Tindakan bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari keanggotaan parti tersebut sebenarnya telah mengiyakan semua kenyataan pemimpin PAS selama ini bahawa Umno bukan sebuah parti yang relevan kepada perjuangan kaum Melayu.
Tindakan Dr. Mahathir itu cukup untuk menggambarkan segala yang dihujah oleh pimpinan PAS terutamanya di era kepimpinan Al-Marhum Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor bahawa Umno gagal sebagai sebuah parti untuk membela kaum Melayu adalah benar.
Ternyata bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin Umno selama ini hanya retorik, bukan sekadar rakyat menolak parti itu dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu, malah pada hari ini, bekas Presidennya sendiri bertindak menolak Umno yang dianggapnya sebagai lemah.
Kenyataan Dr. Mahathir ini juga sebenarnya telah melemahkan semangat kepimpinan Umno secara amnya, apatah lagi Umno Kedah yang menerima tamparan yang cukup hebat, Dr. Mahathir adalah anak Kedah dan pengumuman mengejutkan itu juga di buat di negeri kelahirannya.
Tidak mustahil jika selepas ini berlaku satu himpunan raksaksa rakyat Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut untuk datang beramai-ramai bagi mendengar sendiri kupasan isu ini oleh beberapa tokoh penting politik tanahair.#
Mohd. Helmi Mohd. Khalid
Setiausaha AkhbarMenteri Besar Kedah
19 Mei 2008
Rabu, 21 Mei 2008
KENYATAAN AKHBAR MB Kedah - Isu Tun Dr.M keluar UMNO
Rabu, Mei 21, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan