Khamis, 10 Disember 2009

Kerajaan Negeri Kedah Bercadang Hulurkan Bantuan Kepada Palestin

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

ALOR SETAR, 9 Disember 2009 – Ahli Parlimen Palestin yang diketuai oleh Dr. Salim Salam membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman pagi ini. Kunjungan tersebut sebagai tanda ziarah bagi berkongsi pengalaman berhubung perkembangan terkini di Palestin.

Dr. Salim Salam bersama dua orang lagi delegasi rombongan menceritakan perkembangan terkini pergolakan di Palestin oleh campur tangan Israel. Beliau berkata, Yahudi kini sedang bergiat aktif mengganggu gugat ketenteraman penduduk Palestin.

Dr. Salim yang merupakan perwakilan Hamas juga berkata, pihak Yahudi juga turut membuat persiapan ketenteraan melibatkan laluan darat, air dan udara untuk serangan ke atas Palestin. Delegasi tersebut kemudiannya akan membuat lawatan ke beberapa tempat di sekitar Negeri Kedah antaranya di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Kolej Matrikulasi Changlun selain bakal membuat kunjungan ke Negeri Perlis.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai maklumbalas Kerajaan Negeri Kedah berhubung isu Palestin, beliau berkata pihak kerajaan negeri bakal berbincang bagi menyalurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu kepada penduduk Palestin.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons