Kedah Bakal Jadi Belanda Malaysia
DUNIA kini dilanda krisis kekurangan bekalan makanan, khususnya hasil pertanian dan negara kita tidak terkecuali dari menerima tempiasannya. Namun kerajaan baru Kedah telah mendepani cabaran semasa dengan berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Kedah sebagai negeri pengeluar utama makanan di negara ini.
Malah tekad menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Malaysia' telah diwar-warkan dalam manifesto pilihanraya umum ke 12 lalu.
Menteri Besar Kedah, YAB. Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang berusaha memugar kawasan sawah baru seluas 6,000 ekar di kawasan luar pengairan MADA.
"Saya kurang setuju dengan polisi membenarkan tanah pertanian ditukar kepada tapak industri. Saya lebih condong kepada falsafah saya dahulu lagi iaitu mengambil langkah 'security' dengan melihat contoh apa yang berlaku di negara Russia.
"Mereka menghadapi kekurangan makanan kerana guna teknologi berat yang tidak memberi pertambahan kepada pertanian. Sedangkan Russia yang merupakan negara mengutamakan industri pertanian ketika itu mereka terkenal dan berjaya mewujudkan sistem koperasi untuk pertahan hak petani.
"Selepas mengalami revolusi 1917 rakyatnya menjadi miskin terpaksa berbaris untuk menndapatkan sebiji roti. Kita tidak mahu negeri kita jadi seperti itu," ujar Ustaz Azizan.
Menurut Menteri Besar itu lagi, Tasik Pedu akan dijadikan kolam memelihara ikan Patin oleh syarikat Amerika/Vietnam. Ikan-ikan akan dibekukan dan diekspot ke Amerika. Projek ini menggunakan teknologi baru memproses maakanan berasaskan ikan.
"Saya minta supaya diipindahkan teknologi ini kepada rakyat tempatan. Mereka hanya menggunakan isi ikan dan kepala ikan boleh difIkir cara lain supaya tidak membazir. Kita suka tahu rakyat tempatan memang makan gulai kepala ikan," ujarnya.
Kedah, katanya, bakal menjadi pembekal makanan negara ini dan selain dapat menambah pendapatan rakyat.
Sementara itu kerajaan baru Kedah berjaya menyelamatkan 4,500 relong tanah sawah yang telah menghasilkan padi berkualiti tinggi, daripada dimusnahkan oleh Projek Industri Petroleum Yan (ZIPY) mengikut perancangan kerajaan terdahulu.
Menteri Besar menjelaskan bahawa projek tersebut tetap diteruskan tetapi tapi tapaknya dialihkan ke laut iaitu dengan menambak laut. Dengan itu tidak ada tanah sawah yang periu dikorbankan.
"Adalah diharapkan projek ini akan membuka banyak peluang pekerjaan. Kita akan pastikan anak-anak tempatan mengisi peluang kerja ini termasuklah bidang teknikal. Diharap mereka juga menyediakan tempat-tempat bagi melatih pekerja-pekerja ini," katanya.
Sumber : Buletin Warta Darul Aman, Keluaran Mei 2008
0 komentar:
Catat Ulasan