Jumaat, 13 November 2009

SEMINAR POLITIK PAS: MELONJAK SEMANGAT, TERUS MARA KE HADAPAN - YB NASIR ZAKARIA

Saya berpeluang dan dijemput menghadiri Seminar Politik PAS baru-baru ini ia lahir selepas cadangan EGM yang penuh kontroversi. Saya mempunyai beberapa pandangan sisi terhadap Seminar Politik PAS baru-baru ini.   Pra Seminar

  1. PAS adalah sebuah parti yang sangat penting di dalam politik Malaysia. Sebagai satu parti Islam dan didominasi orang melayu yang paling lama bertahan, ia sudah bertahan dengan begitu lama dan menjadi semakin signifikan dewasa ini. Ia menjadi fokus kepada semua pemerhati dan penganalisis politik yang percaya bahawa lanskap politik Malaysia tidak akan lengkap tanpa membicarakan parti ini.
  2. Strategi yang tepat yang lahir dari pembacaan politik tanahair oleh pimpinan; tanpa mengorban sebarang prinsip membawa kepada kompromi politik (baca tahaaluf) dengan parti pembangkang telah berjaya menaikkan imej PAS di kalangan rakyat. Ia membawa kepada penguasaan beberapa negeri dan lebih 20 puluh kerusi parlimen.
  3. PAS mula dipedulikan dengan kemampuan penyampaian maklumat yang lebih meluas tentang PAS melalui penguasaan di peringkat kerajaan, ketelusan dan integriti pimpinannya serta pendedahan terhadap ide-ide segar pimpinannya melalui pelbagai bentuk media. Ia mengundang pelbagai lapisan rakyat untuk memberikan serta melontar pandangan terhadap ‘Harapan Baru’ rakyat Malaysia ini.
  4. Tema perkauman yang sudah begitu lama mendominasi politik negara ini mula pudar dan ditolak, lalu mula diganti dengan penyertaan pelbagai kaum ke dalam PAS. Rakyat mula percaya  dan keyakinan mula meninggi dengan pelebaran PAS melalui Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan. Ketakutan kaum Tiong Hua dan India yang menebal dengan label negatif yang dilempar dan dimomokkan terhadap parti Islam dan kepimpinannya mula larut dengan tawaran Negara Kebajikan dan tema PAS For All.
  5. Tema yang begitu besar, seolah-olah merupakan satu tawaran dan lesen kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar kaum, kerjaya  dan akademik untuk bersama-sama  memberikan pandangan, mengkritik, serta bersama membina PAS untuk rakyat Malaysia. PAS secara umumnya sudah mula menjadi insklusif di sebalik sikap eksklusif seperti yang difahami oleh mereka. PAS sudah tampil dengan ‘wajah Malaysia’. Ia telah menenggelamkan parti-parti yang memerintah Malaysia yang bersifat eksklusif.
  6. Sesuai dengan sifat sebuah organisasi yang semakin berkembang, maka masalah juga akan bertambah. Perkembangan PAS yang begitu pantas di persada politik negara di tambah dengan penyertaan media baru menyebabkan kadangkala maklumat yang sampai sudah outdated. Justeru itu, adalah biasa bahawa kita melihat perkembangan rakyat yang mengasihi dan membenci parti ini.
  7. Pakatan Rakyat yang mula membesar bersama PAS di dalamnya menambah lagi rencam masalah yang perlu ditangani secara bijak kerana ia juga adalah sebahagian lanskap baru politik negara. BN pula pada masa yang sama bergelut untuk mengekalkan hegemoni politik mereka. Pergolakan sesama parti komponen dan di dalam parti komponen menyebabkan BN terpaksa waive masalah mereka dan cuba mengheret PAS.
  8. Penguasaan terhadap media arus perdana menjadikan BN sangat kompeten dan berkemampuan memanipulasi setiap keadaan dan isu. Pemerhatian yang begitu besar bukan sekadar menarik perhatian rakyat malah musuh.
  9. Maklumat yang tidak genuine, yang tidak diselidiki terlebih dahulu telah menyebabkan seolah-olah PAS dilihat berkonflik. Masalah yang begitu mudah diselesaikan melalui semangat musyawarah telah mengheret PAS kepada situasi di mana telah melarikan focus kepada pembinaan dan pembajaan politik baru yang sedang berkembang.
  10. Konflik yang berlaku telah berjaya menarik perhatian khalayak terhadap PAS dan mewarnai headline media-media arus perdana. Konflik sangat baik untuk promosi namun yang berpanjangan akan memudaratkan. Kebijaksanaan pemimpin menguruskan konflik menjadikan PAS dilihat sebuah parti yang cukup berkredibiliti untuk memimpin Negara.
 Seminar Politik
  1. Pertama kali dalam sejarah PAS dan mungkin parti politik dalam Negara ini yang menguruskan konflik secara terbuka. Jemputan kepada pengamat politik dan pakar perlembagaan yang berada di luar lingkungan parti mengejutkan semua. Seminar yang terbuka kepada media tanpa sebarang saringan juga adalah langkah yang amat berani dan futuristik.
  2. Pandangan kritis panelis terhadap PAS dan dapatan (findings) terbaru kajian terhadap PAS telah membuka dimensi baru perbahasan. Pembahas-pembahas yang sebelum ini dipilih secara perwakilan, ditukar kepada sistem pembahas yang bebas. Ini menjadikan ide-ide grassroot mampu digarap dan diperhalusi.
  3. Perbahasan dan muhasabah terbuka terhadap kepimpinan tertinggi parti sampai kepada ahli biasa, kepimpinan di peringkat pentadbiran negeri sehinggalah kepada majlis kerajaan tempatan mampu melonjakkan semangat baru kepemimpinan serta pencinta PAS di semua peringkat.
  4. Penegasan bahawa hanya Pakatan Rakyat yang akan diterima di dalam deal politik PAS buat masa ini tepat dan akan menjadikan pelan dan garis kemenangan boleh dirangka dengan lebih lancar.  
 Pasca Seminar 
  1. Kehebatan dan kecekapan pimpinan PAS dalam menghidu kelesuan gerakan selepas disibukkan dengan pemerintahan. Seminar ini mengembalikan PAS, pimpinan dan ahli ke landasan betul untuk memerintah Negara dalam PRU 13.
  2. Komitmen dan kesediaan pimpinan semua peringkat untuk berubah. Keputusan memperkemas kerjasama dengan Pakatan Rakyat mematikan segala spekulasi yang lain. Segala konflik selesai dengan muhasabah terbuka.
  3. Semangat baru dilakar untuk mengembalikan semula sokongan rakyat yang mula pudar dengan pengarahan dan tindakan yang mungkin kabur pada pandangan mereka yang dilakukan oleh kepimpinan.
  4. Kesemua sayap termasuk pemuda mesti memperkukuh gerakan, menguasai semula sokongan yang mula hilang akibat tidak focus terhadap tugas sebenar.
  5. Yang lebih penting daripada yang terpenting ialah walk the talk. Segala resolusi itu mestilah dilaksanakan. Hasilnya? Kita tunggu PRU 13...

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons