Khamis, 10 Disember 2009

KERJAAAN 1 MALAYSIA JANGAN JADI PENJAJAH



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) sebagai inisiatif untuk meningkatkan punca pendapatan kerajaan merupakan satu bentuk penjajahan terhadap ekonomi sara hidup rakyat, demikian ditegaskan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pelaksanaan tersebut menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional biarpun mendakwa berpengalaman lebih 50 tahun mentadbir kerajaan, tetapi hakikatnya terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

“Jangan ambil penyelesaian mudah, apabila susah ‘hempap atas kepala rakyat’. Ke mana perginya slogan ‘Rakyat didahulukan’ yang dimegah-megahkan itu?

“Sepatutnya kerajaan perlu mengkaji kaedah lain dan mengambil kira kos sara hidup rakyat negara ini yang dilaporkan berada ditangga ke-13 tertinggi di dunia.

“Kerajaan jangan menjadi penjajah yang membebankan rakyat dengan berbagai cukai, hinggakan buah-buahan pun dikenakan cukai,” tempelaknya.

Ujar beliau, hal itu juga menunjukkan kerajaan tidak berupaya mengenalpasti sumber pendapatan baru serta gagal mengawal pembaziran, pemborosan dan ketirisan.

Untuk itu tegasnya, Pemuda PAS Kedah mewakili suara hati rakyat membantah pelaksanaan GST dan menggesa Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara itu tanpa membebankan rakyat.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons