Khamis, 17 Disember 2009

Setengah juta belum mendaftar di Perak- Dikedah pula ramai mana?

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 16 Dis. - Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk negeri ini yang sudah melepasi usia 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi pilihan raya.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata, pihaknya akan meningkatkan usaha dengan bantuan parti politik, jabatan kerajaan serta penghulu dan ketua kampung bagi mendaftarkan golongan tersebut.
''Kita akan minta senarai semua kakitangan pejabat kerajaan dan siapa yang belum mendaftar, kita akan mendaftarkan mereka sebagai pemilih atau pengundi.
''Bagi syarikat swasta, kita akan pergi ke kilang-kilang untuk tengok jadual atau masa yang sesuai untuk daftarkan mereka yang belum berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan banting SPR kepada Pengurus Pos Malaysia negeri, Mohd. Azizi Mohd. Sanusi di sini hari ini.
Ia merupakan antara usaha SPR menggiatkan publisiti kepada orang ramai bahawa mereka boleh mendaftar sebagai pemilih atau menukar alamat mengundi di mana-mana pejabat pos berdekatan.
Menurut Ahmad Adli, bukan mudah bagi SPR untuk mendaftarkan semua pemilih kerana mengikut kajian, terdapat 12,000 rakyat negara ini mencapai usia 21 tahun setiap hari.
Katanya, SPR cuma membantu tetapi apa yang lebih penting adalah kesedaran rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana setiap undi adalah sangat penting dalam sistem demokrasi.
''Kalau hendak kata SPR lembap, ia subjektif kerana semua orang ada alasan masing-masing.
''Dalam majlis keramaian yang besar, kita sudah hantar orang untuk daftarkan pemilih tetapi hanya tiga hingga empat orang sahaja yang daftar. Kalau diwajibkan senang," katanya.
Mengikut rekod SPR, sehingga suku ketiga tahun ini, seramai 1.21 juta rakyat Perak telah berdaftar dengan SPR dengan 1.183 juta daripadanya sebagai pemilih biasa dan 29,895 sebagai pengundi pos.
Add to Google  

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons