Rabu, 5 November 2008

PELANCARAN KELAB PENYOKONG PAS






Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KOTA SARANG SEMUT: Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kian meningkat dari hari ke hari. Bahkan tidak sekadar dengan menyatakan sokongan, tetapi rata-ratanya mahu memberi komitmen menggerakkan agenda PAS di tengah masyarakat umum. Ini terbukti dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang kini mempunyai seramai lebih 100,000 keahlian di seluruh negara.

Baru-baru ini lebih 600 keahlian diterima untuk Kelab Penyokong PAS Kawasan Kuala Kedah dan Kawasan Alor Star pada majlis perasmian kelab itu yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di sini, 31 Oktober lalu.

Ketika pimpinan PAS berhasrat meraikan mereka dengan pakaian berwarna merah yang sinonim dengan masyarakat Tionghua, mereka pula hadir dengan uniform hijau putih. Majlis turut dimeriahkan dengan paluan gendang tarian naga yang dipersembahkan diawal majlis.

Antara yang menyampaikan ucapan pada malam itu ialah Timbalan Pengerusi II Kelab Penyokong PAS Nasional, Encik Vincent Lee, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kedah, YB Dr Ismail Salleh.

Dr Ismail dalam ucapannya menyatakan usaha yang sedang dilakukan lajnahnya untuk mewujudkan panduan kerja bagi Kelab Penyokong PAS dan diharap ianya nanti dapat digunapakai oleh Kelab Penyokong PAS diseluruh negara. Pun begitu katanya, beliau turut melahirkan harapan agar PAS Pusat mendahului usaha itu.

Katanya lagi, Kelab Penyokong PAS bukan satu hubungan itu untuk gerakerja pilihan raya, tetapi adalah hubungan sepanjang masa dan menggerakkan agenda secara bersama.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato’ Haji Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons