AKTIVITI
Tawakkal dan Usaha Adalah Kunci Kejayaan Yang Tidak Dapat Dipisahkan. Semoga Keikhlasan Kita Berhijrah Memperbaiki Kelemahan dan Menggandakan Usaha Dalam Perjuangan Menjadi Sebab Tertubuhnya Negara Islam Dan Tertegaknya Syariat Allah.
SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA
Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH.... KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Selasa, 29 Disember 2009
SUKARELAWAN PEMUDA PAS BANTU JAYAKAN MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK YAB PESURUHJAYA PAS KEDAH
Selasa, Disember 29, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Isnin, 28 Disember 2009
DPPNK SANGGAH AWANG SELAMAT
Isnin, Disember 28, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Kelainan pendekatan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak merupakan bukti kepelbagaian dan demokrasi yang hidup subur dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya sebagai menyanggah rencana Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, 20 Disember lalu.
Ujarnya, bandingan dibuat penulis tersebut dalam rencana itu jelas menunjukkan kekeliruannya dalam memahami dimensi politik baru Pakatan Rakyat yang semakin diterima rakyat negara ini.
Malah katanya, penulis tersebutlah yang sebenarnya berfikiran sempit kerana memandang serong dan cuba mencipta pandangan serong terhadap Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, biarpun negeri ditadbir Pakatan Rakyat dikatakan mempunyai pendekatan berbeza, namun masih utuh dengan keteguhan prinsip dan kekal dalam ruang lingkup kesepakatan bersama.
Tegas Ahmad, hal itu berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional yang bukan sahaja sering berubah untuk meraih sokongan semasa, malah sanggup menggadai prinsip.
“Misalannya Umno yang kononnya berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Mereka bukan sahaja mengenepikan agenda agama dan membiarkan agama diketepikan, malah mereka juga terlibat menghina agama lain. Begitu juga kepentingan bangsa dan negara yang telah banyak mereka lelong,” ujarnya sinis.
Sanggah Ahmad juga, bukan sahaja rakyat di Kedah selesa dengan pentadbiran Azizan, malah rakyat di negeri ditadbir Pakatan Rakyat kini iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor juga selesa dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka.
Tegasnya, pihak media tunggangan BN-lah yang sebenarnya telah mensensasikan pendekatan dibawa setiap negeri tersebut dan mengukurnya dengan acuan BN selain memberikan pelbagai gambaran negatif.
Ahmad turut menyanggah penulis tersebut yang melihat pendekatan Ustaz Azizan sebagai faktor individu dan bukannya PAS.
“Dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat, segalanya wujud secara kolektif. Ustaz Azizan tidak akan mampu berada pada tahap hari ini tanpa dokongan dan sokongan seluruh ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat.
“Tetapi jika penulis dan sekutu-sekutunya mengiktiraf Ustaz Azizan sebagai faktor, maka kita berbangga untuk menyatakan bahawa itulah kualiti kepimpinan yang PAS dan Pakatan Rakyat miliki,” ujar beliau kagum.
Pun begitu ujar Ahmad, gaya rencana tersebut persis penulisan orientalis apabila disebalik pujian yang diberikan kepada Ustaz Azizan, penulis juga memberikan pandangan serong terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta pimpinannya.
“Sekarang penulis cuba menggilap dan memuja peribadi Ustaz Azizan dan menganggap itulah satu-satunya faktor kelainan kerajaan Kedah, namun kami sedar agenda mereka, iaitu satu hari peribadi yang dipuja itu akan dihentam, dicaci, dicemuh dengan berbagai cerita rekaan maka dengan tindakan tersebut akan hancurlah kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.
“Inilah agenda tersembunyi mereka yang sedang digunapakai di Kelantan apabila karektor Tuan Guru Nik Aziz diserang habis-habisan, buruk Tuan Guru maka buruklah Kelantan. Padahal semua itu adalah rancangan jahat gaya Yahudi,” tegasnya.
Bagaimanapun ujar beliau, penulis seperti itu masih tetap dengan pegangan sempitnya biarpun syarikat diwakilinya iaitu Utusan Malaysia semakin tidak popular kepada rakyat negara ini selain dicemuh dan ditertawakan.

Posted in: UTUSAN MELOYA
Khamis, 24 Disember 2009
PAKAT MAI TENGOK SKUAD BOLA KITA DI SUNGAI PETANI
Khamis, Disember 24, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Selasa, 22 Disember 2009
TEKS USRAH BULAN 12 (MUHASABAH)
Selasa, Disember 22, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
MUHASABAH
Muhasabah bermaksud perbuatan menilai, meninjau perasaan berkaitan fikiran, pendirian, tindakan dan sebagainya terhadap diri sendiri.Bermuhasabah pula membawa maksud membuat penilaian terhadap diri sendiri agar kita dapat mengukur pencapaian diri.
Kita juga dianjurkan untuk bermuhasabah terhadap organisasi, gerakkerja yang dilakukan serta apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan seperti rumahtangga, kerjaya dan lain-lain.
Sebagai seorang yang intima’ (melibatkan diri) di dalam harakah Islamiah seperti PAS maka menjadi kewajipan terhadap ahli dan kepimpinannya untuk sering melakukan muhasabah agar segala kelemahan diperbaiki dan segala perancangan dapat berjalan dengan baik.
Kini kita di awal tahun baru Hijriah 1431dan di penghujung tahun Masihi 2009, maka amat sesuailah medan usrah kali ini dijadikan medan muhasabah untuk kita.
ANJURAN BERMUHASABAH
Sabda Rasulullah SAW:
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت , والأحمق من اتبع نفسه هواها و وتمنى على الله الامانى
“Orang yang bijak ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang bodoh ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (berangan-angan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat)” –riwayat At Tirmizi
Saidina Umar mengingatkan:
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا , وزنوها قبل ان توزنوا , وتزينوا للعرض الأكبر يوم لا تخفى منكم
خافية
“Hisablah dirimu di dunia sebelum kamu dihisabkan (di hadapan Allah di hari akhirat), timbanglah amalanmu sebelum ianya ditimbang pada hari qiamat dan berhiaslah untuk hari pendedahan yang besar, hari yang tidak akan tersembunyi darimu sesuatupun.” –risalah Al Mustarsyidin
KITA SEBAGAI HAMBA
Rasa hamba mestilah tidak lekang dari jiwa kita, sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT Maha segala-galanya. Segala rasa-rasa tersebut hendaklah sampai ketahap merasai takut untuk berbuat maksiat dan munkar.
Contohnya seseorang yang merasai Allah mengetahui isi hatinya akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinya pun Allah mengetahui. Hamba seumpama ini bukan sahaja gerak geri zahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi agar tidak terdorong kepada perkara jahat.
Namun semua itu terhasil dari ilmu dan penghayatan dalam bentuk amal. Adunan ilmu dan amal membuahkan iman, iman pula yang mendorong rasa perhambaan, sementara tarbiyahlah yang akan mendarah dagingkan semua yang tersebut di dalam diri kita. Cukupkah tarbiyah kita?
KITA SEBAGAI ANGGOTA JAMAAH
Allah memilih kita untuk berada di dalam jamaah Islam ini. Andainya bukan kita yang dipilih nescaya jamaah akan terus hidup kerana orang lain pula yang dipilih oleh Allah. Ertinya jamaah Islam tidak rugi apa-apa tanpa kita, sebaliknya kita yang rugi jika tidak intima’ dengan jamaah.
Justeru sebagai bukti kita mensyukuri nikmat pilihan ini maka kita hendaklah benar-benar menjadi anggota jamaah yang berqualiti tinggi, antaranya dengan memiliki ciri-ciri berikut:
-sentiasa berusaha untuk menyumbangkan buah fikiran
-sentiasa bersedia mengorbankan diri, tenaga, masa dan wang ringgit
-sentiasa mementingkan jamaah dan kerja-kerjanya mengatasi urusan peribadi
-sentisa berusaha untuk mengukuh jamaah bukannya meruntuh
-sentiasa berusaha menyelesai masalah bukannya pencetus masalah
-bersedia memikul beban dan kepayahan seperti menjadi pemimpin
KITA SEBAGAI PEMIMPIN PAS
Menjadi pemimpin PAS bukan kemuliaan dan pujian, sebaliknya satu bebanan dan amanah. Justeru kita ditegah dari meminta jawatan di dalam PAS apatah lagi berebut untuk memegang jawatan.
Tanggungjawab dan amanah jawatan di dalam PAS menuntut pengorbanan yang besar dari orang yang memikulnya. Khususnya jika kita bincangkan tentang kepimpinan pemuda dari ketua, timbalan, naib dan AJK peringkat negeri, kawasan dan cawangan maka banyaklah perkara yang perlu dimuhasabahkan antaranya:
-apakah kita benar-benar memahami tentang tugas yang berkaitan dengan jawatan kita
-jika kurang faham tentang ruang lingkup tugas, apa tindakan yang sudah diambil
-adakah kita sudah benar-benar bekerja untuk menjayakan agenda perjuangan PAS
-apakah kerja kita ikhlas kerana Allah atau dikeranakan oleh kerana-kerana yang lain
-sudah berapa program yang dibuat melalui lajnah yang kita pegang
-seringkah kita tidak hadhir program jamaah sehingga menimbulkan persoalan di kalangan rakan-rakan
-apakah kita memaklumkan ketidak hadiran kita sebagai bukti rasa tanggungjawab
-dan lain-lain
KITA SEBAGAI PEMIMPIN KERAJAAN
Memerintah negeri bukan satu kerja mudah. Tidak ada fakulti atau buku khusus yang mengajar bagaimana menjadi menteri besar, ahli mesyuarat kerajaan, setiausaha politik dan pegawai-pegawai khas yang bersifat lantikan politik. Begitu juga menjadi ADUN, ahli Parlimen, ahli Majlis, MKK dan sebagainya. Sudah tentu individu yang terlibat memerlukan sedikit masa untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan tugas.
Namun rakyat mahu melihat keberkesanan dan keprihatinan pimpinan ini dalam menjalankan tugas. Baik perkhidmatan yang diberi maka baiklah kerajaan serta parti yang memerintah. Justeru itu, pemimpin yang terlibat perlu lebih banyak bermuhasabah dengan amanah yang dipikul.
KITA PEMIMPIN UMMAH
Tanggunjawab paling pokok dan utama bagi pemimpin ialah membawa hati dan roh manusia mengenal Allah SWT dan beribadah kepadanya. Bertanyalah kepada diri, sudahkah sebagai pemimpin membawa hati rakyat kepada Allah SWT. Sudahkah agama dan akhlak disogok kepada rakyat. Sempurnakah program dan agenda sehingga tiada lagi alas an untuk rakyat menolak agama kecuali mereka yang degil.
Hak asasi inilah yang wajib ditunaikan terlebih dahulu berbanding keperluan lain. Memenuhi keperluan dan hak kenal Allah SWT dan beragama inilah yang bakal dipersoalkan terlebih dahulu berbanding perkara dan urusan lain.
KEKANGAN JAWATAN
Sudah menjadi adat di dalam perjuangan seperti PAS, siapa boleh buat kerja maka banyaklah kerja dan jawatan yang diberi, tidak dinafikan di sana ada juga yang diberi jawatan kerana pandai dan rajin bercakap.
Semua kita mengakui bahawa jawatan yang terlalu banyak mengekang kerja yang berkesan. Namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Jawatan di dalam kerajaan, parti, masyarakat, NGO dan lain-lain dipikul serentak. Jawatan parti pulak merangkumi pelbagai peringkat, dari pusat, negeri, lajnah, kawasan, MTD, UPU dan juga cawangan. Semuanya terbeban keatas seorang dua ahli PAS. Kesannya orang yang memikul akan tertekan dan banyak tugas yang terlepas pandang.
Dikatakan, ada juga mereka yang menjadikan banyak jawatan sebagai alas an untuk tidak dapat hadhir ke sesuatu program kerana bertembung masa. Ya, diakui sesekali ia berlaku, tetapi bukan sepanjang waktu.
Namun di sana , ada pimpinan yang memang mampu memikul berbagai tugas, bukan kerana hebat tetapi atas tanggungjawab dan amanah perjuangan. Kepada mereka kita doakan agar Allah beri kekuatan dan agar kita juga dapat menjejaki jalan mereka
Apa yang harus dimuhasabahkan ialah di mana kita?
PENUTUP
Muhasabah ke atas diri, tugas, amanah, organisasi dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri mesti selalu dilakukan. Bahkan amat terpuji seseorang yang mampu berlapang dada menerima nasihat, pandangan dan kritikan terhadap dirinya semata-mata untuk mengesan di mana kelemahan yang perlu diperbaiki.
Selayaknya seorang pejuang membuka ruang kepada sahabat seperjuangannya untuk memuhasabah terhadap diri dan tugas yang dipikulkan. Medan usrah adalah medan yang terbaik untuk sama-sama kita lakukan muhasabah dari berbagai sudut terutama prestasi perjuangan kita di dalam dewan pemuda. Ayuh sama-samalah kita berlapang dada.
Sabtu, 19 Disember 2009
Sabtu, Disember 19, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Khamis, 17 Disember 2009
lawatan Dewan Pemuda Negeri Ke Pejabat DPP Sik
Khamis, Disember 17, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Semalam Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah melawat Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik. Diketuai oleh Ust Ahmad Yahya,Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah turut serta ialah Mohd Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua, Ust Rosli Azmi, Setiausaha, Ust Rahimin , Penolong Setiasaha, dan Exco-Exco DPPNK terdiri dari Ust Mohamad Ismail, Azman Ahmad, Ust Saiful Syazwan, Ust Zelani Nik Chik.
Sementara Ketua DPP Sik, Badrol Hisham serta AJK Pemuda Kawasan telah menyambut ketibaan rombongan DPPNK dengan penuh mesra dan ukhuwwah. Pertemuan bermula dengan Solat Maghrib, Solat Isyak selepas itu sesi Ucapan kedua-dua belah pihak disamping dialoge yang banyak menyentuh tentang Politik semasa, pengurusan parti dan kerajaan Negeri Kedah.
Program diadakan di Pejabat PAS Kawasan Sik, Kg. Sungai Pau.

Posted in: lawatan dppnk
Setengah juta belum mendaftar di Perak- Dikedah pula ramai mana?
Khamis, Disember 17, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata, pihaknya akan meningkatkan usaha dengan bantuan parti politik, jabatan kerajaan serta penghulu dan ketua kampung bagi mendaftarkan golongan tersebut.
''Kita akan minta senarai semua kakitangan pejabat kerajaan dan siapa yang belum mendaftar, kita akan mendaftarkan mereka sebagai pemilih atau pengundi.
''Bagi syarikat swasta, kita akan pergi ke kilang-kilang untuk tengok jadual atau masa yang sesuai untuk daftarkan mereka yang belum berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan banting SPR kepada Pengurus Pos Malaysia negeri, Mohd. Azizi Mohd. Sanusi di sini hari ini.
Ia merupakan antara usaha SPR menggiatkan publisiti kepada orang ramai bahawa mereka boleh mendaftar sebagai pemilih atau menukar alamat mengundi di mana-mana pejabat pos berdekatan.
Menurut Ahmad Adli, bukan mudah bagi SPR untuk mendaftarkan semua pemilih kerana mengikut kajian, terdapat 12,000 rakyat negara ini mencapai usia 21 tahun setiap hari.
Katanya, SPR cuma membantu tetapi apa yang lebih penting adalah kesedaran rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana setiap undi adalah sangat penting dalam sistem demokrasi.
''Kalau hendak kata SPR lembap, ia subjektif kerana semua orang ada alasan masing-masing.
''Dalam majlis keramaian yang besar, kita sudah hantar orang untuk daftarkan pemilih tetapi hanya tiga hingga empat orang sahaja yang daftar. Kalau diwajibkan senang," katanya.
Mengikut rekod SPR, sehingga suku ketiga tahun ini, seramai 1.21 juta rakyat Perak telah berdaftar dengan SPR dengan 1.183 juta daripadanya sebagai pemilih biasa dan 29,895 sebagai pengundi pos.
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 16 Dis. - Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk negeri ini yang sudah melepasi usia 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi pilihan raya.Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata, pihaknya akan meningkatkan usaha dengan bantuan parti politik, jabatan kerajaan serta penghulu dan ketua kampung bagi mendaftarkan golongan tersebut.
''Kita akan minta senarai semua kakitangan pejabat kerajaan dan siapa yang belum mendaftar, kita akan mendaftarkan mereka sebagai pemilih atau pengundi.
''Bagi syarikat swasta, kita akan pergi ke kilang-kilang untuk tengok jadual atau masa yang sesuai untuk daftarkan mereka yang belum berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan banting SPR kepada Pengurus Pos Malaysia negeri, Mohd. Azizi Mohd. Sanusi di sini hari ini.
Ia merupakan antara usaha SPR menggiatkan publisiti kepada orang ramai bahawa mereka boleh mendaftar sebagai pemilih atau menukar alamat mengundi di mana-mana pejabat pos berdekatan.
Menurut Ahmad Adli, bukan mudah bagi SPR untuk mendaftarkan semua pemilih kerana mengikut kajian, terdapat 12,000 rakyat negara ini mencapai usia 21 tahun setiap hari.
Katanya, SPR cuma membantu tetapi apa yang lebih penting adalah kesedaran rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana setiap undi adalah sangat penting dalam sistem demokrasi.
''Kalau hendak kata SPR lembap, ia subjektif kerana semua orang ada alasan masing-masing.
''Dalam majlis keramaian yang besar, kita sudah hantar orang untuk daftarkan pemilih tetapi hanya tiga hingga empat orang sahaja yang daftar. Kalau diwajibkan senang," katanya.
Mengikut rekod SPR, sehingga suku ketiga tahun ini, seramai 1.21 juta rakyat Perak telah berdaftar dengan SPR dengan 1.183 juta daripadanya sebagai pemilih biasa dan 29,895 sebagai pengundi pos.
Selasa, 15 Disember 2009
Peranginan Gunung Jerai sedia mengamit pelancong
Selasa, Disember 15, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh: AMELIA HASHIM
Menepati hasrat Kerajaan meningkatkan industri pelancongan, Warta Darul Aman dijemput membuat liputan pengenalan Peranginan Gunung Jerai Resort.
Disajikan perubahan cuaca setiap dua puluh minit apabila penulismenjejak kaki di puncak Gunung Jerai. Perubahan cuaca ini menghidangkan panorama yang sungguh menakjubkan. Pergerakan awan yang rendah mengandungi air tidak menjanjikan hujan akan turun di situ. Apabila gumpalan awan melintasi puncak persis sang puteri menutup wajahnya dengan selendang kerana malu.
Apabila cuaca bertukar menjadi terang, terbentanglah di bawah sana pemandangan sawah berpetak-petak. Rangkaian pulau Bunting, Songsong, Telur dan Pulau Bidan. Apabila cuaca bertambah baik akan kelihatan Pulau Langkawi serta Pulau Pinang dan nun jauh berbalam-balam pulau Sumatera. Tidak hairan lah pelayar dulukala menjadikan Gunung Jerai sebagai penunjuk arah.
Tidak berbaloi naik Gunung Jerai sekiranya hanya untuk menyaksikan pemandangan ini dalam beberapa jam. Akan lebih meninggalkan kenangan sepanjang hayat sekiranya pelawat bermalam di puncak Gunung Jerai.
Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menaik taraf pusat peranginan ini kepada hotel tiga bintang dinamakan Peranginan Gunung Jerai Resort. Pengurusannya kini diambil alih oleh The Regency.
Menurut pengurusnya Tuan Haji Yahya Kassim, Peranginan Gunung Jerai Resort bakal dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena sambutan ulangtahun keputeraan Baginda pada 2010 nanti.
Perubahan yang dilakukan nampak sangat ketara. Chalet-chalet lama telah diubahsuai dan chalet-chalet baru tersergam indah di tebing-tebing dataran di puncak gunung setinggi 1217 meter ini. Apabila malam kedinginan suhu mencecah 19 digri Celsius dan dalam keadaan biasa antara 20 hingga 24 digri Celsius.
Udara yang nyaman sangat sesuai untuk rehat bagi golongan yang mengidap penyakit kronik dan juga bagi mereka yang sentiasa memerah fikiran. Di sini menjanjikan ketenangan dan kedamaian. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur. Bunga-bungan kembang dengan bersaiz lebih besar dari bunga-bungaan spesis yang sama yang tumbuh di tempat lain.
Apabila malam kedinginan merubah suasana seakan bukan berada di negeri Kedah. Tiupan angin yang menerbitkan irama seperti bangsi dan alunan suara unggas malam mengingatkan semua akan kebesaran Allah yang sebagai pencipta. Datang dan bermalamlah di puncak Gunung jerai anda akan merasai sendiri pengalaman yang menakjubkan ini.
Kalau anda bernasib baik anda dapat bertemu dengan petapa yang memilih tempat ini untuk mendalami ilmu kebatinan. Kalau dahulu aktiviti ini dapat dibaca dalam Hikayat Hang Tuah menceritakan pahlawan lima sahabat ini bertapa di puncak Gunung Ledang. Tetapi puncak Gunung Jerai masih terdapat manusia yang bertapa sehingga kini.
Untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, pengunjung tidak perlu mengambil cara untuk bertapa di dalam hutan memadai dengan menempah kamar di Gunung Jerai Resort. Semua kemudahan tersedia di sini. Anda boleh bersiar-siar dengan bebas di kawasan sekitarnya. Gunung Jerai Resort bahagian tertinggi di negeri Kedah dikelilingi oleh hamparan sawah padi. Pemandangan bertukar mengikut musim. Kehijauan apabila musim menanam padi dan bertukar kuning keemasan apabila tiba musim panen.
Berjalan kaki beberapa meter ke bawah anda boleh melihat tapak warisan antara makam Syeikh Abdullah Yamani, telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.
Terdapat 31 bilik sedang menanti pengunjung iaitu Eksekutif (24), Deluxe (12), Primier (24), Superier (12) dan Suit satu bilik. Menariknya bilik-bilik Eksekutif dilengkapi dengan jaguzi.
Memandangkan kemudahan dan peralatan serba mewah harga yang ditawarklan amatlah berpatutan. Harga promosi Exsecutif RM330.00, Deluxe RM230.00, Primier RM280. 00 dan Suite RM500.00. Yang berminat boleh menghubungi di talian 04-4667777 atau faks 04-4667778.

Posted in: gunung jerai,resort
Khamis, 10 Disember 2009
Kerajaan Negeri Kedah Bercadang Hulurkan Bantuan Kepada Palestin
Khamis, Disember 10, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman
ALOR SETAR, 9 Disember 2009 – Ahli Parlimen Palestin yang diketuai oleh Dr. Salim Salam membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman pagi ini. Kunjungan tersebut sebagai tanda ziarah bagi berkongsi pengalaman berhubung perkembangan terkini di Palestin.
Dr. Salim Salam bersama dua orang lagi delegasi rombongan menceritakan perkembangan terkini pergolakan di Palestin oleh campur tangan Israel. Beliau berkata, Yahudi kini sedang bergiat aktif mengganggu gugat ketenteraman penduduk Palestin.
Dr. Salim yang merupakan perwakilan Hamas juga berkata, pihak Yahudi juga turut membuat persiapan ketenteraan melibatkan laluan darat, air dan udara untuk serangan ke atas Palestin. Delegasi tersebut kemudiannya akan membuat lawatan ke beberapa tempat di sekitar Negeri Kedah antaranya di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Kolej Matrikulasi Changlun selain bakal membuat kunjungan ke Negeri Perlis.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai maklumbalas Kerajaan Negeri Kedah berhubung isu Palestin, beliau berkata pihak kerajaan negeri bakal berbincang bagi menyalurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu kepada penduduk Palestin.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)
Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my

Posted in: palestin
NEGERI PIMPINAN UMNO SEMAKIN BANKRAP
Khamis, Disember 10, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
http://episodeperjuangan.blogspot.com/ustaz nasrudin hassan tantawi
1. Kerajaan UMNO dan BN negeri Pahang telah di saman oleh Spag’n Plantation Sdn Bhd sebanyak RM 209 juta dan Syarikat Upayapadu (M) Sdn Bhd RM 24 juta. Hal ini kerana kerajaan Pahang mungkir janji .
2. Spg’n telah mebuat satu cadangan Projek Ladang Hutan atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar di Mukim Penor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pada 16 Jun 2009. Syarikat telah membayar RM 185 325 untuk kos ukur dan penyediaan hak milik ladang. Syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri telah memberi pula projek berkenaan kepada syarikat lain.
3. Syarikat Upayapadu pula melibatkan konsesi pembalakan seluas 23 000 ekar dalam daerah Raub. Syariakt menjelaskan bayaran sebanyak RM 413 086.35 merangkumi deposit, penyediaan sempadan, pemprosesan lesen dan lain lain . Namun kerajaan negeri gagal mengeluarkan lesen.
4. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat [ Seruan Gemilang Makmur ] kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan. Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula 15 Oktober 2008 , syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.
5. Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.
6. Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000
7. Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang. Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
8. Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta. Seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Yb. Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.
9. Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu. Yb. Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.
10. Ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya demi kepentingan pemimpin dan kroni mereka yang rakus . Apabila negeri ini mula menghadapi masalah kewangan yang parah , mangsanya adalah rakyat dan rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

KERJAAAN 1 MALAYSIA JANGAN JADI PENJAJAH
Khamis, Disember 10, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) sebagai inisiatif untuk meningkatkan punca pendapatan kerajaan merupakan satu bentuk penjajahan terhadap ekonomi sara hidup rakyat, demikian ditegaskan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pelaksanaan tersebut menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional biarpun mendakwa berpengalaman lebih 50 tahun mentadbir kerajaan, tetapi hakikatnya terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.
“Jangan ambil penyelesaian mudah, apabila susah ‘hempap atas kepala rakyat’. Ke mana perginya slogan ‘Rakyat didahulukan’ yang dimegah-megahkan itu?
“Sepatutnya kerajaan perlu mengkaji kaedah lain dan mengambil kira kos sara hidup rakyat negara ini yang dilaporkan berada ditangga ke-13 tertinggi di dunia.
“Kerajaan jangan menjadi penjajah yang membebankan rakyat dengan berbagai cukai, hinggakan buah-buahan pun dikenakan cukai,” tempelaknya.
Ujar beliau, hal itu juga menunjukkan kerajaan tidak berupaya mengenalpasti sumber pendapatan baru serta gagal mengawal pembaziran, pemborosan dan ketirisan.
Untuk itu tegasnya, Pemuda PAS Kedah mewakili suara hati rakyat membantah pelaksanaan GST dan menggesa Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara itu tanpa membebankan rakyat.
PAPAN TANDA PAS DISABOTAJ- MEMANG DEPA DAH CUKUP KRITIKAL LA NIE !!!
Khamis, Disember 10, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
KOTA SIPUTEH: Ketika punca kejadian ‘billboard’ gambar Menteri Besar Kedah di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Jitra yang dikoyak pihak tertentu masih menjadi tanda tanya, perbuatan seumpama berlaku di Jerlun bagaikan memberi jawapannya.
Papan-papan tanda PAS di sekitar Jerlun di mana terletaknya Dun Kota Siputeh telah diconteng dengan cat merah, manakala ‘billboard’ gambar Adun Ayer Hitam dan Menteri Besar ditoreh koyak.
Biarpun Mahkamah Rayuan baru-baru ini membenarkan penangguhan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil di Dun tersebut, ternyata gelora keyakinan untuk pihak-pihak tersebut menghadapi satu lagi PRK semakin tergugat.
Apatah lagi jika dilihat kepada beberapa pilihan raya lalu, gelombang sokongan kepada PAS semakin membesar hingga berpeluang membadai lawannya ke tepian.
Bukan sahaja majoriti Dun Kota Siputeh berjaya diturunkan, laporan dari Bilik Gerakan Pusat mereka juga menukar status Parlimen Jerlun dari putih kepada kelabu gara-gara sabotaj kepada calonnya oleh rakan saingannya dalam sayap parti tersebut.
Mujurlah bapa kepada calon yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Parlimen itu datang membantu kempen dan memutihkan kembali status tersebut.
Apapun, sikap bebal diluahkan kepada papan-papan tanda itu melambangkan mentaliti terdesak pihak tersebut ekoran terhakisnya sokongan dan tidak dapat menerima hakikat kemungkinan tewas di medan demokrasi yang sering mereka tunggangi dan manipulasikan selama ini.
Posted in: papan tanda
Rabu, 9 Disember 2009
Sama-sama bangunkan negeri Kedah
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak lupa akan kakitangan kerajaan yang banyak membantu kerajaan negeri mentadbir Negeri Kedah.
Dengan mengambil sikap ‘sama-sama kita berusaha membangun negeri Kedah yang dicintai’, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk memberi amanat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan kerajaan, disamping ilmu agama yang manfaat kepada semua.
Pada perhimpunan bulanan yang diadakan di Wisma Darul Aman pada 7 Disember, Menteri Besar mengingatkan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta diri beliau sendiri agar berlaku adil dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, jangan berlaku zalim kepada mereka, di mana menurut hadis, Allah kabulkan doa mereka yang dizalimi.
“Saya tekankan sangat, jangan buat zalim pada orang, jadi saya minta semua rakyat tolong tunjukkan di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya dapat kita perbaiki, dan kita (kerajaan) mengaku tak semua kita buat adil, tunjuk kezaliman yang kita buat, untuk kita baiki segera
“Kadang-kadang dia buat zalim, tapi tak sedar, dalam konteks pentadbiran umpamanya, saya baru balik dari mesyuarat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tentang undang-undang Tanah Negara, Malaysia punya rekod buruk, proses pengambilan tanah paling cepat setahun, ada empat tahun.
“Ini ada hubungkait dengan pembangunan sesebuah negeri, satu pelaburan nak mai, dia (pelabur) kena tunggu setahun, bila dah lambat, dia pergi ke lain, bawa pelaburan tu ke Negara lain, hak itu hak rakyat, itu kezaliman kepada pelabur, kepada rakyat dan rezeki kepada orang lain.
“Ini melibatkan semua kakitangan, bermula dari Menteri Besar, Exco, ketua jabatan dan kakitangan, saya tak cakap pasal peraturan insan, saya cakap pasal efisyen dalam kerja,” ujar beliau.
Doa adalah senjata yang dapat menguatkan manusia menghadapi cubaan hidup. Justeru, sebagai kakitangan kerajaan, kita disarankan untuk berdoa agar tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipikul dengan sebaik mungkin.
“Kita sebagai manusia, Allah perintah kita untuk berdoa, nescaya Allah akan kabulkan doa kita, pagi ini, saya nak doa ringkas saja, kita pohon selamat pada agama.
“Yang kedua, bagi sejahtera, iaitu sihat tubuh badan kita untuk datang kerja, bila badan kita sihat, kita dapat tunai tanggungjawab kepada semua pihak, otak yang baik itu datang daripada badan yang sihat, jangan fakir bahawa sukan itu tak ada hubungkait dengan ajaran Islam, sebab itu saya galakkan tuan-tuan bersukan.
“Yang ketiga, minta Allah tambah ilmu. Pertambahan ilmu adalah melalui hasil apa yang kita belajar serta pengalaman.
“Maka dalam konsep pentadbiran hari ini, kita bagi kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan akademik dan performance, pertambahan ilmu ini melalui pembacaan, pengajian, pendengaran dan kursus seperti yang kita bagi pada tuan-tuan, ini kerana pertambahan ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kepentingan orang lain serta kerjaya kita,” ujar beliau.
Tambah beliau, rezeki yang diperolehi juga mestilah dari sumber yang halal bagi mendapat keberkatan Allah.
“Pendapatan yang kita dapat dari sekecil-kecil hingga setinggi, kalau kita dapat secara halal, tak ada masalah, dengan rezeki ini bagi anak isteri. Jadi keberkatan itu penting, banyak dalam dunia hari ini, orang-orang yang terlibat dengan rasuah adalah mereka yang berpangkat besar, sebab dia ada kuasa.
“Maka, berkat ini ada hubungkait dengan doa, ada doa yang Allah tak Kabul sebab apa yang dia (manusia) pakai, makan, minum adalah benda haram,” ujar beliau.

Posted in: MB Kedah
MP PAS PERSOAL KEBANJIRAN CERITA TAHYUL
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Hazayani Zakaria | |
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mempersoal tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang membenarkan stesen-stesen televisyen menyiarkan rancangan seram serta mempunyai unsur tahyul dan kurafat. Hayati sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi berkata, sejak akhir-akhir ini stesen-stesen televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta didapati seringkali menyiarkan cerita hantu dan seram untuk menarik jumlah penonton. "Apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan oleh pihak Kementerian? Menyiarkan cerita-cerita yang berunsurkan tahyul dan kurafat," soalnya. Beliau juga ingin tahu jumlah kes melibatkan stesen penyiar swasta dikenakan denda sehinga RM100 ribu di bawah Seksyen 242 akibat tidak menyiarkan Pesanan Khidmat Awam yang mengandungi nilai-nilai murni, kekeluargaan, Kebudayaan dan Kemasyarakatan di stesen-stesen kelolaan mereka. Sebelum itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memainkan peranan untuk menguatkan lagi penyerapan nlai-nilai murni di kalangan masyarakat melalui media elektronik. Timbalan Menteri, Heng Seai Kie (BN-Senator) dalam jawapannya memberitahu, penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan melalui rancangan-rancangan secara khusus seperti Berita,Bicarawara, Rancangan Agama dan Majalah selain siaran iklan, rancangan hiburan dan drama-drama yang ditayangkan. Sebagai contoh katanya, RTM memastikan semua siarannya, termasuklah rancangan sitkom komedi mmpunyai mesej tersendiri bertujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan penonton. Usaha ini dilaksanakan oleh RTM melalui siaran agu-lagu patriotik pada waktu perdana.
|
Posted in: DR HAYATI OTHMAN
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
SEMEMANGNYA MEREKA DI DIDIK SUPAYA TIDAK BERAKHLAK
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
1 comment
Kalau Pakatan Rakyat Semua HARAM.. Mai Puak BN semuanya HALAL...
[[ Penulis tak mahu komen panjang..sudah berbuih mulut ini bicara mengenai dasar kebangsaan dan semangat asobiyyah penyokong gerombolan..melayu, melayu, melayu dulu kini dan selamanya..lihat sahaja contoh diatas...betapa jelas perjuangan mereka sebenarnya hanya untuk bangsa ditempat pertama, agama ditempat kedua..
Ternyata sikap dan tindak tanduk mereka tidak melambangkan tatasusila dan adab seorang Melayu, jauh sekali bertepatan dengan akhlak dan peribadi muslim..penulis malu mengaku sebagai orang Melayu jika ini cara fikir dan tindak sebahagian dari umat Melayu (dalam Umno)..terlalu kuat dasar kebangsaannya, terlalu keras semangat asobiyyahnya..sehinggalah terlihat perwatakan sebenar mereka melalui gambar diatas..]]
Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP
...Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".
Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).
Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.
Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.
Sumber, Malaysiakini
[[ Satu sahaja penulis nak cakap..dasar pembohong!..gambar2 diatas jelas menyanggah kata2 sumbang Muhyidin..kononnya mereka tidak tahu kain rentang terbabit wujud..sedangkan dan hakikatnya dari kalangan merekalah yang bertanggungjawab menyediakannya!
Jika sebelum ini, heboh 1Malaysia mengenai isu pemimpin DAP memijak gambar ADUN 'katak' dan ramai menuntut mereka memohon maaf, bahkan kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim sendiri yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut, sehinggalah mereka memohon maaf..
Tapi untuk kali ini, ternyata pemimpin tertinggi mereka, Muhyidin awal-awal lagi mempertahankan tindakan ahli-ahlinya walaupun jelas ianya perlakuan salah dan biadap..kerana apa? kerana itu bertepatan dengan ciri dan budaya mereka...benar kata Tun Mahathir membenarkan kata seorang bekas pemimpin kanan Umno, "Umno busuk sehingga ke ususnya"..buktinya....
Akhir kalam, inilah yang dikatakan 'asobiyah tidak bertempat'..jauh sekali menepati 'asobiyah terpimpin' yang selari dengan syariat dan nilai2 Islam seperti yang dituntut Ibnu Khaldun...wallahua'lam..]]
Posted in: umno
IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA (IPIM)
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09 - PERHIMPUNAN ILMU, TARBIIYAH DAN KEPIMPINAN
IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09
(PERHIMPUNAN ILMU, TARBIIYAH DAN KEPIMPINAN )

18 -21 disember 2009
masjid nurul ehsan jalan langgar alor setar
OBJEKTIF :
1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.
KONSEP PROGRAM
1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.
2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan
3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.
4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.
5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas
TENTATIF PROGRAM
lihat lampiran
Keterangan lanjut hubungi :
PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com
PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 .
SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com
kouta 50-50 Media cuba kelirukan rakyat Kedah
Rabu, Disember 09, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Muhammad Sanusi Nd Nor
Tuesday, December 8, 2009
Taklimat Perumahan - Apa yang tidak dilapor oleh Media?
Hari ini berita di akhbar dan blog tentang Taklimat Dan Diskusi Isu-isu perumahan 6 Disember lalu membuat kesimpulan... Polisi Kuota 50-50 ditangguhkan untuk mencari kaedah lain yang lebih sesuai. Bernama menulis begini..
ALOR SETAR: Pelaksanaan dasar baru perumahan di negeri ini yang menetapkan kuota 50 peratus untuk Bumiputera, ditangguhkan sehingga satu garis panduan baru yang lebih jelas dikeluarkan.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik pelbagai kaum.
*
"Tangguh dulu pelaksanaan kuota 50 peratus ini sebab nampak ada pihak tak puas hati dengan dasar ini dan kita akan cari kaedah yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah ini."Kita tak mahu ada yang kata dasar yang dibuat ini, tidak adil dan isu perumahan jadi berlarutan, sebab kuota 50 peratus tu bukan dasar umum, yang beri gambaran seolah-olah semua keadaan tanah mesti ada 50 peratus kuota untuk Bumiputera," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Aman di sini. - Bernama
*
Saya mempengerusikan taklimat dan diskusi itu, saya juga mengikuti sidang akhbar selepas itu. Paling jelas kepada saya ialah polisi ini bukan ditangguhkan, tetapi yang ditangguhkan ialah proses meluluskan permohonan untuk membangunkan kawasan perumahan baru yang melibatkan swapping (kerana swapping lah polisi ini diwujudkan) . Penangguhan ini bertujuan untuk kerajaan membuat kajian, semakan, dan meneliti setiap permohonan dalam kategori itu, sejauh mana keperluan untuk melakukan swapping! Maka, dengan sendirinya kuota 50-50 yang ditetapkan dalam tanah-tanah melibatkan swapping, tertangguh! Inilah yang tidak dilaporkan dalam berita hari ini dan semalam.
*
Setelah sesuatu permohonan kebenaran merancang (pembangunan kawasan perumahan baru ) yang melibatkan tanah swapping diluluskan, maka polisi kuota ini akan tetap terpakai, jika permohonan itu tidak diluluskan, maka tidak timbullah isu polisi 50-50. Hak dan tanggungjawab meluluskan setiap permohonan terletak kepada pihak berkuasa negeri, bukan terletak kepada urutan prosedur yang dipatuhi atau dilanggari oleh pemaju!
*
Mari kita memahami kandungan taklimat itu, supaya pembetulan dan penambahbaikkan kepada berita-berita hari ini dan semalam dapat dilakukan.
***************
ISU PERTAMA
***************
Matlamat dan tujuan Dasar dan polisi Perumahan:
*
1. Melaksanakan Keadilan kepada semua lapisan rakyat terhadap hak untuk mendapatkan rumah sebagai keperluan asas (basic necessity), terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah. Matlamat ini dapat dijayakan melalui bantuan perumahan kerajaan (yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi) dan penetapan kuota perumahan kos rendah yang disyaratkan kepada pemaju.
*
2. Memansuhkan dasar pecah dan perintah (devide and rule) yang diperkenalkan oleh penjajah yang menyebabkan taburan penempatan penduduk berasaskan kaum dan ekonomi (Melayu di kampung, Cina di bandar perlombongan dan India di estet). Masyarakat masa depan mesti mencapai integrasi melaui pergaulan yang harmoni dalam satu komuniti penempatan yang sama. Unjuran JPM pada tahun 2020, 60% penduduk Kedah akan mendiami taman-taman perumahan apabila tanah-tanah tradisi tidak lagi lagi mampu menampung pembinaan kediaman menerusi pinjaman dan gadaian kepada institusi kewangan.
*
3. Rumah-rumah yang dibina di Kedah mesti mengambilkira kedudukan sosioekonomi rakyat kedah, dimana pembinaan rumah mampu milik (affordable house) mesti diutamakan. Pada masa ini, kerajaan berpandangan rumah sebagai keperluan asas semua rakyat lebih utama daripada pemilikan rumah sebagai aset untuk perniagaan/pelaburan.
*
Demi mencapai matlamat ini, beberapa kepentingan beberapa pihak mesti dikorbankan (dalam istilah ekonomi di sebut "kos melepas")
**********
ISU KEDUA
************
Polisi 50-50 bukanlah dasar umum perumahan bagi semua kategori tanah. Ia hanya bagi tanah-tanah yang terlibat dengan proses swapping. Jika tiada swapping, polisi lama (100% kepada kaum melayu untuk Tanah Rizab Melayu (TRM) dan 30-70 untuk tanah pegangan bebassedia ada) masih dikekalkan . Polisi ini tidak pernah dibantah dan tidak pernah dibangkitkan sebagai isu politik sebelum ini. Ia langsung tidak berubah!
*
TRM hanya boleh dimiliki oleh melayu bukanlah isu perkauman. Ia terkandung dalam Kanun Tanah Negara (Land Code) yang menjadi sebahagian Perlembagaan Negara yang diterima semua kaum.
*
Kerajaan baru juga memperkemaskan dan menjelaskan lagi polisi 30-70 dalam tanah-tanah pegangan bebas (Free hold) yang diteruskan daripada dasar sedia ada, dengan penambahan perkataan sekurang-kurangnya 30% mesti dijual kepada melayu dan yang ditafsirkan sebagai berstatus "melayu", manakala 70% lagi adalah jualan terbuka kepada mana-mana pihak termasuk kaum melayu. Manakala bagi kes di langkawi, kuota 50-50 dalam tanah pegangan bebas kekal dengan dasar lama. Ini juga melibatkan penambahan "sekurang-kurangnya".
*************
ISU KETIGA
*************
Swapping - syarat dan Kesannya.
*
Swapping mesti mematuhi syarat 'same value and similar character'. Ini yang sukar ditentukan dan sering diabaikan. TRM di Alor Setar diganti dengan tanah di Kubang Pasu, nilainya sudah tidak sama lagi, maka kerajaan menetapkan tanah yang diganti itu mesti lebih luas 0.5% bagi menghampiri nilainya yang sebenar. Itu belum mengambilkira character (ciri-ciri tanah itu). Sering terjadi, TRM di tengah bandar diganti dengan tanah hutan belukar yang terletak nun jauh dihujung benua. Apakah kesannya kepada TRM dan pemilikannya di negara ini seperti yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara? Di Kedah, TRM yang belum diganti setelah dicabut keluar menjadi free hold melebihi 1000 ekar (zaman dulu).
*
Kerajaan sedang mengkaji apakah perlu swapping hanya dilakukan untuk lot-lot yang dijual kepada bukan Melayu. Katakan 40% daripada Tanah Free hold yang asalnya TRM di Alor Setar dijual kepada kaum Melayu, maka penggantian (swapping) hanya perlu dilakukan kepada 60% selebihnya itu sahaja. Ini bagi memberi ruang kepada pemaju mendapatkan tanah yang memenuhi syarat swapping iaitu 'same value and similar character". Ini adalah satu pembaharuan yang sedang dipertimbangkan, yang akan memberi kelebihan kepada pemaju dan insustri perumahan di Alor Setar.
*
Pemohonan membuat swapping di Kedah tidak lebih 20% daripada keseluruhan permohonan membangunkan kawasan perumahan dan bandar-bandar baru. Tetapi 20% ini dicanang oleh media milik pihak tertentu seolah-seolah kerajaan menekan pemaju dan mengamalkan perkauman dengan polisi 50-50 dalam keseluruhan sektor itu. Ini tidak dilapor dalam media hari ini dan kelmarin.
*
Untuk memberi ruang isu-isu swapping ini dihalusi, maka semua permohonan yang terbabit dengan swapping ditangguhkan dulu. Setelah satu kaedah - yang lebih efisyen, kemas, teratur, konsisten, dan boleh dipertahankan - diputuskan oleh pihak berkuasa negeri, barulah permohonan itu akan diproses, dan polisi 50-50 akan terpakai. Ini juga tidak dapat dikesan (?) oleh pemberita dan media.
*
Kesimpulan daripada penjelasan dalam taklimat itu ialah:
**************************************************************
a) Semua dasar dan polisi kerajaan dalam perumahan di Kedah adalah kekal seperti dasar lama, kecuali polisi bagi tanah-tanah yang melibatkan swapping.
*
b) Permohonan dan proses kelulusan yang melibatkan swapping ditangguhkan untuk memberi peluang kepada kerajaan mengkaji keperluan dilakukan swapping dan kesan-kesan daripadanya.
*
c) Swapping harus memenuhi syarat 'same value and similar character' supaya di masa hadapan TRM tidak tersisih ke hujung benua.
*
d) Keutamaan sebuah kerajaan ialah melaksanakan keadilan kepada semua kaum, menjamin hak dan keperluan seluruh rakyat, merancang masa kini untuk masa depan serta memastikan ekonomi dapat berkembang. Dalam mencapai hasrat ini, ada 'kos melepas' yang terpaksa ditanggung.
*
e) Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan perniagaan (kapitalis) berbanding komitmen kerajaan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyt negeri ini.
*
Sekian.
Posted by MUHAMMAD SANUSI MD NOR at 2:15 PM

Posted in: kouta 50-50
Selasa, 8 Disember 2009
Futsal Silaturrahim Pimpinan
Selasa, Disember 08, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Gurun, 5 Dis : 12 DPP Kawasan dari seluruh Kedah berentap sesama sendiri dalam pertandingan Futsal Silaturrahim Pimpinan anjuran Lajnah Sukan dan Kebudayaan DPPN Kedah yang berlangsung di Gurun kelmarin.
Kesemua pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan bermain secara liga pada pusingan awal. Enam pasukan yang menduduki dua tangga teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.
Pasukan DPPK Alor Setar yang menjadikan DPPK Sik sebagai mangsa mereka pada peringkat separuh akhir dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan DPP Kulim/Bandar Baharu pada perlawanan akhir.
DPPK Jerai yang gagal dalam persaingan merebut satu lagi tempat ke final menewaskan DPPK Sik dalam penentuan tempat ketiga. DPPK Sik yang menurunkan pemain berpengalamannya Setpol MB Kedah, Sanusi Md Nor gagal menyekat kemaraan DPPK Jerai.
Sementara itu, DPPK Pokok Sena yang diperkuatkan oleh Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad Izzat Shauki gagal menempatkan pasukan itu dalam kelompok enam pasukan terbaik.
Begitu juga dengan DPPK Kuala Kedah yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid gagal melepasi peringkat awal pertandingan apabila tewas dalam semua perlawanannya.
DPPK Sungai Petani yang menggunakan khidmat pemain berkaliber, Ustaz Yusof Awang turut kecundang di peringkat kumpulan lagi.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahaya, Ketua DPPN Kedah selepas tamatnya perlawanan akhir.
DPPK Jerai dan Kuala Kedah bergambar sebelum perlawanan mereka di peringkat kumpulan
Ustaz Izzat yang keletihan ketika pasukannya menentang DPPK Baling
Sanusi menerima hadiah di tempat keempat apabila pasukannya tewas kepada DPPK Jerai
DPPK jerai menerima hadiah ketiga Futsal Silaturrahim
DPPK Kulim Bandar Baharu pemenang kedua
Bergambar bersama juara DPPK Alor setar
Posted in: FUTSAL