Selasa, 10 Jun 2008

Gotong royong untuk berjimat - Azizan


JITRA 8 Jun - Kerajaan negeri Kedah menyarankan rakyat negeri ini menyuburkan semula budaya gotong royong sebagai salah satu langkah menjimatkan perbelanjaan mereka.
Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, aktiviti gotong-royong jika dijadikan budaya dalam kehidupan seharian rakyat akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan sosioekonomi masyarakat.Katanya, ia juga sekaligus dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.Beliau memberi contoh majlis kenduri perkahwinan jika diadakan secara bergotong royong akan dapat menjimatkan banyak belanja berbanding mengupah pihak lain."Budaya gotong royong dalam masyarakat mesti disuburkan semula dan dipertahankan agar ia tidak terhakis kerana ia mempunyai banyak kelebihan," katanya ketika berucap merasmikan Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) Kampung Siputeh di sini semalam.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Azizan menyifatkan Kerajaan Pusat mengambil tindakan mendadak dengan menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter.Kenaikan harga bahan api yang terlalu tinggi itu, katanya, pasti akan memberi kesan besar terhadap perbelanjaan seharian penduduk termasuk kerajaan negeri sendiri."Kenapa selepas tiga bulan pilihan raya, harga petrol dan diesel naik begitu mendadak. Kenapa tidak dinaikkan sikit-sikit. Ekoran daripada itu kesannya akan melibatkan semua," katanya.Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mendapati harga barangan keperluan utama di negeri ini tidak mengalami kenaikan ketara selepas empat hari harga petrol dan diesel melonjak tinggi.-Utusan

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons