Ahad, 8 Februari 2009

SEHINGGA KINI DI PERAK...

http://anaksengat.blogspot.com/

Berita Nasional TV melaporkan ulasan Zamri tentang kerajaan yang di bentuknya. Bila ditanya tentang sikap MB Nizar yang bertegas tidak mahu meletakkan jawatan, Selamba Beruk Zamry al Mangkori menjawab: itu kerajan Haram.

Pepatah arab ada menyebut : Dia pukul saya dia yang menangis, dia yang menzalimi saya, dia yang mengadu..... Pelik tapi benar( benar bodoh)...yang merampas menyatakan kerajan yang di rampas haram...perampas nak kata apa??? mungkin HARAM JADAH agaknya...

Gelombang kebangkitan rakyat Perak seolah tak dapat di bendung lagi. Ianya turut dirasai sama oleh seluruh pendokong hak dan keadilan di seluruh negara. Hanya Profesor kangkung, kangkang dan longkang sahaja yang berdalih menyerlahkan kebodohan mereka. Rakyat akan terus meniupkan gelombang ini. Sekurangnya sehingga pilihanraya ke 13.

DS Nizar telah menyatakan sikapnya tidak akan meletakkan jawatan sehingga usul tidak percaya di bentangkan atau mahkamah menentukan. Beliau tetap bertahan di kediaman Rasmi...bukan kerana sayangkan rumah tersebut, namun hanya bagi menyatakan sikap dan mengharapkan perhatian rakyat seluruh dunia terhadap kezaliman tersebut. Saya yakin dan amat yakin DS Nizar akan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sedikit masa lagi....

Sehingga hari ini masih ramai dari seluruh negara sedang berkampung di kediaman tersebut. Suasananya tak ubah seperti satu pesta. Tidak kelihatan tanda kecewa atau putus asa. Yang kelihatan semangat yang bertambah. Subuh tadi diadakan munajat. Yang berada di kediaman tersebut memperlihatkan semangat sedia bertindak apa sahaja. Ada yang datang dari utara hinggalah selatan tanahair. Sikap dan riak wajam DS NIzar tetap ceria melayan tetamu... tidak kelihatan dalam keresahan... barangkali istilah takziah adalah melambangkan kebodohan pengucapnya...sewajarnya ucapan tahniah diucapkan.

Malam ini - 8 fEB 09, dilaporkan satu perhimpunan perdana membabitkan pimpinan tertinggi PR pusat akan di adakan. Satu lagi sejarah akan tercipta . Semuanya adalah tanda sokongan tak berbelah bahagi rakyat kepada DS Nizar. Betapa tersentuh hati melihat pelbagai sumbangan datang. Malam tadi berpuluh biji buah limau bali gred A di hantar ke kediaman untuk santapan petugas dari seorang tauke Cina. SebElum itu berpuluh kotak air dan limau Mandrin tiba. Itulah kesatuan bangsa yang dilihat di Perak kini. Musibah menjalinkan ukhuwwah... Subhanallah .... alangkah indahnya kurniamu Ya Allah.

Beberapa istilah di Perak kini mesti digunakan secara rasmi dan slogan yang mesti terus didoakan dalam setiap ucapan kita;

01. KERAJAAN ZAMRI ALMANGKORI DAN NAJIB ALNAJISI ALMUGHOLLAH ADALAH HARAM.( BOLEH JUGA DITAMBAH PERISA JADAH DIHUJUNGNYA)
02. 05 FEBRUARI 09 ADALAH TARIKH RAMPASAN KUASA YANG MESTI DIINGATI SEMUA.
03. UCAPLAH... LAKNATULLAH ALAIH KEPADA PENAMA BERIKUT : JAMALUDIN POSMAN AL MANPOOOOOOSI. : OSMAN JAILU AL KATAKI

P/s: maaf dengan istilah yang diluar budaya saya selama ini yang terpaksa di catat bagi menyatakan istilah sebanar dan tepat buat yang terlibat.
Posted by dato' at 8:07 AM 1 comments
Labels: luahan
KEJADIAN DI UBUDIYYAH.
Riuh sekandang cerita kebangkitan rakyat di Bukit Chandan. Rakyat dikatakan menderhaka sultan. Budaya jalanan yang kononnya menggugat kestabilan. Ba.. Hamid AlbaRua mengancam dengan ISA.

Beberapa versi dari yang turut sama dalam perhimpunan itu menceritakan maklumat yang didengar dan dilihat;

01) Himpunan tersebut menjadi sedikit kecoh lantaran adanya provokasi.
02. Tiadanya pemimpin yang memimpin himpunan tersebut. Hanya Dr Lo' lo' yang kelihatan.
03. Kemarahan datang dengan sendirinya lantaran kemarahan yang tak mampu di tahan.
04. Budak sekolah yang pengsan telah diangkat dan ditunjukkan di tepi kereta YM Raja Di Hilir Perak. Dikatakan Raja di Hilir membuka cermin kereta dan mendengar Luahan rakyat jelata.
05. Rakyat yang menahan rombongan kerabat di Raja hanya meluahkan isi kemarahan dan harapan kepada Raja tanpa membuat sesuatu yang bersifat melampau.
06. Kemarahan dan lemparan objek hanya kepada rombongan menteri dan kerajaan HARAM JA...H negeri Perak.
07. Ramai rakyat yang di tahan di luar dan tak dapat naik ke kawasan Masjid Ubudiyyah.
08. Rakyat yang terlepas menaiki jalan belakang dan merempuh sekatan FRU.

Sedikit gambaran tersebut adalah sesuatu yang mesti di fahami. PAS Perak tidak mengarahkan apa yang terjadi! Ianya spontan dari rakyat yang merasai diri dizalimi dan hak di cabuli!
Posted by dato' at 7:28 AM 0 comments
Labels: berita Perak

BERSAMA MEMBANTU WIRA RAKYAT
Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons