Khamis, 10 Disember 2009

PAPAN TANDA PAS DISABOTAJ- MEMANG DEPA DAH CUKUP KRITIKAL LA NIE !!!



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KOTA SIPUTEH: Ketika punca kejadian ‘billboard’ gambar Menteri Besar Kedah di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Jitra yang dikoyak pihak tertentu masih menjadi tanda tanya, perbuatan seumpama berlaku di Jerlun bagaikan memberi jawapannya.

Papan-papan tanda PAS di sekitar Jerlun di mana terletaknya Dun Kota Siputeh telah diconteng dengan cat merah, manakala ‘billboard’ gambar Adun Ayer Hitam dan Menteri Besar ditoreh koyak.

Biarpun Mahkamah Rayuan baru-baru ini membenarkan penangguhan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil di Dun tersebut, ternyata gelora keyakinan untuk pihak-pihak tersebut menghadapi satu lagi PRK semakin tergugat.

Apatah lagi jika dilihat kepada beberapa pilihan raya lalu, gelombang sokongan kepada PAS semakin membesar hingga berpeluang membadai lawannya ke tepian.

Bukan sahaja majoriti Dun Kota Siputeh berjaya diturunkan, laporan dari Bilik Gerakan Pusat mereka juga menukar status Parlimen Jerlun dari putih kepada kelabu gara-gara sabotaj kepada calonnya oleh rakan saingannya dalam sayap parti tersebut.

Mujurlah bapa kepada calon yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Parlimen itu datang membantu kempen dan memutihkan kembali status tersebut.

Apapun, sikap bebal diluahkan kepada papan-papan tanda itu melambangkan mentaliti terdesak pihak tersebut ekoran terhakisnya sokongan dan tidak dapat menerima hakikat kemungkinan tewas di medan demokrasi yang sering mereka tunggangi dan manipulasikan selama ini.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons