isteri tercinta Tun Jean Abdullah.

Najib bohong! Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said

Sun | Apr 05, 09 – Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu tidak akan adakan'Projek Mee Segera' dalam pilihanraya kecil, namun ia adalah satu pembohongan semata-mata.

Tinjauan mendapati projek seperti bantuan Sekolah Kebangsaan Tamil, penurapan tar, pembesaran longkang, ekspo dan sebagainya kini makin menjadi-jadi tambahan lagi menjelang tarikh yang menentukan kalah menang calon Barisan Nasional (BN), Dato' S. Ganesan.

Paling ketara ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah dan minum petang bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kampung Air Mendidih pada dua hari lepas.


Hujan lebat tidak menghalang beberapa pekerja menurap tar di kampung yang dihuni kaum India itu sedangkan sebelum ini sudah mempunyai tar yang sempurna.

Tiba-tiba sahaja apabila mendapat tahu kehadiran Dr. Wan Azizah, BN cepat-cepat memperuntukan sebahagian kewangan kononnya memberi kemudahan kepada penduduk yang telah berikrar memberi sokongan padu pada calon Pakatan Rakyat yang mewakili KeADILan, S. Manikumar.

Begitu juga ketika Harakahdaily menyusul Kampung Sungkap Para yang terletak beberapa kilometer daripada jalan utama menuju ke Pekan Bukit Selambau.
Peristiwa yang sama juga berlaku di mana kelihatan beberapa buah lori menggangkut tar berulang alik serta kedengaran deruan enjin jentera mengelek tar sebagai habuan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat merasuah golongan India apabila mengistiharkan bantuan RM350 ribu kepada sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil tiga hari selepas hari penamaan calon pada 29 Mac lalu.

Najib yang sewaktu itu masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga melaksanakan projek berkenaan apabila mengistiharkan bantuan pada seluruh Sekolah Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Tindakan Najib itu bermakna, beliau sendiri melanggari apa yang dilafazkan sebelum hari penamaan calon di ketiga-tiga Dun termasuk di Batang Ai di Sarawak.
Memang telah diduga apa yang diucapkan hanya mainan politik sahaja kerana bila keadaan tersepit BN tidak boleh duduk diam mereka akan melakukan pencemaran politik yang direka sendiri.

Itulah yang dikatakan Umno dan BN. Mereka tetap melakukan rasuah politik semata-mata untuk mencapai kemenangan bagi memulihkan semula semangat ahli dan penyokong mereka yang banyak terjun ke lautan luas sebelum kapal yang dinaiki tenggelam sendirian.

Tambahan lagi untuk memulihkan sokongan takkala Najib dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang hanya berjawatan Ahli Parlimen Kepala Batas bersama isteri tercinta Tun Jean Abdullah.

Awas, jangan terpedaya dengan Najib!

Mohd Sabri Said Sat Apr 04, 09 10:55:31 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat negara ini tidak mudah terpukau dan terpedaya dengan tindakan Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan 13 mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik pengantungan permit akhbar alternatif Harakah dan Suara Keadilan sebaik sahaja pelantikannya semalam.
Sebaliknya rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'.

"Rakyat usah terpukau dengan langkah Dato' Seri Najib bila melepaskan 13 mangsa yang terkurung lama dalam ISA serta membenarkan semula dua akhbar alternatif sebaik saja pelantikanya sebagai Perdana Menteri keenam negara, " jelasnya ketika ditemui selepas berucap dalam program ceramah perdana di Bukit Selambau semalam.

Turut berucap sama dalam program itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, tidak mustahil hari ini pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) itu berkelakuan terpuji tetapi akan bertindak luar batasan bila keadaan terdesak.

Apa pun sambungnya, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni itu tetapi harus bertindak secara jujur dan tiada lagi tangkapan dibuat serta melepaskan baki tahanan ISA dan tidak lagi masuk campur terhadap mana-mana institusi seperti Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seumpamanya.
"Bagi saya tindakan itu terpuji tetapi haruslah bersikap ikhlas bukan lepas hari ini, setahun kemudian tangkap lagi banyak dengan alasan bahaya pada negara jika dibiarkan bersuara, " tambahnya.

Beliau juga yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah, Dun Batang Ai di Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak berganjak memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang nyata memberikan yang terbaik berbanding BN yang telah 50 tahun memerintah.

Jangan sekali-kali membiarkan BN meningkatkan penguasaan politik negara semula sebaliknya tanamkan semangat untuk melihat Pakatan Rakyat menyelamatkan maruah bangsa, agama dan tanahair yang telah tercalar akibat kerakusan kepimpinan BN yang sedia ada.

"Pengundi kena bersikap matang dalam hal ini jangan terpengaruh dengan tindak tanduk 'penyapu baru' yang cuba melakunkan episod baru dalam drama bersiri tanahair, " katanya. - mks. _

Rabu, 1 April 2009

Masyarakat India tak mahu ketinggalan

Mohd Sabri Said
Wed | Apr 01, 09 | 12:33:51 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 1 Apr (Hrkh)- "Kami tidak mahu ketinggalan dalam setiap pembangunan memandangkan kami juga rakyat Malaysia yang harus diutamakan, " ujar Sivalingam dari Kampung Tanah Seribu.

Menurutnya, jika mengharapkan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan dan pengganguran tetap tidak berubah malah bertambah teruk begitu juga dengan nasib ibu tunggal.

Penduduk Kampung Kongsi Enam, Encik Siva juga kecewa dengan janji BN yang mahu meningkatkan taraf hidup penduduk India tetapi bila menang semuanya tinggal kenangan.

Sudah 51 tahun BN menjanjikan kemajuan seiring dengan perkembangan pesat Malaysia namun tiada apa pun yang dikotakanya melainkan diperolehi oleh golongan yang rapat dengan MIC.

"Saudara boleh tengok apa yang ada di kampung ini. Tar ke kawasan rumah kami baru semalam di tar itu pun sebab ada pilihanraya kecil Bukit Selambau. Sedangkan permohonan telah lama di buat, " tambahnya.

Sementara itu, Puan Rajaswary 34 pula menyifatkan, sokongan pada BN tidak membawa makna kerana jika menang mereka tetap seperti dulu 'ego' dan berkepentingan diri.

Kali ini Pakatan Rakyat sudah diterima ramai ekoran cemerlang mentadbir Kedah dan lima buah negeri lain.

"BN memang tidak senang hati dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang telah berjaya menunjukan kecemerlangan. Maka, mereka akan melakukan sesuatu untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah seperti menaja banyak calon bebas, " katanya. - azm_

Kedudukan dua orang calon bebas Bukit Selambau

Harakahdaily
Wed | Apr 01, 09 | 10:54:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali menjelaskan kedudukan dua calon bebas yang bertanding dalam pilhan raya Bukit Selamabau yang sebelum ini dikaitkan dengan parti itU.


Katanya calon bebas Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian KeADILan Baling namun setahun dahulu, beliau dipecat dari berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.

"Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KeADILan" kata Dr Syed dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mengenai A. Jayagopal katanya yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti.

"Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi KeADILan, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan.

"Jadi sekarang beliau tidak ada kaitan dengan KeADILan" katanya. - azm _

Skuad Sejahtera KeADILan bantu calon di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said | Foto Nasir Sudin
Wed | Apr 01, 09 | 12:17:42 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Penubuhan 'Skuad Sejahtera' sepenuh masa oleh jentera Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah diyakini dapat membantu calon Pakatan Rakyat, S Manikumar mendekati rakyat dengan lebih teratur di mana sahaja.

Timbalan AMK Kedah, Azman Nasrudin menambah, seramai 25 orang diletakan di bawah pasukan tersebut yang senantiasa bergerak setiap minit menyampaikan maklumat calon, perjuangan parti dan mesej Pakatan Rakyat kepada pengundi tanpa kira suasana.

"Skuad Sejahtera akan melakukan kerja menyampaikan maklumat pada semua pengundi sama ada bersama calon atau sebaliknya. Mereka berada disetiap lokasi menyebarkan risalah atau bersembang dengan orang ramai di gerai-gerai minuman," ujarnya.

Skuad Sejehtera juga bertindak sebagai telinga dan mata Parti KeADILan Rakyat Imagedi Dun N25 Bukit Selambau di samping mengumpul maklumat parti lawan untuk tindakan selanjutnya. Setakat hari ini, skuad berkenaan telah berjaya menembusi tembok politik Umno dan Barisan Nasional (BN) di beberapa lokasi yang selama ini gagal berbuat demikian ekoran terlalu menebal kefahaman politik sempit itu.

"Tetapi hari ini kita telah berjaya menembusi beberapa lokasi mengikut cara paling berhemah," terangnya lagi.

Selain itu katanya, menerusi skuad ini juga telah mengenal pasti rumah yang mempunyai 70 orang pengundi dalam satu alamat.

Perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan AMK Malaysia, Fariz Musa dalam sidang medianya semalam dan hari ini di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang. - mns_

AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau

Bashir Ishak
Tue | Mar 31, 09 | 3:32:26 pm MYT

SUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.

Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya.

"Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.

Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya.

"Kita juga akan terus membuat kajian bagi kesemua lokaliti yang terbabit di dalam Dun Bukit Selambau ini dan akan mengemukakan bantahan kepada SPR supaya dapat dibuat pembersihan dalam daftar pemilih yang ada," jelasnya. - mns _

Saya mewakili semua bangsa di Bukit Selambau - Manikumar

Bashir Ishak
Tue | Mar 31, 09 | 3:27:51 pm MYT

SUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau, S Manikumar menyatakan beliau adalah calon pilihan yang sesuai untuk semua bangsa.

Menjelaskan kepada para pengundi di Taman Sungai Lalang di sini, beliau menjawab cemuhan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkannya sebagai seorang broker penjual kereta.

"Saya sebenarnya adalah seorang usahawan yang mempunyai syarikat penjualan kereta sendiri, juga sebagai jurunding sebuah syarikat rangkaian pembekalan ke luar negara.

"Di samping itu saya juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya juga menguruskan syarikat penjualan minyak sawit ke luar negara," jelasnya yang mempunyai lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UUM.

Selain itu katanya, beliau adalah penduduk tempatan yang fasih berbahasa Melayu serta bercakap dalam dialek Kedah. "Kalau saya telefon orang, kalau saya cakap Kedah orang tak tahu pun dia sedang bercakap dengan seorang India," jelasnya. Selain itu jelasnya, sebagai seorang usahawan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendampingi masyarakat Cina.

"Orang kata saya ni seorang India "berkepala otak" Cina kerana terbabit dalam dunia perniagaan. Orang Cina juga saudara saya .

"Yang penting bagi saya, untuk memenangi hati pengundi ialah melalui penjelasan isu dan juga hala tuju kita dalam perjuangan," katanya lagi.

Begitu juga, Manikumar menegaskan bahawa KeADILan adalah parti berbilang kaum, tidak seperti BN yang masih kukuh dengan parti perkauman.

"MIC sendiri adalah parti perkauman. Walaupun disokong oleh Umno, tapi di antara mereka sendiri di dalam BN masih kuat dengan perkauman. Yang penting bagi kita ialah untuk menyatakan keperluan untuk semua kaum bukan sahaja India tapi juga untuk orang Melayu, Cina dan Siam," katanya lagi. - mns_

Selasa, 31 Mac 2009

SINOPSIS 2 BUKIT 1 BATANG : ANTARA PERJUANGAN DAN BAJINGAN.

Penulis Tamu - ibnabdullah awab

PRK-PRK P. 59 BUKIT GANTANG, N. 25 BUKIT SELAMBAU & N. 29 BATANG AI UMPAMA LEBUHRAYA MAUT UNTUK UMNO-MIC/BN SEPERTI SABDA: TPU TS MY – PELUANG, PR MENDAKI CABARANAN MENJUARAI KETUANAN RAKYAT, INSHAALLAH.

Sah SPR mengiktiraf layaknya 20 calun bertanding untuk di 3 kawasan PRK – 7 April 2009 melalui 20 calun.

(1) - 2 PKR-PR, (2) - 1 PAS-PR, (3) - 1 MIC-BN, (4 ) - 1 UMNO-BN & (5) - 1 PRS-BN dan (6) - 13 Bebas)

(Walau bagaimanapun saya akan menyusul pengamatan khusus saya untuk PRK - P. 59 Bukit Gantang dan N. 29 Batang Ai dalam masa terpantas, jika di izinkan Allah)

Pegawai-pegawai Pengurus SPR PRK 3 Kawasan telah disahkan pencalunan diikuti dengan pertandingan di P.59 Bukit Gantang melalui pertarongan 3 penjuru diantara calun PAS-PR - DS Ir Nizar Jamaluddin MB PR yang sah mengikut undang-undang, bertembung dengan calun UMNO-BN - Encik Ismail Bin Safian dan calun bebas Encik Kamarul Bin Ramizu. Kuasa rakyat akan memilih mengadili mereka pada 7 April 2009 hari Selasa akan datang, sama-samalah kita menunggunya.

Manakala PRK. N. 25 Bukit Selambau, ianya telah mencipta sejarah dan rekod PRK negara. Kerana seramai 15 calun telah menawarkan diri bertanding menyertai PRK penting dan bersejarah ini. Saya berpandangan pertandingan sebenarnya adalah diantara calun PKR-PR - Encik S. Manikumar dengan calun MIC-BN - Datuk S. Ganesan. Dua calun ini pasti berhadapan dengan 13 calun bebas lain yang disahkan kelayakkan bertanding oleh SPR dalam tempoh proses 40 minit kelmarin.

Calun-calun bebas adalah (1) R. Loganathan - simbol Kelapa Sawit (2) Tan Hock Huat – simbol Kunci (3) Radzi Md Lazim – simbol Kerusi (4) Mohd Fazil Abdul Wahab – simbol Kepala Harimau) (5) Abdul Rahim Abdul – simbol Jam loceng (6) L.Sarala – simbol Basikal (7) A. Jayagopal s- simbol Payung (8) S. Moganakumar – simbol Buku (9) Khamis Awang – simbol Ayam Jantan) (10) Husaini Yaacob – simbol Bas (11) M.Vaneson – simbol Ikan (12) Anuar Abdul Hamid – simbol Telefon dan (13) T. Chandrarajah – simbol Kapal Terbang.

Pecahan calun mengikut keturunan yang bertanding di kalangan 15 calun:- (1) India 8 calun, (2) Melayu 6 calun dan (3) Cina saorang calun. Semua calun-calun tersebut sedang berusaha merebut sedayaupaya untuk mendapat sekeping roti (N.25 Bukit Selambau) yang harga semasanya terlalu mahal dan tinggi nilai politiknya. Roti Kapada Aur Makan - N.25 Bukit Selambau ini, pemiliknya adalah kepunyaan 3 kaum terbesar sejumlah 35,140 pengundi, Melayu 51.1 % 17,922 - India 29.6% 10,401 dan Cina 19.3 % - 6,817

Pastilah bila 15 calun yang bertanding, maka berserabut dan kalut serta melalutlah dikalangan rakyat dan orang awam untuk mendekati dan memahami pola pengundian dan undi-undi akan diperolehi oleh mereka. Justeru disini sebaik mungkin saya memudahkan dengan membuat rumusan dan pandangan mukadimah diawal yang realistik untuk tempoh berkempen dari lanie sehinggalah jam 12 malam 6 April 2009 nanti adalah seperti berikut:-

Pengamatan saya dan jangkauan minda saya menterjermahkan sejumlah 80 % - akan keluar membuang undi dari jumlah pengundi berdaftar 35,140 pada 7 April 2009 berjumlah 28,020 pengundi sahaja yang mengundi.

Ø Jumlah undi Melayu 17,922 – 80% keluar undi: 14,337 (Calun-calun bebas Melayu perolehi 7.5%: 1,075 undi, bakinya: 13,262)

Ø Jumlah undi India 10,401 – 80% keluar undi: 8,320 (Calun-calun bebas India perolehi 16%: 2,293 undi, bakinya: 6,027)

Ø Jumlah pengundi Cina 6,817 – 80% keluar undi : 5,453 (Calun bebas tunggal Cina perolehi 10% : 545 undi, bakinya : 4,908)

(1) - Calun PKR-PR - S Manikumar undi Melayu 48% : 6,881 undi - India 55% : 4,576 undi - undi Cina 50% : 2,726 undi – Jumlah undi diperolehi : 14,183 undi diperolehi. Majoriti 3,211 undi.

(2) - Calun MIC-BN – Datuk S Ganesan undi Melayu 44.5% : 6,379 undi - India 29% : 2,412 undi - Cina 40% : 2,181 undi – Jumlah undi diperolehi : 10,972 undi diperolehi.
Mencabar, menarek dan memenatkan kepada pengamal politik dan bloger politik dalam membuat perkiraan masing-masing dalam pengkajian dan pengamatan untuk N.25 Bukit Selambau memandangkan calun seramai 15 orang bertarong. Apakah 13 calun-calun bebas akan hilang wang deposit? Atau kejutan calun bebas mencapai kemenangan sebagaimana kemenangan diukir oleh calun bebas dalam PRU12 - 8 Mac 2008 dahulu akhirnya menganggoti PKR-PR dan lantas di lantek Exco.

Pengamatan awal saya calun-calun bebas tidak berupaya mencapai kemenangan hatta kemungkinan 12 dikalangan mereka akan hilang deposit, sama-samalah kita tengok hakikat yang akan direkodkan dalam PRK Bukit Selambau ini. Ramainya calun-calun dari keturunan India, hakikatnya adalah menyerlahkan bahawa kaum India sebenarnya dalam konteks Bukit Selambau ianya berkaitan rapat menonjolkan diri untuk menjadi calun. Ianya ada baik dan ada buruk dan implikasinya. Ertinya komposisi kaum India masih berpecah. Dikalangan calun bebas India menghrapkan menang dan memohon masuk PKR untuk kerusi Exco yang terdedah pemiliknya dari hasil PRK ini. Harapan ini adalah hayalan semata-mata, pasti suasana seperti PRU12 tidak akan berulang.

Manakala ramainya calun Melayu bertanding, sekalipun mereka seniri mengetahui yang mereka tidak mempunyai harapan menang. Tetapi diatas sifat jumlah bilangan pengundi Melayu mengatasi pengundi India dan Cina, maka dikalangan Umno keciwa kerana Bukit Selambau tidak di kembalikan kepada Umno, maka undi protes dilakukan oleh calun-calun bebas yang mewakili dan mendapat tajaan dengan kepelbagaian harapan dan keputusan. Matlamatnya adalah proted, penentangan dan hati puas. kenyataannya.

Kehadiran Naib Presiden 2 U-BN DS Hishamuddin mengepalai dan kakii menjadi General Perang di PRK mewakili UBN di N 25 Bukit Selambau, samalah seperti pahlawan pengecut yang dipenggal kedua-dua belah kakinya dan berjalan dengan gantian tangan. yang meninggalkan gelanggang pemudanya alam terowong kemusnahan belah 3. Satu kabilah penyokong KP U Perasuah YB KJ, kabilah ke 2 pengikut DS Khir Toyota yang rebah digelanggan pemuda dan tersungkur tersembam baham tanah didalam K25 MKT dan kabilah ke3 adalah kabilah Datuk Mukhris yang tidak bermaya sekalipun disintuk, dilimau dan diperaga jaja sokongan dari atanya.

Sebaik selepas pengumuman jawatan-jawatan Pemuda, sekiranya tidak dihalang oleh pengawal keselamatan yang ramai, dengan tempek sorak, laungan perasuah dan sebagainya termasuk membaling objek diantara satu dengan lain pasti peristiwa pertarongan berdarah diluar medan pangkah undi akan dijadikan referendum tutas penyokong masing-masing, pasti ramai dikalangan penyokong dan perwakilan pemuda akan bermalam di lokap BP Dang Wangi dan Sentul. Sekalipun pengurusan Pemuda Umno cuba menutup bangkai kapal selam dan bangkai heli yang besar tidak mampu dilindungi ditutupi.

Berlaku didalam ucapan penangguhan Umno Tua baru, boo terus boo, boo terus boo, perwakilan terus menghambat PM YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, setiap kali nama menantunya disebut oleh pemenang-pemenang utama jawatan. Ianya adalah disengaja kerana mengajar Ketua Perasuah menantu PM lanie. Bakal PM pasti memberi suis untuk memalukan Pak Lah kerana besi buruk – tok harunya dah mai ke PWTC untuk calit palit rasuah bersama. Menandakan Najib sokong sungguh CheDet, maka syarat nya adalah Pk Lah wajib dimalukan di depan Che Dek. Kerana Che Det pahalanya jasanya amat besar mengangkat sokong Najib dan Mahyu. Maka depa mesti malukan PM Pak Lah agar cepat-cepat lepas jawatan PM.

Ya! PM masih cerdik, dia jawab akan mengadap Agong pada 2 April 2009 Khamis ini. Pak Lah nak mengadap Agong, Pak Lah tak Boleh memandai dan memaksa Agong menerima perletakkan jawatan Pak Sebagai PM dan Pak Lah tak ada hak cuba nak kemuka nama Najib C4 altantuya menjadi peganti. Itu hak Agong memutuskan, bukan kerja UBN nak ajar Agong.

Kali ni berjumpa la Rabu dengan Khamis selang dengan Friday, nak tengok sapa pula akan mendurhaka kepada Agong, sekiranya Agong membuat keputusan “Beta tidak menerima perletakan Jawatan Memanda Beta YAB DS Abdullah Haji Ahmad Badawi dari Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Beta sebagai Kepala Ulung Utama Negara mengekalkan YAB DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Memanda Beta iaitu Perdana Menteri Malaysia”.

Apa macam Najib, apa macam Mahyu, dekat orang hampa pandai kata orang menderhaka, hampa tuduh, hampa jaja dimerata, guna RTM, TV3&Co, Nizar durhaka kepada Paduka Sultan Perak kerana tak mau letak jawatan YAB MB, sekalipun Paduka Sultan bias tidak melakukan pembubaran DUN Perak, sebagaimana sembah YAB DS Nizar, apa macam. Inshaallah selurih rakyat yang menetang C4 altantuya Najib akan menirikan solat hajat diseluruh negara, pohon kepangkuan Allah mudahan-mudahan negara ini tidak diserahkan kepada pemimpin yang rakyat benci lagi di benci.

Ini adalah bahan isi untuk kita dalam PRK-PRK PR hadapi kini.

Isnin, 30 Mac 2009

video PRK Bukit Selambau






Isnin, 23 Mac 2009

1500 PEMUDA HADIRI PELANCARAN JENTERA PEMUADA PAKATAN RAKYAT

SG. LALANG,

Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatann Rakyat telah dilancarkan kelmarin. majlis yang diadakan di padang Awang Taman Bandar Baru, Sungai Lalang itu telah dihadiri oleh 1500 orang pemuda Pakatan Rakyat dari parti PAS, PKR dan DAP. Pendaftaran peserta bermula pada jam 4.00 petang. Sebaik meja pendaftaran dibuka para peserta mula berpusu-pusu membuat pedaftaran. Majlis menjadi bertambah meriah apabila konvoi pemuda PAS Baling seramai 400 orang tiba dengan menaiki 100 buah motosikal dan 30 buah kereta dan konvoi Pemuda PAS Merbok seramai 300 orang.

Sebelum majlis bermula semua peserta muslim telah menunaikan solat Asar Berjamaah di masjid Taman Bandar Baru yang terletak bersebelahan dengan padang tersebut.Pertama kalinya masjid itu dipenuhi dengan jamaah untuk solat asar.

Majlis pelancaran bermula jam 5.30 petang dengan semua peserta berkumpul ditengah padang mengikut kawasan masing-masing menghadap pentas utama.



Majlis dimulai dengan bacaan doa' oleh Ust Yusuf Awang, Exco DPPNK dan seterusnya ucapan YB Anthony Loke , Ketua Pemuda DAP Pusat kemudian Ucapan oleh Sdr. Saiful Izham, Ketua AMK Kedah dan Ust Musoddak Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Kedah.

Ucapan Perasmian dan Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Hj Zaki Ibrahim , Bendahari Pemuda PAS Pusat. Turut hadir dalam majlis tersebut bakal calon N.25 Bukit Selambau, Sdr. Manikumar yang turut memberi ucapan ringkas meraikan kehadiran semua pemuda dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

Turut hadir ialah YB Sen. Zamry Yusuf, Naib Pengerusi PKR Kedah, Sdr. Adram Musa, Exco DPPP, Ust. Ahmad Yahya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, ust Rosli Azmi ,Setiausaha DPPNK, YB Ust Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan DPPNK, YB Ust Izzat Shauki, Adun Bukit Lada, Sdr Yusrin Zakri, Pegawai Khas MB Kedah, Sdr. Md Yani Bakar, Exco DPPNK, Ust Yusni Mat Piah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan beberapa oleng Exco AMK Kedah dan Exco DPP Pulau Pinang.



Para Pemuda PAkatan rakyat juga telah melafazkan ikrar untuk berkerja bersungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selamabu dan akan mematuhi setiap arahan sepanjang pilihanraya berjalan. Bacaan Ikrar diketuai oleh Sdr. Azman Nasruddin, Timbalan Ketua AMK Kedah.

Majlis tersebut juga berjaya menarik perhatian penduduk taman tersebut apabila mereka memenuhi ruang diseliling padang awam tersebut.
Selepas itu semua pemuda Pakatan Rakyat telah menjalankan misi mengedar risalah kepada semua penduduk di taman Bandar Baharu.

Pada sebelah malam diadakan Ceramah Perdana Pemuda Pakatan Rakyat ditempat yang sama.
Ceramah oleh, Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, YB Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP, Sdr. Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat dan beberapa orang pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat.



lagi gambar menarik akan diposting kemudian...

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons