Jumaat, 8 Oktober 2010

MENSIFATKAN DIRI DENGAN SIFAT SEORANG PEJUANG ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Usaha memupuk budaya tarbiyah perlu bermula dengan memahami maksud tarbiyah itu sendiri.

“Perlu faham (maksud) tarbiyah itu baru boleh pupuk, baru hadir rasa kecintaan yang tinggi untuk pupuk budaya tarbawi dalam PAS. Selagi tak faham, tak hadir kecenderungan untuk pupuk,” demikian menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Secara mudah dalam memahami maksud tarbiyah, beliau mengajak merenungi kembali lihat tujuan asal seseorang menyertai PAS.

Katanya, inilah suatu perkara penting yang akan menjawab sekaligus mentakrifkan erti tarbiyah itu sendiri. Beliau yakin, mereka yang ikhlas tidak menyertai PAS untuk kepentingan duniawi sebaliknya mahu mendaulat syariat Allah serta meninggikan kalimah-Nya.

Demikian itu, segala aktiviti, perencanaan dan tindakan ke arah mencapai matlamat tersebut mengikut manhaj tarbawi itulah dianggap sebagai tarbiyah.

Maka setelah dianggap begitu, maka ia perlu dibudayakan dan ketika sama memelihara dari anasir yang boleh merosakkannya.

Hakikatnya ujar beliau, usaha dan peranan itu adalah tugas para Rasul dan disambung kini oleh mereka yang menegakkan cita-cita Islam di mana tugas ini amat dibenci oleh musuh-musuh Allah.

“Oleh kerana tugas ini untuk mencapai matlamat, maka tugas ini perlu didukungi setiap anggota jamaah. Kemenangan ini tidak ada tongkat sakti, mesti melalui jalan perjuangan.

“Kalau kamu berjuang menegakkan agama Allah, nescaya Allah berikan kemenangan. Ertinya, kalau tidak berjuang, Allah tidak akan diberikan kemenangan. Kemenangan itu hanya dicapai apabila kamu berjuang. Cuma berjuang tak semestinya menang, tapi hendak menang mesti berjuang,” ujarnya memahamkan peserta.

Dalam meletakkan diri untuk perjuangan ini, setiap ahli PAS katanya perlu mengetahui muwasafat (ciri-ciri) pejuang agar setiap ahli menyediakan dirinya melalui tarbiyah dan menepati dirinya dengan muwasafat tersebut sebagaimana yang dikehendaki Allah.

“Syaratnya ialah kita memberi komitmen tinggi terhadap manhaj perjuangan Islam yang telah diasaskan Rasulullah saw. Perlunya kita lakukan ‘pemutihan intimak’ diri dalam perjuangan ini yakni memahami sebab-sebab melibatkan diri bersama PAS,” tegas Nasruddin.

Beliau menggesa ahli PAS memahami kepentingan tarbiyah yang akhir-akhir ini kurang diberi perhatian. Jika ada dilaksanakan program-program tarbiyah sekalipun menurut beliau, ianya tidak diberi fokus secara serius.

Sebagai ahli gerakan Islam katanya, ahli PAS perlu seimbang antara politik dan dakwah dengan tarbiyah.

Perkara tarbiyah juga katanya perlu menjadi perbicaraan penting setiap anggota parti pada setiap masa dan menghidupkan suasana-suasana tarbiyah hingga menjadi satu budaya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons