Khamis, 12 November 2009

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN BARU SAIF BERJALAN LANCAR

Majlis pecah tanah bangunan baru Sekolah Integrasi Faizin berjalan lacar petang tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat bermula jam 4.00 petang majlis tersebut dapat disempurnakan walaupun agak lewat sikit dari jadual. YB Dato' Mohamed Taulan bin Mat Rasul , Exco Pendidikan, Agama dan Koperasi Kerajaan Negeri telah merasmikan majlis yang bersejarah ini.

Bangunan baru ini terpaksa dibina segera walaupun keadaan kewangan yang kurang bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah tahun depan. Bangunan ini bagi menggantikan blok bangunan sekolah yang terbakar Julai lalu akan dibina 4 tingkat.

Sementara itu satu lagi bangunan sedang dalam pembinaan yang sudah siap 60 peratus dan mesti disiapkan sebelum Januari 2009.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyegerakan pembinaan bangunan ini. Kos keseluruhan 1.3 juta diperlukan.

Turut Hadir dalam majlis pecah tanah itu , Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Musoddak Hj Ahmad Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ust. MOhd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, Ustazah Fatimah Wan Teh, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kedah, Ahli-Ahli Lembaga Tadbir , waris-waris dan seluruh kakitangan sekolah.

Gambar majlis tersebut akan disrakan kemudian.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons