Khamis, 30 Oktober 2008

YB Kupang sampaikan sumbangan Deepavali

IZWAN ABDUL HALIM


KUALA KETIL: Sungguhpun Malaysia dibina dengan dokongan pelbagai kaum, namun realitinya politik perkauman yang menjadi teras pemerintahan negara ini telah memisahkan kehidupan setiap kaum kepada kelompok masing-masing.

Perkara itu jelas dapat dilihat di daerah kecil ini apabila masyarakat kaum Melayu dan Tionghua memiliki perkampungan sendiri manakala kaum India tinggal di estet-estet.


Pun begitu, tembok pemisah antara kaum itu kini telah runtuh sama sekali dan masyarakat pelbagai kaum telah memilih untuk hidup bersatu padu serta membina negara ini bersama.

Bahkan hubungan dijalin kian bertaut melahirkan rasa hormat, saling memahami, keharmonian, kemesraan dan kasih sayang sebagai sebuah keluarga baru yang besar.

Majlis Sumbangan Sempena Perayaan Deepavali di Pekan Tawar, di sini 24 Oktober lalu menggambarkan realiti baru kehidupan masyarakat tersebut.


Uniknya, sumbangan untuk kaum India itu dihulurkan oleh wakil rakyat Melayu iaitu Adun Kupang, YB Encik Johari Abdullah sedang majlis itu pula dilangsungkan di sebuah dewan Cina di dalam perkampungan kaum Tionghua.

Malah disamping 200 penerima sumbangan dari kaum India, masyarakat setempat dari kaum Tionghua dan Melayu turut hadir meraikan majlis itu.

Cahaya kegembiraan jelas kelihatan diwajah mereka lebih-lebih lagi kepada masyarakat kaum India yang bakal menyambut ‘Pesta Cahaya’ hinggakan mereka tiga kali bangun sambil memberi tepukan kepada YB Johari apabila pengerusi majlis mengimbas sokongan padu kaum India kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.

Selain itu, mereka turut menyatakan penghargaan kepada YB Johari dengan mengalungkan bunga malai kepada beliau.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons