Selasa, 10 Jun 2008

Pandangan ADUN Kubang Rotan Isu Kenaikan Harga Minyak

Ya Allah Selamatkanlah Kami!!!
Pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan Pak Lah BN memang telah diperingatkan kepada rakyat ketika kempen PRU 12 tempoh hari. Saya juga telah menulis pada ketika itu PRU 12 adalah `Pilihanraya Minyak'. Hanya doa yang dapat kita panjatkan. Pasti kenaikan ini akan memberi kesan cukup teruk kepada rakyat. Minyak akan menyebabkan semua barangan lain turut melambung harganya. sekadar menurunkan cukai jalan tidak akan membantu menhalang beban yang akan ditanggung rakyat. Mungkin menteri akan berkata kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat. Atau ini adalah kesan kenaikan minyak di pasaran antarabangsa. Rakyat pula akan diminta untuk mengubah cara hidup....Apa yang boleh kita buat? Malam ini bertalu-talu sms dan call orang ramai kepada saya. Minta Barisan Rakyat buat sesuatu. Malah ada yang tanya takkan kerajaan negeri tak boleh halang kenaikan ini. Ada juga tanya 1/3 ahli parlimen BR tu sokong ker kenaikan ini? Itulah rakyat....Pertama saya rasa terlalu sedih dengan kenaikan ini. Saya juga tak duga. sangka saya Pak Lah tidak akan berani menaikkan harga minyak lagi kesan dari amaran rakyat dalam pilihanraya lepas. Terfikir saya apa agenda Pak Lah, sejarah politik menunjukan wang sanggup dilaburkan untuk sebuah kuasa. Apakah terlalu lemah Pak Lah ni... walaupun 1/3 rakyat Malaysia dah maklum. Kenaikan sehingga 78 sen dan 1 ringgit ini mungkin dah tertunggak semasa menghadapi PRU 12. Kenaikan tertinggi ini adalah rekod-rekod UMNO/BN berjasa untuk rakyat. Tapi awas krisis harga minyak mampu menyebabkan sesuatu yang tak terduga berlaku. Mungkin sesuatu kepada politik Negara.
Kedua saya berpandangan Malaysia mampu membebaskan belenggu krisis minyak kalau ditadbir oleh parti yang mesra dan ikhlas kepada rakyat. Rasuah dan pembaziran yang sudah terkenal sahaja sudah boleh membantu mengurangkan beban rakyat. Tambahan lagi kalau pemimpin yang ada cukup bijak. Semua tawaran membantu rakyat menghadapi krisis minyak dah tak sesuai. Perlu dingat selain krisis minyak rakyat juga sedang berhadapan dengan krisis makanan. Di Amerika contohnya masyarakat petani diberi subsidi yang cukup tinggi sehingga produk pertanian mereka mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Petani mereka berbaloi untuk berada dalam industry pertanian. Kita rakyat Kedah petani menderita dengan krisis makanan dan minyak. Walaupun mereka menanam padi tapi masih banyak yang mengemis beras.
Pandangan saya sampai masanya kerajaan memberi subsidi tunai atau `ration card' kepada rakyat. Berikan jumlah tertentu mengikut kumpulan tertentu agar jumlah subsidi puluhan billion dapat dimanafaatkan terus oleh rakyat. Kini rakyat berpendapatan rendah yang menggunakan sedikit minyak apa sangat yang dirasakan dengan subsidi berbillion? Sudahlah, ketirisan pula berlaku dalam semua pemberian kerajaan. Ayuh wahai rakyat Malaysia pemimpin yang bertaqwa sahaja sebenarnya dapat menyelamatkan kita semua. Kepada kawan-kawan BR jum kita perah minda, kita basahkan keringat untuk selamatkan derita rakyat… sekali lagi ingatlah firman ALLAH… `sekiranya seluruh penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya kami akan bukakan pintu keberkatan dilangit dan di bumi' .

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons