Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
SUNGAI PAU: Islam pada hari ini diserang dari segenap penjuru. Musuh Islam pula sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Negara Islam diserang, ekonomi Islam disamun, manakala umat Islam ditindas dan diinjak-injak sesuka hati.
Demikian mukadimah khutbah bertajuk ‘Bersiap Siaga Mempertahankan Islam’ yang disampaikan khatib cilik, Muhammad Fathillah Yusri, 6 tahun, pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Badru, Kampung Jering, Sik pada persembahan pentas sempena Rumah Terbuka PAS Kawasan Sik di sini, 18 Oktober baru-baru ini.
“Apakah saudara tiada perasaan sedih, marah, kecewa dan bertanggung jawab untuk meletakkan kembali agama Allah ini sebagai “Al-Islamu yaklu wala yukla alaih”?” tegasnya melontar persoalan hingga membuat hadirin terpegun dan terdiam.
Serunya, persiapan menguatkan sof umat Islam sebagai benteng agama Islam perlulah dipikul bersama-sama kerana tanpa persiapan yang rapi meliputi aspek jasmani, rohani dan intelektual, umat Islam pasti menjadi tunggangan musuh-musuh Islam.
Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; Didiklah anak-anakmu kerana mereka itu dijadikan buat menghadapi masa depanmu, iaitu di masa depan sebagai pelapis generasi kamu.
“Jika anda merancang untuk melakukan sesuatu dalam satu tahun, cukup menanam padi. Jika anda merancang melakukan sesuatu dalam 10 tahun, cukup menanam pohon-pohon. Tetapi jika merancang ratusan generasi yang akan datang, maka didiklah anak-anakmu.
“Di saat-saat bayi dilahirkan oleh ibunya, sebagai orang tua wajib memberikan ilmu dengan memperkenalkan Asma Allah, Tuhan Pencipta semesta alam,” ujarnya dengan intonasi dan gaya persis khatib berkhutbah.
Melanjutkan khutbah, katanya, jika kita sedang melaksanakan pembangunan di pelbagai bidang, maka jadikannya yang terbaik; jika berniaga, jadilah peniaga jujur. Khutbah itu mengajak agar peniaga tidak mengurangkan timbangan dan menaikkan harga sesuka hati serta menyeru menjadi peniaga yang merancang roda ekonomi negara.
“Jika saudara seorang guru, jadilah guru yang baik. Katakan yang halal adalah halal. Sampaikan yang haram adalah haram. Jelaskan bahawa yang hak itu adalah hak. Terangkan yang batil adalah batil.
“Jika saudara seorang pemimpin, amanahlah dengan tugas saudara. Jangan rasuah, jangan salah guna kuasa.
“Bahkan, tidak kira apa jua bidang saudara, yang paling penting ialah kita perlu mewujudkan ummah yang kuat, akalnya sihat, ilmunya padat dan amalnya hebat,” getusnya gah.
Sebelum menyelesaikan rukun khutbah, beliau mengakhiri peringatan dengan kesimpulan dari agar manusia mencontohi sebatang lilin yang meleleh dibakar untuk menerangkan. Dan kesimpulan itu dikaitkannya sebagai manusia yang rela berjuang dan berkorban demi agama.
Selasa, 28 Oktober 2008
KHUTBAH KHATIB CILIK (PELAJAR PASTI)
Selasa, Oktober 28, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
1 comment
1 komentar:
alhamdulillah...semoga ramai lagi palapes dan pewaris generasi rabbani yang akan dilahirkan.. yang akan memartabatkan kalimah Allah di atas mukabumi ini.
Catat Ulasan