Ahad, 26 Oktober 2008

100 Orang Hadiri Temuduga Murid Baru SAIF

Guar Chempedak- 25 Oktober

Seramai 100 orang telah menghadiri sesi temuduga murid baru Sekolah Integrsi Faizin (SAIF) pada hari Sabtu kelmarin. Sesi temuduga yang bermula pukul 9.00 pagi berakhir pukul 12.00 tengahari.Kebanyakan calon datang daripada daerah Yan dan beberapa buah daerah lain seperti Sungai Petani, Kulim, Baling dan Sik.

Untuk pengambilan sesi 2009 pihak sekolah hanya dapat mengambil 60 orang pelajar sahaja kerana masalah penempatan yang terhad.

Satu sesi Taklimat telah diberikan kepada waris. Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF Ust Musoddak dalam ucapannya , mengucapkan terima kasih kepada waris -waris yang sudi hantar anak ke SAIF dan menunjukkan komitmen yang baik sehingga SAIF telah berjaya bertahan ketahun yang keempat.

Disamping menganjurkan beberapa program musim cuti sekolah antaranya Kem Anak Soleh, Majlis Berkhatan. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian 04 4619636 atau Ust Mohamad Ismail Setiausaha Lembaga Tadbir no Hp 019 4227323

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons