Selasa, 4 November 2008

Pemuda PAS diseru komited laksana Usrah dan Mesyuarat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

 

ALOR STAR: Pemuda PAS seluruh Kedah diseru untuk terus komited melaksanakan usrah dan mesyuarat sebagai kekuatan asas jamaah, kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad ketika ditemui pada Munaqashah Kepimpinan Pemuda di sini, 1 November lalu.

 

Jelasnya, kekuatan PAS sebagai jamaah Islam terletak hingga ke akar umbi hasil daripada usrah yang membina fikrah dan kefahaman di semua peringkat. Manakala kekuatan PAS sebagai organisasi hasil gerakan yang dijana melalui mesyuarat.

 

Oleh itu katanya, Pemuda PAS Kedah perlu terus komited menjadikan hari Rabu malam Khamis sebagai 'Hari Pemuda' untuk mengadakan aktiviti pemuda. Melalui kekerapan pertemuan itu ujarnya, kekuatan dapat digembleng sebagai satu gerakan. Apatah lagi, setelah PAS berjaya memerintah negeri Kedah, maka katanya, pemuda perlu menjadi tenaga utama.

 

"Pemuda PAS Negeri juga mahu terus memperkasakan pendidikan dengan membuka beberapa lagi Sekolah Rendah Islam (SRI). Kita lihat keyakinan masyarakat kepada sekolah-sekolah kita ini semakin rancak. Permohonan untuk kemasukan kita terpaksa ditapis sekarang ini," ujarnya yang turut memaklumkan sedang mencari tapak baru untuk SRI di kawasan selatan Kedah.

 

Pemuda PAS Kedah juga katanya, akan memperkemaskan penampilan di tengah masyarakat sebagai 'Duta Penyelamat dan Kasih Sayang'. Dengan itu katanya, peranan kepada parti dan Kerajaan Negeri akan diberikan semaksimum mungkin.

 

"Sekarang ini pun, beberapa tenaga penting kerajaan negeri adalah exco pemuda negeri," maklumnya dengan menyebut beberapa nama.

 

Menyedari tanggungjawab pemuda yang semakin banyak kini, beliau menyeru pemuda PAS seluruh kawasan agar meningkatkan komunikasi untuk menggembleng tenaga bersama bagi melaksanakan amanah parti dan Kerajaan Negeri yang didokongi ini.

 

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons