Selasa, 10 Jun 2008

Penyokong BN : Menanti Kehebatan Unit Amal Pada 12 Julai 2008

Kata dua oleh Dr Hatta kepada Paklah untuk menurunkan harga minyak adalah suatu yang disambut baik oleh penyokong BN. Tidak perlu bercakap sudut penyokong BR. Sudah tiba masanya kita ketepikan dahulu isu politik dan bersama-sama bergandingan dalam isu rakyat ini.Manusia ini terkenal dengan nilai ‘hero’ oleh rakyat Malaysia. Baik Melayu BN, apatah lagi Melayu BR. Baik non Melayu BN, apatah lagi non Melayu BR. Antara orang pertama yang menerima kepedihan gas pemedih mata, antara orang pertama yang menerima pukulan FRU. Dibelasah demi memperjuangkan hak dan masa depan anak dan isteri si pembelasah.Menanti aksi terancang Unit Amal buat kali kedua.Masih ter’replay’ di mata wa bagaimana terancangnya Unit Amal. Penuh disiplin, penuh tawadduk, mereka mengawal aliran trafik, memeluk bagi tujuan menenangkan individu yang mula mempamerkan provokasi, bermatian membentengi peserta wanita.Masih tergambar di mata, bagaimana keupayaan PAS menganjurkan demo 100 000 manusia, 100 000 ragam dengan sifat kelas pertama. Tiada barang awam dirosakkan, tiada sampah-sarap ditinggalkan, tiada aksi-aksi cabar-mencabar. Ya, teringin dan sangat-sangat berharap, setelah peserta DAP dan Keadilan menyaksikan bagaimana perserta PAS memiliki disiplin yang tinggi, kali ini, peserta BN sendiri bersama-sama menyaksikan ini.Anda akan melihat seorang tua yang berwajah jernih melambai-lambai tangan kepada pemandu yang membunyikan hon sokongan. Anda akan melihat seorang budak tahfiz mengutip sampah ketika berbaris, berjalan menuju ke tempat yang ditetapkan. Anda akan melihat peserta wanita dan kanak-kanak adalah golongan VIP dalam perhimpunan. Sudah pasti. Insyaallah, anda pasti saksikan itu.Anda akan melihat taraf pemimpin kami.Anda akan melihat pemimpin kami yang akan dibelasah dahulu. Anda akan melihat di mana letaknya Dr Hatta. Anda akan melihat di mata letaknya Mat Sabu. Anda akan melihat di mana letaknya Tian Chua. Anda akan melihat manusia yang diangkat pemimpin itu berguling di jalan tar, bukan di karpet merah. Anda akan menyaksikan mereka berada di bawah tapak kasut polis, bukannya berada di atas bahu mereka. Anda akan menelan air liur melihat mereka diheret demi sebuah masa depan semua.Kemudian, belum sempat anda sms memberitahu rakan BN anda, anda akan merasai bagaimana seorang ustaz, atau seorang pelajar universiti atau seorang wartawan negara luar menarik anda untuk berlindung dari panahan air berbisa. Ketika anda sukar bernafas, ketika itulah seorang makcik tua menghulurkan sebotol air mineral atau sedikit garam kepada anda. Walaupun dia lebih menderita dari anda. Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri anda juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.Anda akan melihat logistik kerajaan. Ketika itu anda akan menyaksikan logistik kerajaan yang digunakan untuk menyiksa rakyatnya. Beberapa helikopter melintasi kepala anda. Ribuan polis meninggalkan penjenayah untuk membelasah anda. Belasan kenderaan menghabiskan minyak demi menyekat perjuangan menjimatkan minyak, pembesar suara kerajaan akan digunakan untuk memaki anda, dan sebagainya.Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri mereka juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.Pedih yang manis.Dalam kekalutan dan kepedihan itu, insyaallah, jika diizinkan ALLAH, anda akan dianugerahkan satu perasaan yang sangat manis. Tanpa perkauman, anda saling bantu-membantu, tanpa kenal-mengenal anda akan saling lindung-melindungi, tanpa pernah bersua, anda solat bersama, tanpa memperdulikan kefahaman dan anutan, masing-masing tenggelam dalam zikir dan takbir.Insyaallah anda semua akan rasai. Tanpa diupah, demi kemanisan perjuangan, sanggup menyerahkan daging-daging untuk dipukul. Untuk dihina. Jika anda sakit, pemimpin di hadapan sana berkali-ganda sakit. Jika anda selamat, pemimpin di hadapan sana tidak seperti anda.Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri anda juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.Sendal bahulu ditaman itik,Lari si angsa salahkan katakTinggal dahulu fahaman politikMari bersama juangkan hak"

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons