Selasa, 10 Februari 2009

50,000 HADIR CERAMAH RAKYAT TOLAK BN





Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KOTA SARANG SEMUT, 9 Februari (Hrkh) - Ketika di Ipoh, Perak diberitakan berkumpulnya lebih 50,000 hadirin mendengar ceramah Pakatan Rakyat semalam, gelombang yang sama turut berlaku di Kedah apabila kira-kira 50,000 membanjiri Kompleks PAS Kedah, di sini semalam pada ceramah perdana bertemakan "Confirmed Rakyat Tolak BN".

Kehadiran begitu ramai pada ceramah yang menampilkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut itu, dipercayai kesan krisis politik yang berlaku di Perak sekarang ini.

Turut menyampaikan ceramah Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

KERAJAAN HARAM KEDUA DIDUNIA


Ekoran daripada kecelaruan politik khususnya di Perak ketika ini, maka lahirlah satu lagi kerajaan haram di dunia, demikian tempelak Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar pada ceramah perdana bertemakan “Cinfirmed Rakyat Tolak BN” di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

“Di dunia ini sekarang ada dua kerajaan haram, satu Israel laknatullah, keduanya kerajaan haram jadah Barisan Nasional Negeri Perak. Sebab kerajaan haram jadah BN Negeri Perak ini bukan lahir daripada proses demokrasi yang betul,” tegasnya.

Menurut beliau, PAS tidak ada masalah menghadapi kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya malah Kerajaan PAS Terengganu juga pernah dikalahkan. Malah katanya, PAS tidak bangkit menentang dengan rusuhan dan kekerasan serta bertindak diluar demokrasi.

Sebaliknya BN ujar beliau, telah membelakangkan dan merampas kuasa Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kerana enggan memberikan semula mandat kepada rakyat dengan mengikuti langkah perundangan yang betul sama ada mengadakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) atau mengadakan undi tidak percaya dalam sidang Dun.

Umno/BN katanya, bimbang melihat perubahan rakyat yang memungkinkan mereka tewas dengan 2/3 majoriti sekiranya pilihan raya semula diadakan.

Menyentuh mengenai ungkapan ‘mohon derhaka’ yang digunakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, ujar Mahfuz, ianya merupakan ungkapan bahasa istana.

Kata beliau, Umnolah yang sebenarnya telah derhaka kepada Raja-raja Melayu selama ini antaranya meminda undang-undang membuang imuniti raja-raja. Pakatan Rakyat pula tegasnya, membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut keadilan agar segala proses di dalam negara berada dalam garis perlembagaan dan perundangan, bukannya mengheret dan memalukan raja-raja.

Mahfuz dalam ceramahnya itu turut menyingkap kembali penderhakaan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Anuar Musa kepada Tuanku Sultan Kelantan dengan menabal Tengku Ibrahim sebagai sultan pada tahun 1993.

“Sebelum Anuar Musa tabal Tengku Ibrahim, Tan Sri Mohammad Yaakob buat perarakan dari Pasir Mas ke istana bawa memorandum, minta Sultan turun daripada takhta. Sekarang ini mereka cuba mengapi-apikan orang Melayu kononnya kita ini hendak bergaduh, hendak berperang, hendak derhaka kepada raja.

“Ampun Tuanku! Kami tidak pernah derhaka atau hendak derhaka kepada raja,” ujarnya menyembah pendirian.

Kira-kira 50,000 hadirin memenuhi kompleks pentadbiran PAS Kedah itu. Turut menyampaikan ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons