Jumaat, 13 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN

Ali Hashim
 

PADANG SERAI, 12 Nov: Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.

Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali.

Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka.

"Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka.

"Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah.

"Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons