Sabtu, 14 Jun 2008

Pemuda perlu optimis,jangan hilang tumpuan



Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 14, 08 | 7:15:36 am MYT

KOTA SARANG SEMUT, 14 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS perlu optimis bahawa masa depan ini milik Islam dan hanya Islam mampu memimpin dan tanpa sikap optimis pemuda tidak akan mampu menghadapi cabaran luar hingga hilang daya perjuangan.

Demikian menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucapannya sempena perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam.

Dalam memelihara kemenangan, tegasnya istiqamah kepada jamaah amat penting. Pun begitu istiqamah mestilah benar-benar difahami.

"Istiqamah membawa pengertian untuk berdiri, mendesak dan memikul beban tanggungjawab yang diamanahkan.

"Bukanlah istiqamah itu duduk dalam jamaah tanpa buat apa-apa. Tamrin tak datang, mesyuarat tak hadir, jadi istiqamah itu mudah difahami ialah pemuda yang proaktif!"tegasnya.

Beliau turut melahirkan harapan agar Kedah akan menjadi negeri contoh selepas Kelantan dengan pemudanya sebagai teraju utama.

Mengakhiri ucapannya, Ustaz Nasrudin menyeru seluruh pemuda Kedah turun beramai-ramai membantah kenaikan harga minyak yang akan diadakan pada 5 Julai hadapan di Kuala Lumpur. - mks. _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons