Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Pemuda adalah ‘kilang’ melahirkan pimpinan PAS.
Menurutnya, 80 peratus barisan kepimpinan PAS ketika ini adalah mereka yang melalui proses tarbiyah dalam Dewan Pemuda.
Tarbiyah jugalah katanya membezakan PAS dengan Umno dan menjadi teras pembinaan jiwa dan fikrah. Natijahnya, Pemuda PAS adalah golongan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa walau di mana berada.
“Kalau parti mengeluarkan sesuatu arahan, kita tidak teragak-agak untuk mengorbankan segala masa lapang kita, sumbangan kita, semata-mata untuk meninggikan Islam. Inilah yang PAS banggakan pada pemuda-pemudanya hari ini,” ujar beliau.
Beliau menyeru Pemuda meneruskan kecemerlangan melahirkan lebih ramai lagi pimpinan yang berualiti.
“Bukan sahaja besar jiwanya, teguh tarbiyahnya, mantap akidahnya, tetapi pemuda yang boleh diletakkan dimana sahaja. Yang boleh PAS mempertanggungjawabkan maruahnya disandarkan bahu pemuda.
“Dia boleh berada di mana gelanggang. Kita bukan hanya jaguh di gelanggang sendiri, bukan hanya boleh menumpaskan musuh digelanggang sendiri, tetapi kita juga mampu menumpaskan musuh digelanggangnya sendiri,” ujarnya menggambarkan paras pemuda Islam yang diimpikan.
Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat itu turut menasihatkan golongan Pemuda agar bangkit berjuang dalam semua keadaan baik senang mahupun susah. Jelasnya, sifat Pemuda adalah tidak boleh mempunyai banyak alasan dan soalan dan tidak tinggalkan perjuangan baik kerana kesusahan mahupun kesenangan.
Jumaat, 8 Oktober 2010
PEMUDA ADALAH PELAPIS PERJUANGAN
Jumaat, Oktober 08, 2010
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan