Khamis, 14 Mei 2009

Perbahasan Muktamar DPPNK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KUPANG: Pelbagai perkara disentuh pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) Kali Ke-43 di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, Kampung Pisang, di sini pada 8 dan 9 Mei lalu.

Sesuai dengan peranan sebagai ‘check and balance’, topik mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, kepimpinan PAS Negeri dan tarbiah antara paling kerap diutarakan perwakilan.

Dalam perbahasan itu, perwakilan Padang Serai Padang Serai mahu DPPNK menggesa Pesuruhjaya PAS Negeri turun ke seluruh kawasan dan bukannya mengadakan lawatan kerja sebagai Menteri Besar semata-mata.

Padang Serai turut mempersoalkan Lajnah Politik Dan Organisasi DPPNK yang tidak turun ke kawasan-kawasan membaiki kelemahan organisasi pemuda. Perkara sama turut disentuh perwakilan Kuala Kedah..

Projek-projek terbengkalai dan membazir zaman pemerintahan Barisan Nasional yang menjadi isu semasa pilihan raya lalu dituntut perwakilan Sungai Petani supaya ditangani segera Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka juga mahu peluang-peluang ekonomi dalam Anak Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) dan agensi-agensi kerajaan dimanfaatkan bersama secara menyeluruh melalui Lajnah Ekonomi dan Lajnah Pertanian, Pekerja dan Peniaga.

Perwakilan Merbok pula mahu kerajaan negeri mengkaji semula penglibatan Kedah Civil Services (KCS) dalam pentadbiran Maktab Mahmud yang disifatkan campur tangan dan tidak mempunyai inisiatif untuk menaikkan imej Islam. Manakala perwakilan Langkawi mahu tindakan lebih berkesan kerajaan negeri dalam mengawal aktiviti hiburan di pulau pelancongan itu.

Kerenah birokrasi didakwa perwakilan Baling sebagai masih wujud dalam kepimpinan kerajaan negeri di mana seolah-olah kuasa hanya dipegang oleh Menteri Besar.

Turut disentuh adalah mengenai Ahli Majlis yang dilihat tidak membawa mesej PAS dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Isu yang diutarakan perwakilan Kubang Pasu itu disifatkan mereka sebagai berpunca dari permasalahan tarbiah dan sikap membawa kepentingan peribadi.

Pertandingan jawatan pada pemilihan PAS di semua peringkat organisasi parti pula diluahkan sebagai kebimbangan oleh perwakilan Pendang yang khuatir ianya akan menjadi perebutan jawatan sepertimana budaya dalam Umno. Pendang juga melontarkan nasihat kepada golongan yang mencari kepentingan peribadi semasa jamaah berada di masa menang tetapi tidak semasa kalah dahulu. Selain itu, Pendang turut menempelak sikap Exco Kerajaan Negeri yang mempersoalkan jumlah kehadiran untuk menyampaikan ceramahnya.

Disebalik perbahasan ‘panas’ tersebut, perwakilan Pokok Sena pula memilih untuk mengajak para perwakilan supaya turut melihat segala perbahasan yang ditujukan kepada pimpinan dimuhasabahkan juga kepada diri sendiri.

Manakala perwakilan Jerai mengajak pemuda menjadi golongan pendesak yang tahu menyesuaikan desakan mengikut zaman. Jelas mereka, desakan sesuai diajukan semasa zaman kalah, tetapi tidak ketika menang. Jerai menjadikan peristiwa musyawarah Perang Uhud dan pembahagian ghanimah selepas Perang Hunain sebagai contoh terhadap hal tersebut.

2 komentar:

mentariyy berkata...

awat aaiihh!!! Pwakilan Pendang dok bimbang ptandingan jawatan watpe, kan ka boleh? yg depa btanding tu bukan nk rebut jwtan tpi dok harap x dapat jwtan! Org crdik & brilmu x kan kecewa jk x dpilih krn dia tahu ia adalah satu keringanan hisaban d akhirat, smua khendak Allah jua.Kalu nk tolak pcalonan nk jwab apa d akhirat bilamana mengecewakan harapan ahli jamaah.Hadamkan 'NASIHAT BUAT YANG KALAH WASIAT BUAT YANG MENANG 'oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, smoga menjadi panduan...

Tanpa Nama berkata...

kepada saudaraku izwan....diharapkan you from jabatan Harakah....Ana tak puas hati la dgn kartun songkok dan lebai...can you replace lebai with perkataan kopiah...songkok dan kopiah....awat lebai tu darjat rendah ke? setaraf dgn songkok hitam ke?..so lebai2 pondok may be rasa malu la sbb lebai setaraf kopiah jeee....namapk remeh tp besar penghinaan kpd lebai-lebai..
many time i try to call jabatan harakah but i only can talk to marketing dept jeee...i think they forget to cascade this message to jabatan penerangan....ok..harap tukar yeeee....

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons