Rabu, 5 November 2008

Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel

Saidah Hairan
Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.

"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.

Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.

Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.

Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-SH

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons