Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Kedah. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2009

PENINGKATAN HASIL HUTAN 205% : TAHNIAH USTAZ AZIZAN

Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 bagi negeri Kedah Darulaman. Laporan audit bagi tahun pertama pemerintahan Ustaz Azizan amat penting sebagai pembakar semangat kepada tahun-tahun seterusnya. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf dasar jimat cermat Kerajaan Ustaz Azizan.

Laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisma kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan kerajaan negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau saksama ataua sebaliknya. Ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak. Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenalpasti ketirisan atau rasuah yang berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan harta rakyat dalam laporan bagi kementerian yang dikesan pada tahun 2008.
LEGASI BNFokus saya ialah Kedah. Secara umum kedudukan kewangan Kedah memuaskan. Namun perlu diingat ustaz Azizan dan pegawainya mewarisi legasi hutang zaman sebelumnya berjumlah 2 Billion!! Ia juga terpaksa mendepani dan memikul beban kesilapan kerajaan BN sebelum ini. Inilah yang dikatakan sumber yang kita gunakan pada hari ini merupakan pinjaman kita dari generasi akan datang. Perlu dicatatkan bahawa hasil kerajaan negeri didapati daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
PENGURUSAN HUTANbalak.jpgKetika saya menjejak kaki semula ke Padang Terap selepas berkelana menuntut ilmu selama 20 tahun, saya dapati padang Terap berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Bukit-bukaunya botak, ditarah segala balak. Berlaku ketidakseimbangan ekosistem, berlaku banjir yang jarang berlaku, air sungai amat keruh yang satu ketika dulu adalah tempat saya berkelah dan mencari ikan. Bukit yang dulunya tempat saya dan keluarga mencari buah berangan, petai dan menahan ciding sudah berubah wajah.
Pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke gigi empangan Muda Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah. Yang paling malang ialah balak didiluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang. Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencecah puluhan ribu, hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan.
Ustaz Azizan amat memahami permainan ‘politik balak’ ini. Duit yang sepatutnya sampai kepada rakyat ‘hilang’ atau tiris di tengah jalan. Ustaz Azizan dengan penuh keberanian mengubah senario ini. Beliau membuka tender balak. Tender terbuka melonjakkan pendapatan kerajaan negeri. Paling menarik ialah peningkatan hasil hutan ini meningkat 205.5% berbanding sebelumnya.
Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat Kedah. Saya percaya pengurusan hutan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa kebertanggungjawaban kepada Allah serta disambut dengan rasa amanah oleh para pegawai yang berdedikasi pasti akan mengundang rahmat Allah.
Apapun ia adalah permulaan cemerlang bagi Ustaz Azizan. Tahniah. Firman Allah “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepadanya pintu berkat dari langit dan bumi…” Surah al-A’raf 96

Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Negeri Kedah 
Ahli Parlimen Padang Terap

Isnin, 20 April 2009

Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Wisma Darul Aman.

ALOR SETAR, 19 April: Kolej Universiti Insaniah akan mengadakan Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini selama dua hari, bermula 30 Mei 2009.


Tema muktamar ini ialah ”Menaiktaraf Zakaf dan Wakaf Sebagai Sumber Dana Kewangan Institusi dan Negara”.

Antara objektif muktamar itu ialah membincang semula peranan zakat dan wakaf kepada masyarakat dan kewangan Islam dan mengenal pasti sumber zakat dan wakaf pada masa kini dalam konteks pengurusan dan pengagihannya.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan muktamar ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah manakala majlis penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Dijangka lebih dari enam kertas kerja akan dibentangkan oleh tokoh-tokoh dan cendekiawan yang berpengetahuan luas dalam wakaf dan zakat di peringkat kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Sekretariat Muktamar Wakaf Dan Zakat, Pejabat Kulliyyah Muamalat Kolej Universiti Insaniah di talian 04-7374370 atau 04-7374405 atau 019-4805389 (Mohd Hanif Bin Mohd Ali).

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui email: wakafzakat@gmail.com dan melayari laman web Kolej Universiti Insaniah untuk memuat turun borang di: www.kuin.edu.my.

262 premis hiburan dikenakan tindakan

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Mengenai premis-premis perniagaan dan pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen perniagaan di kawasan Kulim,

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, statistik pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 1,047 kes membabitkan peniaga dan pemilik yang berniaga tanpa lesen manakala hasil kutipan kompaun ialah sebanyak RM258,100.
“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mengambil tindakan ke atas 262 pemilik pusat hiburan yang mempamerkan iklan tanpa lesen dengan kutipan kompaun sebanyak RM48,730 di samping tindakan ke atas 279 peniaga yang berniaga tanpa lesen untuk kedai makanan dengan kutipan kompaun sebanyak RM51,520,” jelasnya bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, YB. Encik Lim Soo Nee.
Dalam usaha Kerajaan Negeri memberi lesen yang sah kepada peniaga dan pemilik pusat hiburan bagi menambahkan hasil kepada Kerajaan Negeri, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta meningkatkan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melanggar undang-undang kecil PBT yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu akan memberi tambahan pendapatan kepada PBT melalui pembayaran lesen dan juga kompaun yang dikenakan kepada premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan di mana hasil pendapatan itu adalah untuk meningkatkan keupayaan PBT pada masyarakat.
“Berhubung dengan kegawatan ekonomi yang dihadapi pada masa ini, pekerja yang kehilangan kerja, peluang ini terbuka kepada mereka untuk menjalankan perniagaan, maka PBT diarahkan supaya meluluskan permohonan lesen sebaik sahaja permohonan dibuat sementara diberi tempoh selama dua bulan untuk penuhi syarat-syarat kelulusan lesen dan sekiranya mereka gagal mematuhi arahan dalam tempoh tersebut, lesen akan ditarik balik,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kelima penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.

Isnin, 30 Jun 2008

POLISI 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH

1. POLISI TIADA PERUBAHAN DRASTIK

1. Tidak melakukan pemeatan atau pertukaran politik seperti digembar-gemburkan oleh
pihak tertentu.

2. Pegawai Kerajaan diminta mematuhi prinsip dan etika sebagai kakitangan awam yang
berkhidmat untuk kepentingan rakyat tetapi bebas memilih fahaman politik mereka diluar
waktu kerja.

3. Tadika Kemas tidak diarah berpindah walaupun menggunakan premis kerajaaan negeri.

4. Peranan Penghulu yang sewaktu BN dahulu diambilalih oleh JKKK, kini dikembalikan hak
mereka.

2. MENYUSUN DAN MENGUKUHKAN PENTADBIRAN SERTA MEMBINA
KEYAKINAN
DIKALANGAN PEGAWAI TADBIR DAN RAKYAT

1. Mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada KCS dan pegawai tadbir Persekutuan.
2. Memperkasakan lagi institusi penghulu
3. Menteri Besar menyatakan pendirian bahawa kerajaan dan pembangkang hakikatnya
sama-sama mentadbir negeri. Kerajaan sebagai pembuat dan pelaksana dasar manakala
pembangkang membuta teguran dan semakan.
4. Melantik dan menyusun ahli-ahli Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.
5. Melantik Ketua Kampung berasaskan kelayakan bukan berasaskan kronisme atau politik.
6. Menubuhkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan penyebaran
maklumat.
7. Penstrukturan semua anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC)

3. PENTADBIRAN SIFAR RASUAH

1. Mengamalkan sistem tender terbuka.
2. Mengurangkan karenah birokrasi
3. Menghapuskan kos 'bawah meja' bagi setiap projek
4. Mengenalpasti ketirisan dan puncanya dalam GLC bagi memaksimumkan pendapatannya.

4. PERBELANJAAN BERHEMAH

1. Pemotongan elaun MB dan Exco yang tidak munasabah , untuk dimasukkan ke dalam
Tabung Tunku Mahmud
2. Mengizinkan pertukaran suka sama suka kakitangan kerajaan negeri untuk menjimatkan
kos petrol.
3. Mengurangkan perbelanjaanketajaan negeri (yang kurang keutamaan) sehingga 30%.
4. Menurun cukai tanah sebanyak 25%-75%.

5. MEMAJUKAN TANAH PERTANIAN DAN PENGHASILAN MAKANAN

1. Kedah bakal jadi 'Belanda Malaysia' dengan memberi tumpuan terhadap penghasilan
produk pertanian dan makanan secara besar-besaran.
2. Memindahkan projek ZIPY ke laut untuk menyelamatkan 4500 relong tanah pertanian
padi yang subur.
3. Membuka 7000 ekar tanah sawah diluar perairan MADA di daerah Yan , Pendang dan
Kubang Pasu
4. Meningkatkan produktiviti 10 tan/hektar dengan membuka esteat padi
5. Akan melaksanakan penanaman padi lima kali bagi dua tahun
6. Mengelakkan projek pembangunan di aats tanah pertanian sebagai langkah 'food security'
7. Menjadikan tasek Pedu dan taliair MADA sebagai kolam ikan patin
8. Membangunkan Taman Industri Halal dan Sungai Petani d
9. Di bawah GLC, satu projek perintis penanaman strawberry sedang diusahakan di Gunung
Jerai

6. EKONOMI DAN PELABURAN

1. Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) versi baru di bawah kerajaan baru berjaya
membawa masuk pelaburan sebanyak RM83 billion.
2. Pelabur industri di Kulim Hi-Tech Park pula semakin bertambah hingga menggesa kerajaan
membuka fasa III dan IV sementara pelabur sediada menambah jumlah pelaburan
mereka.
3. Membawa masuk syarikat panel solar terbesar didunia untuk melabur di Kulim hi=Tech
Park.
4. Projek 99° east di Langkawi yang membawa masuk pelaburan sebanyak RM 1.9 billion.
5. Projek ternakan ikan Patin menggunakan teknologi dan kepakaran Amerika Syarikat.
6. Melakukan promosi pelancongan ke luar negara dalan usaha mendapatkan pelaburan asing.

7. KEBAJIKAN

1. Menubuhkan tabung Tunku Mahmud yang akan digunakan untuk kebajikan rakyat
2. Sedang mengkaji untuk melaksanakan Takaful Kifaalah

8. PENDIDIKAN DAN ICT

1. Menggenakan cukai tanah hanya RM10 untuk sekolah-sekolah swasta yang tak
beroreintasikan keuntungan.
2. Gaji dan elaun guru-guru Majlis dinaikkan mengikut Gred Skim Saraan Malaysia (SSM)
3. Mengkaji untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA
4. Memberi tanah kepada SRJK (I) di Sungai Tok Pawang
5. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar agama lulusan IPT untuk menjadi KCS.
6. Menambah penggunaan jalur lebar.


9. HAK DAN KEPENTINGAN NON MUSLIM

1. Sentiasa mengadakan dialoge dari masa ke semasa dipelbagai peringkat dengan pertubuhan
dan persatuan orang-orang Cina, India dan Siam.
2. Menubuhkan banyak NGO bukan Melayu yang menyokong kerajaan Negeri, bagi
memudahkan penyaluran maklumat kepada bukan melayu.

10. PEMBANGUNAN SUKAN

1. Memberi tiket menyaksikan perlawanan bolasepak percuma untuk satu perlawanan,
sebagai hadiah kepada rakyat yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
2. Kedah berjaya mempertahankan kejuaraan TM Liga Super.
3. KFA menyambung khidmat Pengurus Bolasepak Kedah Dato' Othman Aziz (Bekas Exco
Kerajaan Negeri Kedah dibawah BN), membuktikan kerajaan tidak mengamalkan politik
cantas.
4. Kedah ungguli acara angkat berat Sukma XII apabila memperolehi 15 dari 16 pingat yang
ditawarkan.

5. Menteri Besar umumkan imbuhan buat atlet Sukma XII, RM3000 (emas), RM2000
(perak) , RM1000 (gangsa).
6. Pasukan Hijau Kuning melonjakkan kedudukan ke tangga 145 antara kelab-kelab dunia, selepas kerajaan baru mengambil alih.
7. Kedah Berjaya mempertahnkan piala FA seelpas menewaskan Selangor 3-2

Sumber- urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah

Selasa, 10 Jun 2008

Gotong royong untuk berjimat - Azizan


JITRA 8 Jun - Kerajaan negeri Kedah menyarankan rakyat negeri ini menyuburkan semula budaya gotong royong sebagai salah satu langkah menjimatkan perbelanjaan mereka.
Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, aktiviti gotong-royong jika dijadikan budaya dalam kehidupan seharian rakyat akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan sosioekonomi masyarakat.Katanya, ia juga sekaligus dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.Beliau memberi contoh majlis kenduri perkahwinan jika diadakan secara bergotong royong akan dapat menjimatkan banyak belanja berbanding mengupah pihak lain."Budaya gotong royong dalam masyarakat mesti disuburkan semula dan dipertahankan agar ia tidak terhakis kerana ia mempunyai banyak kelebihan," katanya ketika berucap merasmikan Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) Kampung Siputeh di sini semalam.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Azizan menyifatkan Kerajaan Pusat mengambil tindakan mendadak dengan menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter.Kenaikan harga bahan api yang terlalu tinggi itu, katanya, pasti akan memberi kesan besar terhadap perbelanjaan seharian penduduk termasuk kerajaan negeri sendiri."Kenapa selepas tiga bulan pilihan raya, harga petrol dan diesel naik begitu mendadak. Kenapa tidak dinaikkan sikit-sikit. Ekoran daripada itu kesannya akan melibatkan semua," katanya.Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mendapati harga barangan keperluan utama di negeri ini tidak mengalami kenaikan ketara selepas empat hari harga petrol dan diesel melonjak tinggi.-Utusan

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons