"Patik Mohon Derhaka" antara ungkapa DS Nizar yang dijaja. DS Nizar dikatakan derhaka. Saya kurang mahir berbahasa. Namun naluri saya berkata...bersopannya DS NIzar MEMOHON untuk derhaka.... itulah indahnya bahasa istana.
Namun berbicara dengan orang yang tak reti bahasa istana samalah berbicara dengan BERUK tentang bunga. Berbuih mulut kita menyatakan wanginya bunga namun akhirnya bunga dikoyak dan dipijak jua.... saya tak tahu siapa beruk dalam isu ini..
Sejarah melayu terlalu panjang untuk dikongsi bersama, namun ruang ini terlalu terhad untuk kita berbicara. Saya anak melayu jati yang sayang kepada raja. Saya ulangi... anak melayu jati.... bukan peranakan atau celupan warna kuah kari atau parpu. Sebab itu sayang saya pada raja sayang sejati... Saya tidak memiliki nombor selain no kad pengenalan seperti mana ada orang yang dilabelkan dirinya dengan angka istimewa 786..
Raja melayu diakui berasal dari warisan kerajaan Hindu dari Majapahit yang melarikan diri ke Melaka. Di katakan Perak satu satunya pewaris sejati... Dalam sejarah Hindu atau China..raja amat tinggi kemuliaannya. Ia dianggap wakil tuhan. Titahnya tak boleh disanggah. Ia adalah dewa. Namun kedatangan Islam merubah rupa dan bentuknya. Raja bukan dewa. ia juga bukan nabi dan rasul yang maksum dari noda dan dosa.
Raja digelar sultan..satu gelaran yang menerima perubahan. Jika kuasa raja tiada batasnya, kuasa sultan pula mesti tunduk kepada keagungan kuasa tuhan... Panduannya ialah Al Quran. Keadilan dan Kebenaran adalah teras dalam pemerintahan.
Kisah Sultan Alauddin Riayat Syah menjadikan saya kagum kepada sultan Melaka tersebut. Demi merasai denyut nadi rakyat beliau turun di malam hari menjaga keselamatan negerinya. Beliau di sanjung dan dijunjung!
Kini Kesultanan yang diwarisi bukan hanya mesti tunduk kepada keadilan dan kebenaran, malah sultan juga terpaksa tunduk kepada perlembagaan negara. Demikianlah kejayan Inggeris yang direstui pemimpin kemerdekaan Masa itu??? Siapa??? kalau bukan Pemimpin UMNO dan BN.
Krisis dengan istana yang membawa penubuhan mahkamah khas semakin menghakis kuasa raja. Raja dibataskan dan dibelenggu dengan ruang kuasa nya. Terpaksa akur dan tunduk kepada perlembagan. Pemimpin yang menyerang raja ketika itu ialah DR Mahathir yang juga Presidem UMNO. Saya yakin ramai yang masih mengingati episod hitam itu.Tentunya Tuanku sultan masih ingat siapa musuh siapa kawan.
Isu seorang MB melarikan anak raja juga bukan lagi rahsia. Baginda sultan menjadi murka lantaran memanda ynag menasihatnya melarikan puteri baginda dan berkahwin tanpa pengetahuannya... Baginda terlalu murka. Kini orang yang sama mengingatkan kita tentang erti DERHAKA. LAYAKKAH MADAHNYA???
Selepas Pilihanraya 2008 menyaksikan istilah biadap ditujukan kepada istana Trengganu yang kebetulan sebagai YDP Agong. Bukan setakat itu, istilah NATANG juga berkumandang. Ketika itu , raja kesaorangan dan ditinggalkan dalam hina dan nista. Siapa yang menjulangnya??? Saya yakin istana taklupa apa terjadi.
Hari ini di Perak, DS Nizar memilih untuk tidak patuh kehendak baginda kerana ianya melanggar perlembagaan dan harapan rakyat di bahunya. DS NIzar lebih merasai denyut urat nadi rakyat. Mengorbankannya dirinya untuk rakyat jelata... Barangkali baginda mula menyedari denyut nadi rakyat ini apabila sesuatu yang tak disangka berlaku di bukit Istana.
Menentang bukan menderhaka dan menyokong bukan semestinya taat. Sayang anak bukan dimanja tetapi dijaga. Sayang raja bukan dibiar terhina lantaran diperguna dan dipermain pihak gila kuasa. Menyangi raja ialah menjaga kewibawaanya. Membiarkan raja hilang wibawa di mata rakyat adalah satu penderhakaan, kerana bertahta raja di mata rakyat dan bersultan raja di jiwa rakyat. Andai tiada hormat dan kasih rakyat apa erti menjadi raja kepada rakyat.?
Teringat saya kisah Fudhail bin Iyadh yang dikunjungi Khalifah Harun Arrasyid. Fudhail mematikan lampu di kala khalifah sampai di rumahnya. Tatkala menyentuh tangan khalifah untuk bersalam...spontan Fudhail berkata "Alangkah baiknya kalau tangan yang lembut ini tidak dicampakkan ke neraka" Khalifah bertambah gundah dan menangis. Pengiring raja lantas menempelak Fudhail' Khalifah datang ingin mendapat nasihat menenangkan jiwanya bukan menambahkan kesedihan". Jawah Fudhail"Wahai khalifah, berhatilah dengan penasihat dan orang seumpama ini. Dia boleh menolong dan mengembirakan engkau di dunia tetapi tidak akan dapat menolong engkau di akhirat...
Moga raja dan sekelian rakyat memahami sembah Pohon Derhaka DS Nizar!
Rabu, 11 Februari 2009
POHON DERHAKA??
Rabu, Februari 11, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan