Selasa, 28 Oktober 2008

Rumah Terbuka Deepavali YB Arumugam

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


SUNGAI PETANI: 27 Oktober

Walaupun diadakan secara sederhana, namun kemeriahan jelas terasa pada majlis rumah terbuka Deepavali Exco Kerajaan Negeri, YB Encik Arumugam Vengatarakoo yang diadakan di kediaman beliau di Kelab Cinta Sayang, di sini 27 Oktober lalu.



Dihadiri masyarakat pelbagai kaum, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dan isteri, To’ Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah.

Para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan nasi beriani dan kuih muih tradisional masyarakat India. Memandangkan Aidilfitri juga masih disambut, ketupat juga turut disediakan.




Suasana juga dimeriahkan dengan celoteh pengacara majlis, Encik Ravi dan rakan-rakannya yang turut menghiburkan tetamu dengan kelunakan suaranya mendendangkan lagu-lagu Tamil dan Melayu.





Antara Exco-exco Kerajaan Negeri yang turut hadir ialah YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, YB Dr Ismail Salleh dan YB Encik Tan Wei Shu. Hadir sama, Pengerusi KeADILan Negeri Kedah, YB Senator Ir Mohd Zamri Yusuf dan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Encik Johari Abdul.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons