Rabu, 11 Februari 2009

Jangan biarkan kami boikot produk Celcom pula

Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 12:44:52 MYT oleh TokBatin
E-mel Pembaca Oleh ustnik

" (dua minggu sudah dihantar ke surat pembaca BH tapi tak disiar)

Keganasan tentera Yahudi terhadap penduduk Gaza menimbulkan satu bentuk kesedaran kepada umat Islam untuk memboikot produk Israel dan Amerika. Tidak mustahil ekonomi Amerika dan Israel boleh lumpuh jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.

Jenis dan jenama produk Israel dan Amerika yang patut diboikot disebar secara meluas melalui e-mail, sms dan internet. Mungkin di tv, radio dan media cetak kurang (kecuali radio ikim.fm) kerana pulangan dan keuntungan besar dari iklannya.

Dalam keadaan demikian, Celcom mengambil langkah berundur ke belakang apabila menaja konsert Rihanna yang bakal berlangsung pada 13 Feb 2009 nanti. Rihanna adalah penyanyi Amerika dan produk Amerika.

Saya kurang pasti adakah ia seorang Yahudi atau tidak. Ada beberapa lirik lagunya yang agak kurang bermoral. Celcom memberi jawapan supaya dibezakan antara hiburan secara positif dan politik.

Etika berpakaian juga katanya dimaklumkan kepada Rihanna. Ia juga sebagai bentuk terimakasih Celcom kepada pengguna produk prabayarnya terutama di kalangan remaja. Sebagai tanda terimakasih, maka Celcom menghidangkan dan mendatangkan Rihanna utuk mereka.

Saya rasa Celcom sebenarnya kurang sensitif dengan nasib penduduk Gaza. Ia tidak sensitif dengan gejala hedonisme dan gejala social yang sedang melanda remaja sekarang. Ia juga tidak sensitif dengan nilai agama Islam (yang bercakap mewakili Celcom itupun namanya Melayu dan beragama Islam). Ia juga tidak sensitif dengan pemboikotan yang sedang rancak diperkata dan dilaksanakan sekarang. Dengan bahasa mudah, Celcom tidak sensitif dengan segala-galanya.

Mungkin kelihatan agak ekstrim kenyataan ini, tetapi inilah kesimpulan yang boleh saya buat terhadap isu Rihanna ini. Ia bukan semata-mata isu hiburan atau namanya Rihanna, tetapi ia isu yang melibatkan tanggungjawab terhadap nasib penduduk Gaza yang dibunuh secara kejam oleh regim Zionis dengan anggukan dan sokongan kuat Amerika.

Tentera Yahudi tidak mengenal sama ada orang Islam, Kristian atau agama lain. Tidak kenal tentera Hamas, penduduk awam, wanita atau kanak-kanak. Semuanya sama sahaja bagi mereka. Pembunuhan terhadap orang selain Yahudi adalah ibadat kepada mereka. Pendeta mereka sendiri yang membenarkannya, kononnya datang dari ajaran mereka yang sesat dan menyesatkan itu.

Justru, saya menyeru supaya Celcom membatalkan konsert tersebut, atau kalau mahu membalas jasa remaja yang menggunakan produk Celcom, buatlah perkara yang boleh memberikan imej baik kepada Celcom dan sekaligus untuk umat Palestin terutamanya di Gaza sekarang.

Kalau nakkan penyanyi Amerika sangat, panggil sahaja Michael Heart dengan lagunya Song For Gaza. Walaupun rakyat Amerika, tetapi ia bencikan peperangan dan keganasan tentera Yahudi. Kalau tidak, jangan pelik jika selepas ini ada seruan supaya diboikot produk Celcom pula."

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

aku yang pakai maxis ni sering menjadi sasaran kawan2 yang dok sms suruh tukaq ke celcom, sebab depa kata maxis menyumbang kepada kuil hindu kerana tokey dia Ananda Krishnan.....celcom pula TM punya dan menaja antaranya papan peringatan " Tiada panggilan yang lebih penting daripada seruan Ilahi" kat masjid dan surau...

tapi, aku bagi tau depa balik....kalu nak ikut..celcom pun tak bleh pakai juga...sebab apa...?,

kalau kuil hindu orang hindu saja dok pi menyembah...celcom lagi dasyat..bawa mai 'berhala' zaman moden..buat konsert panggil penyanyi pujaan dunia macam Rihanna dan ramai lagi sebelum ini...

yang dok menyembah depa ni..paling ramai anak2 melayu ...asar kemana...maghrib kemana...mabuk la...bedengung la..terkinja-kinja jantan betina...menjerit macam kena histeria..macam2 lagi la...semua adaa..!!!

wajar kira nya celcom kena boikot kalu terus dok bawa mai 'berhala' moden ni...kesan negatif yang besar kepada sosial masyarakat dan akhlak umat.



Ibnu Bakrin

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons