Dari: Tranungkite.net
Artikel Oleh Tarabulsi_2008
"
Dengan hanya satu ayat, yes only one sentence, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang telah menjadikan PAS berkedudukan amat kuat sebagai 'king maker' dalam percaturan politik negara. Ayat tersebut yang berupa pendirian parti PAS adalah PAS tidak akan menyertai kerajaan persekutuan yang hendak ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim jika kerajaan tersebut majoritinya bukan orang Islam.
Satu ayat ini telah membuat PKR dan DAP 'panic' sakan. DAP dan juga PKR yang menekan PAS supaya PAS buang perjuangannya untuk memartabatkan Islam menjadi gelabah tak tentu arah.
Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah tergesa-gesa pergi mengadap TG Hj Abdul Hadi Awang dan juga TG Nik Abdul Aziz. Mengikut ceritanya beberapa orang MP dan ADUN Barisan Nasional yang dikhabarkan mahu lompat masuk PKR telah tersentak dan berubah fikiran.
Begitulah kelebihan terutamanya kebijaksanaan yang istimewa yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada TG Hj Abdul Hadi Awang yang bermati-matian memperjuangkan agama Allah. Dari mulut TG Hj Abdul Hadi yang sentiasa memperkasakan Allah SWT, sentiasa memuji kebesaran Allah SWT telah keluar suatu ayat yang telah membuat pihak yang menentang agama Allah kecut mecut dengan ketakutan. Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
Tarikh 'keramat' 16/9 jelas bukan tarikh keramat, malah telah membuat orang yang menjanjikan akan berlaku suatu peristiwa besar pada tarikh tersebut kelihatan sebagai kaki pembohong. Tapi satu ayat sahaja dari mulut TG Hj Abdul Hadi yang memperjuangkan Islam itu telah membuat musuh yang nyata serta musuh dalam selimut mengeletar ketakutan. Kepada yang selalu memperlekehkan kepimpinan para ulamak lihatlah kelebihan yang Allah SWT berikan kepada para ulamak Islam.
Ayat yang dilafazkan oleh TG Hj Abdul Hadi Awang itu adalah gerak dari Allah SWT jua. Tersirat dalam satu ayat itu sesuatu yang boleh mengubah scenario politik negara.
Jika PAS tinggalkan Pakatan Rakyat dan masuk BN, maka kerajaan bersama PAS-DAP-PKR di negeri Perak dan Selangor akan runtuh. Ini antara beberapa kemungkinan yang tersirat dalam satu ayat dari TG Hj Abdu Hadi itu. Maka parti politik di tanah air yang kuat sekali waktu ini bukanlah BN, PKR atau DAP tetapi yang kuat sekali sekarang ini adalah PAS yang boleh mencorak scenario politik negara ikut sesuka hatinya.
Jika PAS masuk BN maka Anwar Ibrahim akan terpaksa mencari lebih dari 30 MP BN untuk menubuh kerajaan persekutuan. Kalau seramai 30 orang pun nampaknya susah bagi Anwar nak dapat, maka janganlah Anwar mimpikan bilangan yang lebih dari itu.
Malah mengikut cerita terkini, MP dan ADUN dari BN yang dikatakan nak lompat telah tersentak, berek dan masuk gear gostan apabila mendengar TG Hj Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tak akan menyertai kerajaan persekutuan yang hendak ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim itu jika majoritinya bukan orang Islam.
Dengan mengambl kira pendirian PAS itu, maka yang nak lompat dari BN masuk PKR itu telah berfikir semula. Mereka nanti akan rugi kalau Anwar gagal menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru. Nanti ke hujung tidak ke pangkal pun tidak jika mereka lompat ke PKR, dan PAS pula lompat ke BN apabila kerajaan Anwar itu majoritinya dari kalangan bukan Islam. Dari khabar berita yang diperolehi bolehlah dibuat kesimpulan dengan kepastian 80% bahawa lompat parti dari BN ke PKR itu tidak akan berlaku.
Baguslah jika benar mereka yang nak lompat dari BN ke PKR itu dah tak jadi lompat. Kita tidak mahu Pakatan Rakyat dicemarkan dengan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN dari BN yang hanya memikirkan perut dan saku mereka dan bukan memikirkan kepentingan rakyat.
Akhir kata, kebijaksanaan TG Hj Abdul Hadi Awang menyerlah sekali hinggakan Anwar dan Kit Siang kelihatan sebagai diperingkat budak-budak berhingus. Dan kepada Anwar yang dulu memperjuangkan ketuanan Melayu dan sedikit senayak memperjuangkan Islam tetapi sekarang ini sudah berubah malah sudah berpusing 360 degrees - ingin diingatkan bahawa kamu merancang, Allah SWT juga merancang.
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!
Tarabulsi
24 Oktober 2008
"
Isnin, 27 Oktober 2008
PAS sekarang 'king maker' politik negara
Isnin, Oktober 27, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan