Alor Star- 22 Mei 2008
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Hj Taulan Mat Rasul Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pejabat beliau di Wisma Darul Aman tengahari tadi. Rombongan Dewan Pemuda di Ketuai oleh Ust. Musoddak Hj Ahmad telah membincangkan beberapa perkara yang melibatkan perkembangan kerajaan negeri Kedah terutamanya yang melibatkan portfolio perumahan dan Kerajaan Tempatan .
Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda, Ust. Mohd Rosli Azmi, Setiausaha, Sdr. Sanusi Md. Nor, Bendahari, Sdr. Helmi Khalid, Sdr Fadzil Baharum dan Sdr. Mohd Yani Bakar yang merupakan Exco DPPNK.
Pihak Dewan Pemuda juga telah diberikan penjelasan oleh YB Hj Taulan dan juga perancangan-perancangan beliau untuk menambah baik lagi perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan. Disamping itu pihak DPPNK turut mengemukakan cadangan-cadangan untuk dilaksanakan oleh beliau. Pertemuan yang penuh dengan kemesraan itu berlangsung selama hampir sejam.- mrbazmi


Khamis, Mei 22, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
Posted in:

0 komentar:
Catat Ulasan