Memaparkan catatan dengan label himpunan pemuda Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label himpunan pemuda Kedah. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2010

PEMUDA ADALAH PELAPIS PERJUANGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Pemuda adalah ‘kilang’ melahirkan pimpinan PAS.

Menurutnya, 80 peratus barisan kepimpinan PAS ketika ini adalah mereka yang melalui proses tarbiyah dalam Dewan Pemuda.

Tarbiyah jugalah katanya membezakan PAS dengan Umno dan menjadi teras pembinaan jiwa dan fikrah. Natijahnya, Pemuda PAS adalah golongan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa walau di mana berada.

“Kalau parti mengeluarkan sesuatu arahan, kita tidak teragak-agak untuk mengorbankan segala masa lapang kita, sumbangan kita, semata-mata untuk meninggikan Islam. Inilah yang PAS banggakan pada pemuda-pemudanya hari ini,” ujar beliau.

Beliau menyeru Pemuda meneruskan kecemerlangan melahirkan lebih ramai lagi pimpinan yang berualiti.

“Bukan sahaja besar jiwanya, teguh tarbiyahnya, mantap akidahnya, tetapi pemuda yang boleh diletakkan dimana sahaja. Yang boleh PAS mempertanggungjawabkan maruahnya disandarkan bahu pemuda.

“Dia boleh berada di mana gelanggang. Kita bukan hanya jaguh di gelanggang sendiri, bukan hanya boleh menumpaskan musuh digelanggang sendiri, tetapi kita juga mampu menumpaskan musuh digelanggangnya sendiri,” ujarnya menggambarkan paras pemuda Islam yang diimpikan.

Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat itu turut menasihatkan golongan Pemuda agar bangkit berjuang dalam semua keadaan baik senang mahupun susah. Jelasnya, sifat Pemuda adalah tidak boleh mempunyai banyak alasan dan soalan dan tidak tinggalkan perjuangan baik kerana kesusahan mahupun kesenangan.

Selasa, 13 Mei 2008

SUMBANGAN DIPERLUKAN UNTUK HIMPUNAN PEMUDA SEMPENA MUKTAMAR TAHUNAN DPPNK KE 42

Kompleks PAS Kedah- Alor Star

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan menganjurkan Himpunan Pemuda Memelihara Kemenangan PAS Kedah sempena Muktamar Tahunan DPPNK ke 42 yang akan diadakan pada 13 &14 Jun 2008 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Km 13, Jln Alor Star-Sg.Petani, Simpang Empat Alor Star, Kedah

Himpunan ini akan mengumpulkan seramai 3000 orang pemuda PAS dari seluruh Kedah pada malam tersebut dengan tujuan untuk :-

  1. Menghimpun amilin pemuda disemua peringkat berikrar untuk mengisi dan memelihara kemenangan dan menerima taujihat pimpinan.
  2. menjadikan pemuda berdaftar menjadi ahli pemuda
  3. Meraikan pemuda kedah dalam kemenangan pilihanraya
Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Ust Hj Azizan bin Abd. Razak, Menteri Besar Kedah dan Ucapan daripadaUst Nasaruddin Hassan Tantawi Timbalan Ketua DPP Pusat.


Sehubungan dengan itu pihak DPPNK membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bagi menjayakan himpunan dan Muktamar ini. Sebarang sumbangan boleh dihantar kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jln Alor Star- Sg. Petani, Simpang Empat 06650 Alor Star, Kedah atau di Bank in ke akaun DPPNK no akaun BIMB 2011010009300.

jika ada sebarang maklumat lanjut sila hubungi pejabat DPPNK 04 7481120 Fax : 04 7481123 atau emel : dppnkedah@yahoo.com.

Harap maklum.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons